Penyakit Suka Barang Berjenama, Melambatkan Proses Untuk Bebas Kewangan

Baru-baru ini saya join kawan-kawan pergi 'shoping raya'. Saya join je, balik tangan kosong jugak HEHE

Bukan pergi mall ke apa, pergi bundle je.

Apa yang saya terkejut, bila salah seorang kawan saya ni cakap " Murahnya baju brand XXX (saya pun lupa dah), RM200 jer!"

Hahh? Murah RM200?

Saya tanya lagi dia, kalau baru berapa harga? Dia jawab, "Kalau baru, boleh cecah RM2k!"

Hahh? Fuhh, garu kepala saya dibuatnya. Ada ke yang sanggup beli baju t shirt harga RM2k.

Tak payah cakap RM2k, RM20 pun saya tak nak bayar kalau baju macam tu, RM200 apatah lagi!

Beli Sebab Jenama, Bukan Sebab Nak Pakai

tips poket kering

Apa yang saya perhati, majoriti anak-anak mudah Gen Y, berbelanja bukan sebab keperluan, tapi sebab jenama.

Sebagai contoh,

Bila ada kawan-kawan pergi oversea. Benda yang paling suka mereka kirim ialah baju 'HakkRokk'.

Saya pun tak faham kenapa, bagi saya baju ialah hanya untuk pakai, dan memenuhi keperluan asas sebagai seorang manusia. Setakat tu je.

Daripada beli baju-baju macam tu, lebih baik lah beli baju kelab bola sepak yang Thailand punya. HEHE

Jauh lagi cantik dari baju-baju t shirt macam tu.

Itu baru bab baju, belum lagi yang taksub pada jam, kasut dan seluar-seluar branded!

Belanja Ikut Keperluan

bebas kewangan

Belanja ikut keperluan, mudahkan urusan.

Hidup ni sebenarnya mudah je, tak perlu dirumitkan. Yang rumitkan hidup (dari segi kewangan) ialah kita selalu nak jaga hati orang lain.

Nak suruh orang nampak kita ada 'gaya', inilah akan merosakkan pengurusan kewangan anda, dan melambatkan anda menjadi kaya.

Saya sebagai seorang executive di sebuah kilang kelapa sawit. Dibawah saya ada staff, ada mandore dan ada operator.

Saya tak kesah pun saya pakai kancil, dan mereka pakai kereta lagi mahal dari saya. Apa yang penting, saya dah penuhi keperluan saya, hanya untuk diri saya dan keluarga.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk untuk orang lain.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
4 Jun 2019
30 Ramadhan 1440H

Kredit Foto: Wikipedia

Artikel Berkaitan

>