Mitos-Mitos Dalam Kewangan

tips kewangan

Semalam saya keluar lunch dengan rakan-rakan sekerja. Jarang sebenarnya saya lunch di kedai, biasanya makan kat rumah je.

Saja je bawak rakan sekerja baru, kenal-kenal tempat makan di Tawau. Tengah syok bersembang, senior kami bagi nasihat 

" Ko jangan risau, lepas 10 tahun bekerja, confirm ko dah selesa dari segi kewangan. Ko nak beli macam-macam pun boleh"

Saya diam je. Walau tak setuju dengan statement yang dikeluarkan beliau. Sebab, banyak dah mitos-mitos tentang kewangan yang orang ramai salah anggap.

Antaranya :

Mitos #1 Makin Lama Bekerja, Hidup Makin Selesa

kuat berusaha

Dah beberapa orang mengadu dekat saya

" Orang cakap, bila dah masuk umur 30an, dah lebih 5 tahun bekerja, hidup makin selesa, aku rasa aku makin banyak hutang je"

Ishh. Ini adalah mitos je dalam kewangan. Mana ada kewangan menjadi lebih baik sendiri, kalau kita sendiri tak pandai mengurusnya dengan baik.

Berapa ramai yang saya jumpa.

Makin lama bekerja makin banyak hutang, bukan makin banyak simpanan. Cuba tengok statistik orang bankrap.

Anak muda yang bankrap berumur sekitar 25 hingga 35 tahun.

Kenapa bukan umur 20tahun tidak bankrap? 

Sebab umur 20tahun masih belajar. Masa belajar baru buat hutang. Dah bekerja, tambah lagi hutang sana dan hutang sini.

Secara teori.

Makin lama bekerja, makin banyak simpanan. Tapi hakikatnya, semakin lama bekerja, semakin banyak hutang!.

Mitos #2 Buat Hutang, Supaya Lebih Motivasi Untuk Bekerja

Kereta

Ini kata-kata penyedap sebelum nak buat hutang je. Lepas dah ada hutang, percayalah fokus kerja dah takda.

Fokus kerja lebih kepada nak bayar hutang je. Cari OT lebih bukan sebab buat kerja lebih, tapi sebab nak duit lebih.

Akhir sekali, bukan lebih motivasi, lebih emosi je. Sebab tertekan dengan hutang yang dah terlanjur buat dahulu.

Mitos #3 Bila Dah Jadi Bos, Kerja Dah Senang

islah diri

Ramai yang beranggap, bila jadi bos, kerja senang, tapi gaji banyak. Lebih ada banyak masa untuk keluarga.

Ini memang mitos je.

Hakikat sebenar, pangkat lebih tinggi. Tanggungjawab lebih tinggi. Masa dengan keluarga semakin berkurang.

Tekanan kerja automatik lebih tinggi. Akhir sekali, duit gaji yang besar pun tak sempat nak nikmati.

Jadi, yang penting. Buat kerja apa yang anda minat. Anda tak kisah pangkat anda bos atau kuli. Yang penting, dalam bidang yang betul-betul anda minat.

Barulah kerja tak stress. Duit tak banyak takpa, asal boleh hidup lebih selesa.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
20 March 2019
13 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *