Jana Pendapatan Sambil Simpan Emas

HafizShafie Profile

Saya Dan Emas

Saya sering berkongsi pengalaman kepada peserta semasa seminar, bahawa saya mula menyimpan emas sejak dari tahun 2011 lagi. Sejak tahun pertama bergelar mahasiswa, terus saya simpan emas.

Walaupun, pada ketika itu, saya hanya menyimpan emas disebabkan oleh spekulasi harga emas sentiasa naik. Hampir semua kawan rapat saya memang dah tahu saya ni ada simpan emas ketika tu, walau tak banyak.

 

Dari Penyimpan Emas Kepada Peniaga Emas

Setelah hampir 4 tahun saya menjadi penyimpan emas. Dari tahun 2011 hingga tahun 2014, saya hanya mengumpul item 1 Dinar lama Public Gold, sekarang sudah tidak dijual item emas tersebut selepas pelaksanaan GST oleh kerajaan Malaysia.

Dah lebih 10 Dinar  emas saya miliki setelah selama 4 tahun di universiti. Kebetulan pada tahun 2014, Public Gold memperkenalkan cara belian emas fizikal melalui akaun emas Public Gold GAP.

Dan ketika itu, Public Gold  buat tawaran khas untuk mahasiswa yang nak jadi dealer Public Gold, dengan hanya buat belian emas fizikal GAP minimum 4gram sahaja, terus layak jadi dealer. Jadi, alang-alang ada promosi dealer untuk mahasiswa, saya terus grab promosi dealership tersebut.

Pada masa tu memang jadi dealer sekadar nak dapatkan rebate 1% keatas belian sendiri je. Dealership PG saya hanya sekadar nama. Saya pun tak pernah nak berkongsi ilmu tentang emas secara terbuka kepada kawan-kawan pada masa itu.

 

Mula Nekad Berkongsi Ilmu 

Sehinggalah pada pertengahan 2015, tamat pembelajaran di universiti, saya dapat tahu bahawa ramai kenalan saya yang tertipu dan sudah lingkup dengan pelaburan emas ETA. Aduish, pada masa tu terus rasa bersalah, sebab saya tidak berkongsi ilmu tentang emas dengan betul kepada mereka.

Ada yang rugi RM5k, ada yang rugi RM10k malah ada yang rugi sampai RM30k. RM30k bagi orang yang baru nak mula bekerja tak sampai setahun bukannya kecil, malah yang sudah bekerja lebih 5 tahun pun belum tentu ada simpanan sebanyak RM30k dalam akaun bank kan?

Dari detik itulah, saya nekad untuk berkongsi ilmu tentang emas kepada sesiapa sahaja yang saya kenal.

Tak kesah lah mereka nak dengar atau tidak, saya tetap akan berkongsi ilmu tentang emas secara percuma, yang penting tanggungjawab saya berkongsi ilmu itu sudah selesai, saya tak nak perkara yang sama berlaku lagi seperti apa yang berlaku kepada kawan rapat saya yang ditipu dengan skim pelaburan emas ETA.

 

Uniknya Platform Bisnes Public Gold

 

Sumber Utama Pasif Income

Pada awal saya mula berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan secara percuma di personal FB, saya paksakan diri untuk banyak membaca dan belajar ilmu tentang urus kewangan, samada secara online (google), bacaan buku-buku, malah datang seminar samaada percuma atau bayar.

Matlamat saya ialah untuk mengajak kawan-kawan celik kewangan seawal usia dan sama-sama meletakkan impian untuk mencapai kebebasan kewangan sebelum umur 40tahun.

Hasil bacaan saya dari buku-buku kewangan, ada 3 cara untuk mendapat pasif income (income yang tak perlu pergi kerja) iaitu :

  1. Tabung Haji/ASB
  2. Beli Hartanah dan Sewakan (Pelaburan Hartanah)
  3. Bisnes Bersistem

Di antara 3 platform untuk menjana pasif income tersebut, apa yang saya nampak ialah yang no (2) paling sesuai untuk saya.

Saya seorang introvert, dan dalam fikiran saya, saya tak sesuai untuk berbisnes. Saya baru bekerja, dan untuk dapat pasif income yang melebihi keperluan bulanan saya melalui Tabung Haji atau ASB sangat lah lambat. Jadi, saya pilih untuk fokus kepada pelaburan hartanah.

Pada ketika itu, asalkan ada buku tentang hartanah saya akan beli, asalkan ada seminar tentang hartanah, saya usahakan untuk join. Saya pernah terbang dar Tawau ke Cyberjaya semata-mata untuk ikuti Seminar Sarjana Hartanah anjuran FAR Capital dengan kos lebih RM1000.

Tidur ditepi tasik Masjid Putrajaya je, tak sewa hotel sebab nak jimat kos, dan mendapat ilmu tentang pelaburan hartanah.

Walaubagaimanapun, di pertengan tahun 2016, saya sedar bahawa, platform yang lebih mudah nak jana pasif income ialah dengan manfaatkan status sebagai dealer Public Gold!

Nak cari rumah pelaburan yang boleh bagi pasif income RM100/sebulan dalam jangka masa setahun bukan senang bagi saya (mungkin belum cukup ilmu hartanah). Namun, saya hanya bantu kawan-kawan menyimpan emas dengan Public Gold dalam masa tak sampai 6bulan, dah boleh jana pasif income lebih RM100/sebulan secara konsisten.

Dengan manfaatkan status dealerhsip Public Gold saya, ia jauh 10x lebih mudah dari saya menguruskan hartanah yang boleh disewakan. Saya perlu jaga rumah, perlu urus penyewa. Silap pilih penyewa pun boleh rugi. Tapi, bukannya saya tak recomend beli rumah.

Alhamdulillah, disaat saya menulis ini, saya sudah memiliki sebuah apartment kos pertengahan di Selangor, namun masih dengan negatif cash flow.

 

Konsep Bisnes Public Gold – Sistem “INTRODUCER”

Konsep bisnes Public Gold sebenarnya sangatlah mudah. Iaitu pakai konsep Introducer. Seorang dealer Public Gold seperti saya tidak perlu menjual emas, saya hanya perlu berkongsi ilmu tentang emas (dan kewangan).

Jadi, alang-alang saya dah nekad untuk berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan kepada kawan-kawan, why not saya manfaatkan status saya sebagai dealer Public Gold.

Saya seronok dan berpuas hati simpan emas, saya ajar dan ajak kawan simpan emas, dan saya dapat income sambil simpan emas.

Contoh mudah konsep Introducer Public Gold ialah,

Saya tinggal di Tawau. Jika kawan-kawan yang nak datang Tawau, mesti akan tanya saya ” Di Tawau ni makan dekat kedai mana yang sedap? ” Dan saya pun akan syorkan, nak makan seafood murah, datang kedai A. Nak makan nasi lalap murah, makan kedai B.

Saya introduce kawan-kawan saya yang nak cari kedai makan di Tawau pergi kedai A atau kedai B. Saya suka dengan kedai A atau kedai B, saya puas hati dengan servis dua kedai tersebut. Jadi, saya recomend kawan-kawan saya untuk ke kedai tersebut walaupun saya tidak dibayar.

Sama juga dengan konsep Introducer Public Gold, saya berpuas hati dengan servis Public Gold. Kalau ada kawan yang nak simpan emas, saya recomend beli emas Public Gold. Murah, mudah dan patuh shariah.

Sebagai tanda terima kasih Public Gold kepada saya, Public Gold bagi insentif kepada saya sebanyak 1% kerana recomend Public Gold kepada kawan-kawan saya.

Sahabat FB saya datang ke Kelantan, dan mencari tempat makan yang sedap di Kelantan.
Saya berpuas hati dengan Kedai Makan Yati, saya recomend kepada saya walau tanpa di bayar apa-apa sekali pun.

Mudahkan? Saya tak perlu pergi isi borang ke branch Public Gold. Saya tak perlu hantar emas kepada kawan saya. Saya tak perlu simpan stock emas yang banyak. Saya hanya perlu berkongsi ilmu dan guide kawan saya untuk buat belian dengan Public Gold sahaja.

 

Kelebihan Income Dari Bisnes Public Gold

Ini ialah salah satu sebab kenapa saya sangat seronok dengan kerja educate masyarakat tentang emas dengan platform yang disediakan Public Gold. Antara sebab utama kenapa saya sangat recomend platform Public Gold kepada rakan-rakan ialah :

 

(1) Buat Sekali, Dapat Sampai Mati

Ini janji owner Public Gold, Dato Wira Louise Ng. Customer yang kita bina itu akan menjadi hak milik kita sepenuhnya. Tapi, yang “tukang servis” semuanya Public Gold yang sediakan.

Contoh apabila 1000 pelanggan berdaftar ini faham tentang emas, mereka akan menyimpan emas setiap bulan, selagi mereka membeli emas, selagi itu saya dapat insentif.

(2) Income Boleh Diwarisi

Andaikata saya meninggal dunia, income hasil royalti pembelian semua pelanggan saya tu boleh diwariskan kepada isteri dan anak-anak saya. Selagi ada pembeli emas dibawah bimbingan saya, selagi itulah Public Gold bagi ‘income’ kepada saya.

Jadi, maksudnya, saya membina empayar bisnes Public Gold bukan hanya untuk saya, tapi untuk isteri dan anak-anak saya sekali. Walaupun saya mati, mereka boleh nikmati hasil bisnes yang saya bina.

Memang betul kebanyakan menjadi ejen kewangan yang lain, income yang diperoleh juga diwarisi.

Tapi, adakah anak-anak nanti perlu menyambung kerja ejen saya? Perlu isi borang sana, isi borang sini, demi mendapat pelanggan? Dalam Public Gold, semua tu tak perlu. Public Gold yang sediakan staff untuk dealernya. Free!

 

 

Cara Menjadi Dealer Public Gold

 

Cara Jadi Ejen Public Gold

 

Cara biasa untuk menjadi dealer Public Gold ialah dengan membuat pembelian emas dalam sesuatu amount yang melayakkan seseorang itu untuk menjadi dealer, manakala Public Gold bagi free dealership.

Segala pembelian emas selepas pembelian menjadi dealer, kita akan dapat royalti terus sebanyak 1%.

Tapi, ini rule terbaru yang dikeluarkan Public Gold! Sesiapa yang tidak ada modal yang banyak untuk membuat pembelian layak jadi dealer boleh ikut cara ni. Iaitu, manfaatkan PG Code bagi yang sudah memiliki PG Code.

Seseorang yang sudah memiliki PG Code hanya perlu Introduce seramai 50 orang menjadi pelanggan PG yang berdaftar seperti anda dalam masa 3 bulan, terus layak menjadi dealer. Wahh, mudahnya sekarang ni.

Bagi yang belum memiliki Kod PG, boleh buat je pembelian emas pertama dengan Public Gold, terus anda akan diberi Kod PG secara percuma, tanpa ada yuran tambahan lagi.

Jadi, bagi yang sudah ada kod PG, manfaatkan keahlian PG anda sekarang! Ayuh sama-sama mencapai financial freedom dalam masa 3 tahun dari sekarang.

Bagi pembaca artikel belum ada PG Code, boleh hubungi saya di www.wassap.my/60145005090 segera untuk sebarang pertanyaan tentang emas mahupun tentang Public Gold. InsyaAllah saya boleh bantu.

 

Mohamad Hafiz b Shafie
Dealer Public Gold
PG Code : PG00054635
+6 014 500 5090

23 April 2018
Tawau Sabah

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *