Isi Tabungan Kita Juga Bergantung Oleh Siapa Di Sekeliling Kita

tabung simpanan

Secara teorinya, semakin banyak gaji kita, semakin bertambah jumlah tabungan kita.

Tapi, ini hakikatnya. Faktor saiz tabungan kita sangat bergantung dengan siapa yang berada disekeliling kita.

Dua Golongan Manusia

Menurut guru kewangan, Chef Li :

" Hidup kita dikelilingi dan dipengaruhi oleh dua orang kelompok, iaitu (1) Social (2) Functional

(1) Golongan Manusia  Social

Golongan manusia social ini sangat patuh tentang adab dan adat masyarakat. Mereka gemar buat majlis itu dan majlis ini.

Mereka juga amat menitik berat tentang hal kesempurnaan majlis. Mereka terlalu risau dengan 'takut nanti apa orang kata'.

Biasanya mereka hidup dalam comfort zone.

(2) Golongan Manusia Functional

Kelompok ini tidak begitu teruja dengan kehidupan bersocial. Kalau ada majlis pun, mereka dengan motif 'tunjuk muka'.

Golongan ini akan memastikaan dirinya sentiasa proaktif. Kebanyakan mereka tidak mempunya TV dirumah.

Mereka kurang tekankan akademik. Namun, mereka lebih fokus kepada ilmu dan kemahiran tambahan.

Kesan Pergaulan

Bagi yang majoritinya rakan atau ahli keluarga mereka dari kelompok social.

Sudah tentu mereka juga akan disocialkan. Justeru, duit banyak dihabiskan untuk tujuan social atau hanya mahu menunjuk-nunjuk.

Ada juga kes.

Sang suami diam-diam menghadiri kursus perniagaan, kerana risau akan berlaku pertelingkahan. 

Ini kerana.

Suami dibesarkan dalam kelompok functional manakala, sang isteri dibesarkan dari kelompok social.

Dan begitulah sebaliknya.

Malangnya masyarakat kita lebih cenderung menghadiri kenduri-kendara daripada menghadiri majlis ilmu percuma yang menambah nilai diri. 

Apatah lagi yang berbayar!

Kesimpulan

Sekarang kita sendiri sudah tahu. Kita banyak menghabiskan masa dengan golongan yang macam mana.

Dekatkanlah diri dengan kelompok-kelompok functional, untuk menebalkan lagi duit poket kita.

Wallhualllam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
8 Februari 2019
3 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: TENN
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *