HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Kita Hidup Di Akhir Zaman Dah Sekarang

By Mohamad Hafiz Shafie

February 3, 2020


Sebenarnya, saya dah lama nak berkongsi perkara ini. Tapi, saya tangguh banyak kali dah sebab saya rasa macam saya tak layak nak sampaikan perkara ini.

Ye lah. Saya bukannya seorang Ustaz, saya bukanya seorang guru agama, saya hanya seorang rakyat Malaysia biasa, yang beragama Islam.

Saya Rasa Pelik

Saya rasa sungguh pelik. Saya beritahu dulu yang berlaku disekeliling saya.

Bila orang yang macam saya ini yang jaga solat (kadang awal dan ada juga lewat), pun dah di 'perli' sebagai seorang Ustaz.

Yang tidak bersolat itu dah jadi perkara biasa. Kerja dari petang sampai malam, Asar Magrib saya pasti mereka langgar.


Lagi situasi lain pula,


Orang yang saya sangat kagum dalam bidang kejuruteraan dandang, satu minggu saya ber'talaqqi' tentang dandang dengan beliau, saya pun tak pernah nampak juga beliau solat walau hanya sekali.


Umur dah lanjut, seorang yang profesional, tapi tak solat! Ya, Allah. Takuttnya saya rasa, saya sekarang memang betul-betul di dunia akhir zaman.

Orang Baik Di Tangkap

Inilah akhir zaman,

Semalam saya melawat di Penjara Tapah, yang majoriti pesalah SOSMA di letakkan dekat sana.

Apa yang saya dapati, majoriti tahanan SOSMA di Penjara Tapah merupkan guru agama, orang yang murah hati (selalu bersedekah).

Cuma dalam konteks sekarang, mereka dikira bersalah disebabkan bersedekah kepada orang yang dianggap pengganas walaupun mereka langsung tak bermaksudkan untuk tujuan keganasan.

Ada antara mereka merupakan Hafiz Quran. Pun terpaksa dihukum penjara!

Manakala, orang yang confirm kita melanggar hukum tuhan seperti Pondan yang dekat Malaysia, yang sudah pasti membawa kemudaratan kepada Masyarakat Malaysia, bebas!

Siap boleh buat umrah lagi. Dan tunaikan umrah sebagai seorang perempuan.!

Ya Allah, memang benar sekekarang sudah akhir zaman!

Banyakkan Berdoa

Saya menyeru rakan-rakan pembaca blog saya, jom sama-sama berdoa, agar keluarga kita dilindungi fitnah akhir zaman.

p.s : Saya menulis dalam keadaan sebak. Saya dapat berita, mangsa SOSMA majoritinya tak boleh bebas walau sudah dijatuhkan hukuman.

Hafiz
Kulim Kedah
3 Febuari 2020
8 Jamadil Akhir 1441H

Mohamad Hafiz Shafie

About the author

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas