Kereta Pertama, Biarlah Yang Biasa-biasa

tips beli kereta

Antara ketakutan orang ramai untuk pakai kereta terpakai ialah kerana takut dengan kos 'maintenance' yang tinggi.

Ya. Memang betul. Saya pun alami sendiri, selepas hampir 5 tahun bekerja di Tawau, Sabah dan 5 tahun juga lah kancil ini berkhidmat untuk saya, dah timbul macam-macam masalah.

Setakat harini, dah dua kali kereta saya mati tengah jalan. Pertama disebabkan radiator bocor (air kering) dan kedua disebabkan 'clutch gear' dah rosak.

Bila kena macam ni, rasa nak terus pergi beli kereta baru pun ada juga. Tapi, sabarlah sekejap. Benda boleh selesai dengan hanya RM2000, kenapa perlu habiskan sehingga RM30ribu kan? Hehe

Kenal Kos Bela Kereta Sewaktu Kereta Pertama

Kos beli kerete memang ramai yang dah tahu. Tapi, saya percaya masih ramai yang tak ambik endah pun dengan kos bela kereta.

Kos bela kereta ni sama mahal dengan model kerete. Kereta yang mahal, sudah tentu kos bela keretanya juga mahal.

Kereta yang murah, InsyAllah kos bela kereta kita lebih murah.

Selama memiliki kereta sendiri ni, saya banyak belajar tentang kos maintenance kereta. Saya juga belajar, apa selok-belok tukang repair kereta.

Saya tahu kedai mana tipu, kedai mana jujur. Ini semuanya hasil pengalaman sendiri setelah ditipu beberapa kali oleh bengkel kereta.

Namun, memang salah saya sendiri. Tidak ada ilmu tentang maintenance kereta.

Kelebihan Kereta Kecil Dalam Mem'bela' Kereta

Seperti yang saya beritahu tadi, saya sudah ditipu beberapa kali oleh bengkel kereta. Dan saya banyak  belajar dari situ.

Setakat ni, saya pernah habiskan duit untuk kereta hampir RM2k sehari.

Tapi, alhamdulillah. Saya ditipu pun dengan kos yang rendah disebabkan kereta saya sendiri pun yang murah-murah je.

Saya cuba bayang kan kalau saya pakai kereta H. Fuhh, mungkin garu kepala saya dibuatnya jika dah sampai masa maitenance kereta.

Inilah kelebihan memakai kereta yang biasa-biasa untuk kereta pertama. Ia mungkin boleh dijadikan sebagai persediaan jika sudah sampai masa untuk tukar kepada kereta yang lebih tinggi nilainya.

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
19 April 2019
13 Syaban 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *