emas untuk orang berniaga

Manfaat Simpan Emas Untuk Orang Yang Berniaga

emas untuk orang berniaga

Apa yang perhati, sahabat saya yang  berbisnes yang lebih rancak menyimpan emas. 

Saya pernah korek rahsia ini daripada mereka.

Kisahnya pada beberapa bulan yang lalu. Saya pun dah lupa bulan berapa.

Saya agak terkejut apabila, dua sahabat baik saya meminta saya guide mereka untuk beli emas dalam jumlah yang agak banyak dalam hari yang sama.

Seorang dari mereka membuka bisnes jersey, manakala seorang lagi membuka bisnes kasut muslimah. Mereka merupakan mentee kepada Hasbul Brother (Pendiri Majalah Niaga)

Saya cuba tanya mereka, kenapa berminat nak beli emas? Dalam jumlah banyak pulak tu.

Jawab mereka :

"Kami ikut nasihat mentor bisnes kami. Kami beli emas supaya duit simpanan kecemasan kami tidak mudah bocor "

Owhh. Baru lah saya faham, kenapa orang yang ada bisnes yang besar seperti mereka berdua juga menyimpan emas.

Saya fikirkan, dengan kemajuan bisnes mereka sekarang ini. Emas bukan keutamaan dalam menggunakan duit simpanan syarikat.

Tapi saya silap, orang bisnes yang bersistematik macam mereka juga disarankan simpan emas untuk mengelakkan duit bocor.

Tak faham lebih jelas takpa manfaat simpan emas bagi orang berniaga takpa.

 Meh saya terangkan satu-satu manfaat simpan emas untuk orang bisnes.

Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes

Sebenarnya, bukan satu trend baru golongan peniaga emas menyimpan emas sebagai kegunaan bisnes mereka.

emas untuk orang berniaga

Peniaga di Pasar Siti Khatdijah Kota Bharu Kelantan

Suatu ketika dahulu, peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah sangat sinonim dengan pakai gelang emas sampai ke lengan. Mungkin sekarang pun masih sama.

Bagi mereka, emas itu bukan sekadar hiasan. Namun, mereka gunakan sebagai pusingan modal untuk bisnes mereka.

Pada waktu pagi.

Mereka gadai di ArRahnu seutas gelang mereka, untuk tukarkan emas kepada ringgit sebagai modal untuk memulakan bisnes.

Pada waktu petang pula,

Mereka ke Ar Rahnu balik, untuk tebus balik gelang yang mereka gadai.

Akhir sekali, jumlah gelang mereka kekal, dan untung bisnes mereka bertambah. Bila dalam keadaan macam, mereka lebih senang monito antara modal (emas) dan untung (duit).

Emas Sebagai Simpanan Untuk Dilupakan 

Salah satu jawapan yang diberikan oleh sahabat saya tadi ialah, bila mereka tukarkan untuk bisnes mereka kepada emas, mereka nampak emas seolah-olah macam tiada apa-apa simpanan. 

Malah lebih rasa seronok untuk ditambah dan tambah lagi.

Jika simpanan mereka semuanya dalam bentuk duit. Akal mereka menjadi cukup bijak untuk menggunakan duit itu, atas dasar bisnesnya kononya.

Akhirnya, duit simpanan mereka sangat senang habis, walau dikatakan guna duit untuk kegunaan bisnes.

Maksudnya, simpan emas bagi mereka lebih selamat dari dicuri oleh syarikat sendiri.

Emas Untuk Mengekalkan 'Nilai' Dalam Jangka Masa Panjang

Bagi orang yang bekerja makan gaji macam saya, guru-guru kewangan nasihatkan untuk kita adakan simpanan minimum sebanyak 3bulan gaji sebagai kecemasan.

Tidak sama macam orang bisnes.


Simpanan mereka yang paling minimum ialah sebanyak setahun pendapatan sebagai simpanan kecemasan.

Orang bisnes lebih banyak menyimpan dari orang bekerja makan gaji.

Bagi mengelakkan susut nilai simpanan mereka yang banyak tu, mentor bisnes mereka nasihatkan untuk tukarkan kepada bentuk emas.

Simpan duit, inflasi yang pasti 3% hingga 4% setahun.

Ia tidak akan terjadi inflasi kepada emas.

Emas lebih selamat dari segala bencana ekonomi, kerena emas merupakan satu-satunya aset fizikal yang mudah dicairkan jika perlu.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
16 February 2019
12 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>