Panduan Ringkas Mengira Zakat Emas Bagi Penyimpan Jongkong atau Dinar Emas

zakat emas

Ramai yang tanya saya macam-macam tentang zakat emas.

Baiklah, di pagi 18 Ramdhan yang mulia ni, saya share sikit tentang apa yang saya dan isteri buat bagi memudahkan kami untuk membayar zakat emas.

Syarat Zakat Emas

Dinar emas Public Gold

Dua perkara yang mewajibkan seseorang untuk membayar zakat emas ialah mesti cukup haul dan nisab.

Apa tu haul dan nisab?

Cukup Haul bermaksud, emas yang anda simpan tu melebihi setahun. Kalau anda simpan emas pada bulan lepas, bulan ni tak perlu lagi bayar zakat.

Cukup nisab ialah, jumlah gram emas yang anda simpan itu minimum 85 gram atau bersamaan 20Dinar, anda perlu membayar zakat keatas kesemua emas yang anda miliki.

Pengiraan Zakat Emas

loan kereta dan loan rumah

Saya bagi satu contoh.

Jika anda memiliki jongkong emas dan dinar emas sebanyak 100gram, dan ia telah disimpan selama setahun.

Anda perlu membayar zakat keatas semua 100gram tersebut, bukan 15gram!

Pengiraannya:

2.5% x 100gram x RM164.6 per gram = RM411.5

RM164.6 ialah harga emas per gram PG Buy sekarang. Maksudnya, ini ialah duit yang kita dapat kalau kita jual emas tu sekarang

Harga emas Public Gold boleh rujuk di www.publicgold.com.my

Untuk memudahkan sahabat pembaca semua, saya kongsikan templete zakat emas Public Gold, boleh download di link ini [Kalkulator Zakat Emas].

Tips Membayar Zakat Emas

Dinar Emas Public Gold

Nak bayar zakat emas ni mudah je, bayar je secara online, atau pergi je mana-mana pusat zakat yang berdekatan.

Kalau saya, saya bayar setiap kali bulan Ramadhan, senang nak ingat. Pasal haul cukup ke tak cukup, saya tak kesah, bayar lebih apa salahnya.

Kelebihan bayar zakat ialah, kita akan dapa dikecualikan cukai 100% terhadap jumlah apa yang kita bayar tu. 

Sudah la bayar dapat pahala, dapat lagi jimat duit. Jadi, jom sama-sama simpan emas. Tak perlu risau pasal zakat, makin banyak bayar zakat, makin banyak pahala.

Perlu ingat juga. Simpan duit pun kena zakat! Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
23 Januari 2019
18 Ramadhan 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *