jlt

Jutawan Emas Leadership Training (JLT) bagi Group PGG100Network

jlt

Jutawan Emas Leadership Training (JLT) ialah satu program khas untuk dealer-dealer Public Gold yang nak berjaya dalam bisnes Public Gold.

Dalam JLT, peserta diajar cara yang betul untuk menjalankan bisnes Public Gold dengan cepat dan berkesan, mengikut acuan mentor-mentor Public Gold (dealer yang telah membuat income lebih RM20k sebulan secara konsisten sampai sekarang).

Maksudnya, dalam JLT kita akan diajar untuk meniru apa yang orang dah berjaya buat. 

Artikel kali ini saya akan share link-link yang berkaitan JLT yang pernah dikongsikan oleh rakan-rakan dealer atau mentor kita sendiri En Mohd Zulkifli Shafie.

Kenapa Perlu Datang JLT?

JLT BUKAN 4 BULAN SEKALI
TETAPI SETIAP BULAN! - By En Mohd Zulkifli Shafie (July 2018)

Mindset biasa dealer yang pernah datang JLT ialah, 4 - 6 bulan akan datang mereka mahu datang lagi ke JLT untuk recharge semangat.

Mindset itu betul, tetapi tidak cukup.

JLT bukan hanya tempat kita belajar dan recharge semangat kita, tetapi JLT juga adalah TOOL kita membina bisnes kita sendiri.

Setelah menghadiri JLT, tugas kita ialah promote JLT dan bawa seramai mungkin customer dan dealer di bawah kita yang berminat membina bisnes untuk join JLT. Maksudnya, kita bukan sahaja join JLT setiap 4 - 6 bulan, tetapi kita LEVERAGE JLT yang ada SETIAP BULAN!

Siapa yang tahu leverage JLT dengan betul, bisnesnya akan berkembang sangat cepat.

Antara sebab kenapa dealer di bawah network saya berkembang paling cepat berbanding group Master Dealer lain, kerana saya Master Dealer yang paling titik beratkan kehadiran JLT. Saya akan pastikan setiap JLT mesti ada dealer dari group saya.

Dalam pemerhatian saya, kalau di Semenangjung Malaysia, 80% peserta JLT adalah dari group saya. Di Sarawak, cuma 30% sahaja. Dan di Sabah sebanyak 50%. Jadi saya sentiasa fokus dari satu JLT ke satu JLT. Saya pastikan dealer-dealer di bawah network saya hadir ke JLT.

Kalau mahu bisnes yang besar, fokus betul-betul dengan JLT. Pertama kita mestilah jadi orang yang percaya dan komited hadir ke JLT setiap 4 - 6 bulan. Kedua, leverage betul-betul JLT yang ada.

Antara dealer group ini yang mempunyai network yang besar ialah Ustaz Nor Azah Binti Ahmad. Network Ustazah sudah lebih 3,000 orang! Cuba perhatikan apa yang Ustazah Nor Azah lakukan. Beliau bukan sahaja komited hadir ke JLT setiap 4 bulan, tetapi beliau pasti jemput dealer-dealer di bawah network beliau hadiri JLT.

Itulah rahsia mempunyai network yang besar.

Pesan Robert T. Kiyosaki, "other people look for work. Rich people look for NETWORK!"

JLT! JLT!JLT
PROGRAM TERPENTING DEALER
YANG MAHU BERJAYA! - By En Mohd Zulkifli Shafie (Oktober 2018)

Mentor-mentor sentiasa nasihat supaya join #JutawanEmasLeadershipTraining (JLT). Banyak perkara yang JLT dapat membantu kita berjaya.

Bagi dealer baru, JLT akan memahamkan mereka "big picture" dan "road map" berjaya bersama Public Gold. Dan JLT ini juga membuatkan mereka sedar tentang halatuju hidup, dan apa yang penting dalam hidup mereka.

Dan bagaimana mereka dapat memanfaatkan status dealer yang mereka ada untuk membina impian hidup mereka sendiri.

Bagi dealer yang sedang bersemangat, JLT akan menunjukkan cara bina bisnes yang betul, dan perkara yang perlu dielakkan supaya bisnes yang dibina itu dilindungi dengan baik. Membinanya memakan waktu yang lama. Tetapi meruntuhkannya hanya sekelip mata!

Semangat tanpa ilmu itu bahaya!

Ada kesalahan yang mencederakan bisnes, bahkan ada kesalahan yang boleh membunuh bisnes! Maka dalam JLT, mereka akan belajar perkara ini dengan mendalam... Supaya semangat itu tidak menjadi sia-sia...

Bagi dealer yang kurang bersemangat, dalam JLT mereka dapat recharge semula semangatnya. Dalam JLT, dia berpeluang bergaul dengan mereka yang mempunyai progress dan hasil yang baik. Di JLT, mereka akan dapat tempias semangat dealer lain.

Selesai JLT, dia akan pulang dengan penuh semangat. Bila semangat, cabaran yang difikir sukar akan jadi mudah. Mereka yang baru pulang JLT, selalunya bisnes mereka meningkat dengan mendadak!

Bagi dealer yang mempunyai progress yang baik, JLT adalah tempat mereka MUHASABAH diri, mencari idea baru, dan mengenalpasti blind spotnya sendiri. Supaya bisnesnya dapat meningkat ke tingkat yang lebih tinggi.

Terbukti, banyak idea-idea bagus terhasil dari JLT. PG1S adalah idea baru yang terhasil dalam JLT ke-2. Target 1,000 frontlines adalah idea dari JLT Cameron Highland. Aurora adalah hasil dari JLT di Janda Baik. Kempen #1gram1bulan adalah hasil JLT. Bahkan idea baru yang akan dibuat akan datang iaitu Group Prospecting Activity dan Jutawan Emas Leadership Conference (JLC) juga terhasil di JLT!

Maka tidak syak lagi. JLT adalah program training terpenting yang setiap dealer wajib hadir setiap 4 - 6 bulan sekali. Samada dealer baru, dealer lama, atau dealer yang telahpun berjaya, mereka wajib join JLT kalau benar-benar mahu mempunyai bisnes besar bersama Public Gold.

Bukan sekadar hadir sendirian, tetapi bawa pasangan dan team masing-masing. Nanti lihatlah, keajaiban akan berlaku kepada bisnes.

JLT, JLT, JLT!

Jumpa di JLT...

WAJIBKAN DIRI KE JLT - By Mohd Zukifli Shafie (May 2016)

Lepas hadiri 4 siri berturut-turut, saya highly recommend mana-mana dealer yang betul-betul nak jana income yang serius melalui PG, wajibkan diri ke Jutawan Emas Leadership Training (JLT) at least 6 BULAN SEKALI.

JLT bukan program one-off dan khatamkan silibus, tapi ia memberikan ENERGY untuk maju dan ada progres dalam bisnes. Apa yang saya perhati, dealer-dealer yang datang 2 - 3 kali ke JLT, mereka ada progress dalam bisnes.

Setiap kali JLT, akan ada idea-idea baru dan update terbaru yang boleh digunakan untuk kembangkan bisnes.

Secara ringkasnya, manfaat JLT:

(1) dapat ilmu baru
(2) recharge energy supaya sentiasa 'panas'
(3) fine tune halatuju bisnes
(4) networking dengan dealer2 yg growing serta staff PG.

JLT akan datang akan dibuat:

Tarikh : 5 - 7 Ogos 2016
Tempat : JANDA BAIK, PAHANG

Sila daftar segera sebelum seat penuh sebagaimana JLT kali ni. Harga early bird cuma 3.0 gram GAP sahaja. Harga last minute 3.5 gram.

Testimoni JLT

JLT : ASAS MEMBINA FUNDAMENTAL BUSINESS PUBLIC GOLD -By En Syarif Jamil 

JLT adalah training penting untuk kita membina fundamental business dengan kuat. Setiap kita berada di tahap yang berbeza. MENTOR-MENTOR sahaja yang pernah lalui semua tahap-tahap busines ini. Jadi mentor-mentor memang mudah untuk lihat blind spot kita.

Di JLT, akan ada satu sesi dimana kita akan meletak target kita. Walaupun kita rasa macam mustahil, tapi tolong ambil serius berkaitan sesi ini. Allah maha powerful dalam memberi rezeki buat hamba-hambanya yang berusaha.

Waktu di JLT dulu, SJ dan wife (Syamimi Nur Aqila) letak target bulan tersebut untuk capai sales RM167,0000. Walaupun pada awalnya saya kata “macam mana kita nak capai target nie yaa sayang?” Wife SJ pun senyum jee…

Apa yang jadi pada hujung bulan tu?

Alhamdulillah sales kami hit the best of all time iaitu RM114,000!!! Memang banyak yang kami EXECUTE GERAK KERJA SELEPAS JLT!!

Antara tips yang Tuan Mohd Zulkifli Shafie kongsikan lagi di JLT, jangan kita letak target yang mudah. Nanti kita buat kerja pun lebih-lebih kurang sahaja. Letak target yang mencabar diri kita…

Selain dari itu, SJ tak pernah hit 30 new customer dalam satu bulan. Tapi itulah target kami berdua pada bulan Julai 2018 yang lepas. Alhamdulillah, kami berjaya hit #Misi30CelikEmas. Syukur sangat. Banyak lagi tip-tip yang mentor ajar di JLT bagaimana kita nak letak target.

Antara target kami berdua lagi untuk financial year 2018/2019 ini adalah; capai Founder Master Dealer dan juga 1 star ? Founder Master Dealer. Kalau kami tak hadir JLT, kami berdua tak tahu nak capai macam mana semua ini.

Dengan hadir JLT, SUCCESS IS PREDICTABLE !!!

Nak baca banyak lagi tentang testimoni JLT, boleh search di group FB PG VIP DEALERS (Khas untuk ahli PGG100Network sahaja).

Get Ready Untuk Daftar JLT Pada December 2019

jlt

JLT seterusnya akan diadakan pada December ini, 7 dan 8 December 2019 bertempat di Ampang, Kuala Lumpur. Nak tahu lebih lanjut tentang JLT, boleh juga terus ke link Jutawan Emas Leadership Training yang ditulis oleh mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie dalam blog beliau.

Sekian. Semoga Bermanfaat

Hafiz
Kulim, Kedah
9 Oktober 2019
9 Safar 1441H

Artikel Berkaitan

>