emas dan hartanah

Perbandingan Antara Emas Dengan Hartanah

emas dan hartanah

Antara hartanah dan emas, mana yang lebih baik?

Sudah tentu bagi saya, ia satu perbandingan yang tidak adil disebabkan hartanah (rumah) adalah salah satu keperluan hidup, manakala emas bukan.

Namun, perbandingan yang saya nak kongsikan ini ialah perbandingan dari sudut kewangan, bukan dari sudut keperluan hidup.

Persamaan Antara Emas Dan Hartanah

Sebelum saya terangkan berkaitan perbezaan, saya kongsikan dulu ciri-ciri persamaan antara emas dan hartanah.

Baiklah, kedua-dua emas dan hartanah merupakan aset fizikal. Aset fizikal ini, ia memiliki intristik value. 

Intristik value bermaksud, ia adalah satu aset yang mempunyai nilai yang melekat pada dirinya sendiri, tidak bergantung kepada aset-aset lain.

Persamaan yang kedua ialah aset ini ia kekal bernilai sepanjang zaman. Nilai ye maksud saya, bukan harga!

Harga?

Harganya sudah tentu menaik dari semasa ke semasa, kerana nilai duit yang kita pakai makin lama makin berkurang disebabkan oleh inflasi.

Perbezaan Antara Emas Dan Hartanah

Okey, ini part yang korang perlu beri tumpuan. Baca betul-betul ye supaya ia boleh memberi impak kepada tahap kewangan korang.

Saya sedih bila ramai yang beli rumah atau emas (untuk pelaburan) tapi beli pada waktu dan tempat yang salah.

(1) Pendapatan Pasif

Tips Menyimpan

Tak payah nak sembang kencang. Anda tak akan jumpa mana-mana tempat yang memberi pendapatan dengan melabur dalam emas.

Emas tidak ada pulangan tetap setiap bulan. Kalau anda jumpa siapa-siapa yang menawarkan pulangan selepas membeli emas, itu sudah confirm SCAM!

Hartanah ada pendapatan.

Anda beli rumah dan sewakan, ia dapat menghasilkan pendapatan. Samaada pendapatan negatif atau positif, itu kena banyak belajar dengan otai-otai hartanah. Saya tak sempat nak terangkan pasal strategi pelaburan hartanah dekat sini.

(2) Kecairan

loan kereta dan loan rumah

Dari sudut kecairan, emas jauh lebih mudah dicarikan berbanding hartanah. Terdesak nak pakai duit, anda boleh jual atau gadai emas dengan mudah.

Tak sama macam rumah. Anda perlu cari buyer dan ia perlu melalui proses yang panjang sebelum anda dapatkan duit.

Untuk emas, anda boleh jual balik emas tu di tempat berikut :

a.  Personal buyer (Rakan-rakan)

b. Syarikat emas tersebut

c. Ar Rahnu

d. Kedai emas

Belajar Simpan Emas
TELEGRAM Nota Emas dan Kewangan

Nota tentang emas dan kewangan untuk bermula dari kosong. Bagaimana cara memanfaatkan emas dalam menambahbaik kewangan.

Anda ada 4 pilihan untuk cairkan emas, tak sama macam hartanah. Anda hanya boleh jual semula dekat personal buyer!

(3) Risiko

tips langsaikan hutang rumah

Risiko pelaburan hartanah sangatlah tinggi.

Harganya juga tinggi! Risiko yang anda perlu tanggung juga tinggi. Ada kes kenalan saya.

Beliau sudah lebih 6 tahun beli rumah tersebut. Sekarang nak jual sebab nak pakai duit, harganya masih harga yang sama macam dulu. 

Bila saya cek-cek balik, rumah tu masa beliau beli 6 tahun lalu jauh overprice! Sebab itulah nasihat guru saya, sebelum beli emas kena buat kira-kira dulu, kena pakai logik, bukan ikut perasaan hati.

Pendek kata, kalau anda tersilap beli rumah. Anda akan rugi besar!

Apa Strategi Terbaik Dengan Emas Dan Hartanah?

Nak beli emas sudah cukup dengan modal sekecil RM100, manakala nak beli rumah perlu modal yang besar. Ringkas kata, kalau korang tak ada deposit 10%, tak payah nak sembang pasal beli rumah.

Emas boleh beli sikit-sikit .

Justeru, bagi yang susah sangat nak kumpul modal untuk beli rumah, saya nasihatkan anda simpan dulu duit tu dalam bentuk emas. 

Apabila dah cukup modal untuk beli rumah, cairkan emas tadi dan gunakan ia sebagai deposit untuk beli rumah.

Nak beli rumah, anda perlu banyak kira-kira. Jangan terburu-buru dalam membeli rumah kalau tak nak tanggung kerugian terhadap risiko tersalah beli rumah.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
18 September 2019
18 Muharam 1441H

Artikel Berkaitan

>