ego dalam kewangan

Jin-jin Dalam Kewangan

ego dalam kewangan

Dalam kewangan pun ada jin. Jin yang saya maksudkan ialah sikap-sikap yang membuatkan poket kita semakin nipis.

Jin ini bukan sahaja melambatkan kita menjadi kaya, malah boleh membuatkan kita jatuh muflis.

Disini saya berkongsi, 5 jenis jin (baca ego) dalam kewangan yang biasa, yang menyebabkan ramai orang semakin hari semakin miskin.

#1 Jin Rasa Sayang Nak Buang

Antara contoh perkara yang memiskin dan menyusahkan kita dalam rumah ialah, bila ada barang-barang lama yang kita rasa sayang nak buang.

Tambah-tambah lagi, barang tu dah 10 tahun pun tak dipakai dan hanya parking je dalam stor rumah, tapi masih sayang nak jual atau sedekah.

Cuba cek stor rumah anda, barang apa yang ada? Ada tak barang yang boleh dijual dan dijadikan duit? Kalau ada, jual atau sedekah je. Tak perlu penuhkan barang yang 'disimpan untuk buang' dalam stor.

#2 Jin Nanti Apa Orang Kata

Ini jin paling bahaya terutamanya dalam kalangan masyarakan Melayu kita. Tambah-tambah lagi dah nak dekat-dekat raya.

Banyaklah benda-benda yang mahu ditukar baru, walaupun barang yang lama masih elok dan nampak masih baru!

Kalau baju raya lama tu masih elok, pakai aje. Kawan-kawan tak tahu pun tu baju raya yang sama tahun lepas. Benda boleh pakai yang lama, buat apa nak tukar baru kan?

#3 Jin Akulah Bos

Ada seorang staff syarikat GLC yang pernah saya jumpa. Tengah merancang nak beli kereta.

Kalau ikutkan keperluan, Alza dah cukup untuk beliau dan keluarga. Tapi, disebabkan ego akulah bos yang tinggi. Tak jadi beli Alza.

Sebab orang bawahnya pun pakai Alza. Jin cakap "Aku bos, tak kan kereta sama dengan orang bawah? " Bisik jin kewangan tadi. HEHE

#4 Jin Tak Ingat Mati

Ini jin yang selalu menghasut anak muda. Terutamanya yang baru sahaja tamatkan pembelajaran iaitu mahasiswa.

Jin dirinya rasa masih muda. Dan berjolilah sehabis mungkin. Travel sana-sini dengan hutang pribadi. Apa susahkan?

Nanti dapat gaji, bayar lah hutang pribadi tu sikit-sikit. Jin ini dia ingat mati ni kena tunggu tua. Kalau mati dengan masih berhutang? Fuhh, roh tak diangkat ke langit la jawabnya.

#4 Jin Malas Berusaha

Ini jin malas pun bahaya. Jin ni akan menghasut kita bahawa, tak perlu cari harta. Sebab harta tu membawa kepada pergaduhan dan kejahatan.

Hakikatnya, bukan harta tu yang jahat. Orang yang mengurus harta itulah yang membuatkan harta itu jahat atau baik.

Kalau banyak harta apa salahnya. Kan boleh lebih banyak bersedekah dan membuat amal soleh dengan harta itu.

Umat Islam perlu kaya! Perlu ingat, 9 dari 10 sahabat nabi yang dijamin syurga ialah semua orang yang mulit jutawan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
3 May 2019
27 Syaban 1440H

Artikel Berkaitan

>