Panduan Ringkas Dalam Memilih Item Emas Public Gold Yang Bersesuaian

Apa yang saya dapati, hampir semua pembeli emas mempunyai masalah yang sama semasa nak mula, iaitu tiada panduan  untuk mereka memilih item emas yang mana (samaada goldbar/dinar atau berapa jumlah emas) patut mereka beli untuk mendapat harga yang lebih murah dan cara yang lebih mudah.

Berdasarkan pengalaman saya sejak dari tahun 2015 sebagai seorang dealer Public Gold yang aktif. Banyak persoalan yang saya terima. Antaranya seperti :

  1. Boleh tak beli terus emas di office Public Gold?

  2. Apa itu EPP (Easy Payment Purchase)?

  3. Cara EPP ni patuh shariah ke?

  4. Saya ada bajet RM300, saya nak beli emas 1gram 1bulan. Okey tak?

  5. Saya ada bajet RM30k untuk beli emas. GAP sesuai tak?

     

Baiklah. Dalam artikel ini, InsyaAllah semua persoalan seperti di atas terjawab. Baca artikel ni sampai habis, supaya nanti anda dapat gambaran untuk membeli emas Public Gold dengan cara yang paling sesuai dengan situasi masing-masing.

 

Cara Beli Emas Public Gold

Ada 4 cara nak beli emas Public Gold. Sebelum saya teruskan dengan semua stepnya, ingin saya bagitahu semua cara pembelian emas Public Gold sudah disahkan patuh shariah, oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar, yang merupakan penasihat syariah Bank Negara Malaysia.


FB Live Dato Dr Mohd Daud Bakar (pengerusi Armanie Advisor) semasa seminar Emas Dan Shariah pada Nov 2017

 

[Klik] CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk tahu tentang kesemua cara beli emas Public Gold secara umum.

  1. Cash and Carry
  2. Online Full Payment
  3. Online EPP (Easy Payment Purchase)
  4. Gold Accumulation Programe (GAP)

Setiap cara ada kelebihan masing-masing. Kita boleh menggunakan mana-mana cara ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting, pilih yang mana paling kita selesa.

Boleh baca dulu penjelasan saya dibawah ni, sebelum decide belian mana yang paling ngam dengan kita.

 

Ikut Kesesuaian Bajet

Ini guideline pertama yang saya akan pastikan bila ada orang tanya saya untuk mula beli emas. Soalan pertama saya akan tanya ialah :

“Berapa bajet Tuan/Puan/Cik/Encik untuk beli emas ye”?

(1) Kalau ada bajet lebih dari RM40 ribu,

Jongkong Emas 25gramJongkong Emas 250gram. Seketul harganya sekitar RM42k, ikut harga emas semasa. Emas yang besar macam ni spreadnya lebih nipis.

Saya akan terus recommend untuk mereka beli emas 250gram dan 1000gram. Biasanya orang yang macam ni ialah orang bisnes yang nak tukarkan sebahagian backup simpanan bisnes mereka kepada emas, bagi mengelakkan kejatuhan nilai matawang atau inflasi.

 

(2) Kalau ada bajet lebih dari RM10 ribu hingga RM30 ribu,

jongkong dan dinar emasBeli dua tiga ketul yang macam ni. Lebih mudah untuk keluar masuk Ar Rahnu untuk digunakan sebagai modal bisnes

Saya akan terus recommend beli emas minimum 10 Dinar atau 50gram dan keatas. Biasanya, mereka juga orang bisnes yang ingin menggunakan emas sebagai backup duit kecemasan untuk rolling modal bisnes disamping menyelamatkan simpanan bisnes mereka kepada bentuk emas.

Selain tu, orang yang dah lama makan gaji, dan ada saving yang nak tukarkan kepada emas. Saya recomend beli item yang macam ni.

Beli emas dengan jumlah 200gram, tetapi item yang paling kecil 10 Dinar atau 50gram bagi mengurangkan kadar spread. Jadi, bila harga emas naik dalam masa 3-5 tahun. Boleh jual terus jika perlu atau sudah mencapai mantlamat simpanan.

 

(3) Kalau ada bajet RM1000 sebulan

” Alamak, semua yang puluh-puluh ribu. Saya ada bajet RM1000 je sebulan “. Jangan risau, bajet RM1000 sebulan pun boleh dapatkan emas yang 50gram dan keatas, dengan cara bayaran ansuran.

Boleh beli Bunga Emas 50gram dengan 10kali bayaran

 

Boleh beli emas 20gram 10gram 5 Dinar dengan 4 kali bayaran

 

(4) Bajet paling minimum. RM100 pun boleh beli emas fizikal

Item emas yang wajib anda beli ikut cara GAP kalau nak murah. Kalau nak mahal boleh terus beli retail price

Bajet macam ni, saya terus akan cadangkan beli emas dengan cara akaun emas fizikal GAP. Ulasan lanjut tentang akaun emas fizikal GAP, boleh rujuk di artikel saya sebelum ni. [KLIK] –> SINI

 

Ikut Keselesaan Diri Sendiri

Setakat harini, dah lebih 200 orang pembeli emas dibawah bimbingan saya. Kalau closing rate saya hanya 20%, maksudnya seramai 1000 orang yang sudah saya “reach” tentang emas.

Jadi, saya sudah ada pengalaman berinteraksi dengan 1000 orang tentang emas personally samaada melalui online atau offline. Macam-macam ragam yang saya jumpa.

Antara situasi tersebut ialah :

 

(1) Tinggal jauh dari cawangan Public Gold.

Okey baiklah.

Bagi yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold seperti saya. Saya tinggal di Tawau, tiada cawangan Public Gold di Tawau. Paking dekat di Kota Kinabalu.

Saya suka beli dengan cara akaun emas fizikal GAP. Beli dan simpan emas secara percuma dengan Public Gold. Bila saya ada kelapangan masa ke KK atau ke semenanjung. Barulah saya keluarkan emas saya tu.

Selain tu, kalau tak nak beli emas dengan cara GAP. Boleh terus request staff Public Gold untuk pos emas tu terus ke rumah kita, dengan insuran sebanyak RM5k. Ini dipanggil GIT (Gold In Transit) servis.

 

(2) Nak simpan emas, tapi takut simpan sendiri di rumah

Risiko paling utama dalam pelaburan emas ialah risiko emas tu hilang. Jadi, cara yang paling sesuai sudah pasti beli emas dengan cara akaun emas fizikal GAP. Boleh beli, jual dan gadai emas tu secara online je. Tanpa perlu keluarkan dalam bentuk fizikal.

Tapi, kalau tak nak beli cara GAP. Boleh sewa mana-mana safe deposit box di mana-mana bank atau tempat yang menawarkan perkhidmatan ini. Biasanya harga sewaan sekitar RM150 setahun, mengikut saiz safe box.

 

(3) Nak terus yang fizikal. Tak percaya dengan akaun emas fizikal GAP

Bagi yang nak terus emas fizikal pun boleh. Tiada masalah. Caranya, pergi ke branch Public Gold. Pilih mana-mana emas yang ada. Terus beli dekat office Public Gold.

Ataupun.

Boleh order dulu secara online. Bila emas tu dah ready di cawangan Public Gold. Terus boleh ambil emas tu.

 

Pilih Mana-mana Sahaja Cara, Asalkan Boleh Tidur Lena

Okey, sekarang sudah sedikit jelaskan tentang macam mana nak pilih cara pembelian emas Public Gold yang lebih sesuai dengan situasi masing-masing?

Setiap satu cara mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Tapi dengan Public Gold menyediakan 4 cara tersebut, saya rasa sekarang, semua orang  boleh simpan emas dengan begitu mudah.

Tips penting sebelum join mana-mana pelaburan. Pastikan pelaburan itu membolehkan kita tidur lena di waktu malam.

Ada apa masalah, hubungi dealer masing-masing untuk mendapat nasihat dari orang yang berpengalaman.

 

APA-APA PERSOALAN BOLEH CALL/SMS/WASSAP +6014-500 5090

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
24 September 2018
13 Muharam 1440H

 

Artikel Berkaitan

  1. 4 Cara Beli Emas Public Gold, Pilih Yang Paling Selesa
  2. Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)
  3. Cara Buka Akaun Emas Public Gold
  4. Easy Payment Purchase (EPP)
  5. Cara Beli Emas Bagi Yang Tinggal Jauh Dari Office Public Gold

 

 

 

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *