Melabur atau berniaga

Melabur atau Berniaga, Jalan Mana yang Orang Kaya Pilih Terlebih Dahulu?

Melabur atau berniaga

Melabur atau berniaga.

Jalan mana orang yang betul-betul kaya pilih terlebih dahulu?

Aku sangat percaya, ramai antara kita yang buat pilhan jalan yang lebih lambat untuk menjadi kaya.

Orang kebanyakan, akan pilih jalan pelaburan untuk membina kekayaan.

Manakala. Ini hakikat yang sebenar.

Orang yang multi kaya raya, mereka pilih perniagaan sebagai jalan untuk membina kekayaan, dan mereka melabur hanya untuk kembangkan kekayaan.

Hakikat sebenar, sifu-sifu pelaburan di Malaysia

Ini benda penting yang korang patut tahu. Saya kongsi dulu hakikat sebenar dalam dunia emas. 

Guru emas saya, Tuan Syukor Hashim. Beliau mengajar orang tentang pelaburan emas sudah lebih dari 10 tahun.

Beliau sangat pakar dalam pelaburan emas. Beliau buat duit banyak dalam pelaburan emas.

Tapi, hakikat sebenar, beliau buat duit lebih banyak sebagai seorang dealer Public Gold berbanding sebagai seorang pelabur emas.

Orang ramai mendapat banyak manfaat dari ilmu yang beliau kongsi, serta turut juga membuat simpanan atau pelaburan emas.

Hasil dari itu, beliau mendapat insentif dari pembelian orang yang beliau introduce.

Secara ringkasnya, beliau buat banyak duit dalam bisnes emas dari pelaburan emas.

Lagi contoh sifu-sifu lain?

Dalam industri lain pulak.

Kalau dalam bidang hartanah, aku sangat sarankan korang belajar dari Tuan Faizul Ridzuan dan Dr Azizul Azli Ahmad.

Mereka berdualah sumber rujukan saya sebelum saya membeli rumah pertama.

Aku beli dan baca buku-buku mereka.

Aku juga sudah menghabiskan lebih RM1000 untuk mengikuti kelas sifu-sifu ini.

Aku rasa ilmu pelaburan hartanah yang aku dapat dari mereka, membuatkan aku cukup yakin untuk aku membeli rumah pertama aku.

Dari sudut yang lain, mereka juga sebagai pelabura hartanah. Mereka juga mengajar tentang hartanah.

Dan aku percaya juga.

Duit dari hasil bisnes kelas atau jualan buku tentang hartanah buat banyak duit dari pelaburan hartanah mereka.

Untung berniaga 200% tu biasa-biasa. Untung dalam pelaburan sebanyak 20% tu luar biasa.

Aku bagi satu contoh.

Kau ada duit RM200. Kau bahagi 2 kepada RM100 dan RM100.

RM100 pertama kau guna untuk melabur. Kau melaburlah dalam ASB atau TH. Tempat pelaburan paling selamat bagi orang kebanyakan.

RM100 kedua kau guna untuk berniaga nasi lemak di office.

Apa terjadi duit tu selepas 1 tahun?

RM100 untuk melabur, paling hebat pun kau akan dapat RM120. Kalau ASB bagi 20% dividen. HEHE

RM100 yang kau berniaga nasi lemak pulak macam mana?

Andaikata kau hanya jual nasi lemak ikan bilis seekor yang makcik dekat rumah kau jual RM1.50 sebungkus.

Kau bawa ke office, jual RM2 sebungkus.

Ini pengiraan aku yang paling minimum lah.

Sehari kau dapat jual 10 bungkus je. Walaupun office kau dan sekitarnya tu ada 100 orang pekerja.

Untung sehari kau dapat RM5. Setahun RM5 x 25hari x 10bulan (bulan puasa dan raya kau cuti dari jual nasi lemak)

Selepas setahun.

RM100 tu dah jadi RM1250!

Jauh lebih baik dari kau tunggu untung dalam pelaburan yang hanya dapat maximum 20% setahun!

Usah bazirkan masa tunggu pelaburan!

Ini nasihat aku.

Buat je apa-apa bisnes yang kau boleh buat, yang tak perlukan kau berhenti kerja dahulu.

Manfaatkan apa yang ada di tangan!

Mentor aku pernah pesan. Tengok apa yang ada dirumah. Dari oven, boleh keluarkan duit, dari pressure cooker, boleh keluarkan duit.

Dan aku tulis blog sekarang pun, dari laptop, boleh keluarkan duit.

Kalau ada member kau yang buat bisnes tu, tolong support. Kalau tak beli pun takpa, jangan menganjing pulak. 

Kau perlu ingat.

9 dari 10 sahabat nabi yang dijamin syurga tu semua orang yang multi jutawan dan hebat dalam perniagaan.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
23 Januari 2019
17 Jamadil Awal 1440H

Kredit foto : Bigger Pockets

Artikel Berkaitan

>