Keputusan Baik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bukanlah Segala-galanya

Tahniah saya nak ucapkan buat adik-adik yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini.

Yang kurang cemerlang, teruskan belajar dan berusaha macam biasa, Allah suka hambanya yang berusaha. InsyaAllah.

Bila tengok di FB tentang keputusan SPM dah keluar, banyak kenangan manis dan pahit saya yang mengimbau semula pada 10tahun yang lalu. HEHE.

Antara 3 Kepentingan Keputusan SPM

Apa yang saya perhatikan semasa generasi saya 10 tahun dahulu (sekarang ni mungkin berlainan), 3 jenis keputusan SPM akan menentukan anda dengan 3 perkara je.

(1) Keputusan Yang Sangat Cemerlang (Straight A)

Saya tengok, kelebihan kawan-kawan yang mendapat keputusan cemerlang pada SPM ialah mereka lebih mudah untuk mendapat tawaran biasiswa universiti tempatan, mahupun luar negara.

Tapi, majoritnya luar negara.

Namun, ia bukan 100% bergantung kepada keputusan cemerlang je, kena juga lulus temuduga dulu.

Biasanya, kawan-kawan yang belejar kedoktoran di mana-mana negara atau kejuruteraan di negara Jepun, sangat bagus untuk mendapat keputusan cemerlang.

Jika tiada dalam perancangan belajar luar negara dalam dua kos tersebut, saya rasa SPM cemerlang pun tidak ada apa-apa kelebihan.

(2) Keputusan Yang Biasa-biasa 

Keputusan yang biasa-biasa contohnya separuh je ada A, yang lain B atau C.

Usah bersedih, ia sudah melayakkan korang untuk masuk pra-universiti tempatan, ataupun matrikulasi.

Ingat ye.

Jika korang dah layak masuk pra-universiti (matrikulasi termasuk sekali), korang dah tak akan guna dah SPM tu.

Jika kawan-kawan yang straight A masuk pra universiti sama-sama dengan korang. Okey dah, sampai situ je. 

Korang akan mula kosong-kosong semula.

Dekat pra univerisiti lah korang pulun betul-betul, dapat 4flat. Nanti korang mudah untuk pilih kos dekat universiti nanti.

Dan juga kelebihan untuk mendapat biasiswa bila masuk U dengan mudah.

(3) Keputusan Kurang Cemerlang

Bila keputusan kurang cemerlang, korang boleh je ambik STPM, sama je dengan pra universiti yang lain.

Cuma ia lambat setahun. Itu je.

Bila keputusan STPM cemerlang, itulah yang menentukan samaada korang boleh ke universiti untuk ambik degree atau tidak.

Sama juga dengan masuk pra universiti tadi.

Sikap Yang Lebih Penting Dari Keputusan SPM

Tadi bercakap tentang kawan-kawan yang mendapat keputusan yang cemerlang masa SPM.

Ya, memang bagus.

Tapi, berapa ramai yang kawan-kawan saya yang cemerlang masa SPM, tapi gagal semasa persediaan oversea. Akhirnya, menghilangkan diri.

Masa SPM memang kelebihan kepada siapa yang Allah anugerahkan otak yang geliga, namun lepas SPM sikap lebih mahal dari otak yang geliga.

Ada yang dah lepas belajar oversea, balik Malaysia susah juga nak dapat kerja. Yang belajar dekat Malaysia ni, senang-senang je dapat kerja diluar negara.

Semuanya bukan kerana keputusan peperiksaan, tapi kerana sikap.

Jadi, ini nasihat khas untuk adik-adik yang baru mendapat keputusan masa SPM, ingatlah, SPM bukan segala-galanya, tapi sikap adik-adik nanti selepas ini lebih mahal dari keputusan cemerlang SPM tu.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
18 March 2019
12 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *