KFH vs Public Gold

Perbezaan Akaun Emas KFH dan GAP

Kebanyakan bank yang ada di Malaysia, ada menawarkan akaun emas untuk para pelabur.

Namun, tidak semua yang membolehkan kita mengeluarkan emas fizikal. Dalam kata lain, kita hanya membeli emas dengan harga emas semasa, kalau harga emas naik, kita jual dan kita dapat untung.

Namun, apabila harga emas turun, confirm kita rugi malah emas pun kita tidak dapat.

Apa yang kita ada hanyalah nombor dan kertas. Kalau buka website mana-mana bank, dan tengok ada Gold Invesment Account (GIA), itulah pelaburan emas yang ditawarkan bank yang saya terangkan tadi.

GIA
GIA ialah akaun emas maya. Tak sama dengan GAP

Namun berbeza dengan akaun emas yang ditawarkan Public Gold, kita ada pilihan untuk  ambil emas fizikal atau  boleh juga simpan dalam akaun tersebut.

Setakat ini, pesaing terdekat akaun emas Public Gold (GAP) adalah akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia (KFH). Konsepnya sama, namun dari sudut syarat-syaratnya berbeza.

Oleh itu, saya akan terangkan satu per satu tentang syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas tersebut.

 

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas KFH

Akaun Emas Fizikal KFH
Akaun Emas Fizikal KFH
  1. Sebelum membuka akaun, kita perlu membuka akaun simpanan simpanan denganya terlebih dahulu dengan anggran kos RM25
  2. Kemudian, boleh membuka KFH Gold Account-i dengan minima pembelian 10gram emas
  3. Boleh keluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu dengan minimum baki 2gram emas di dalam akaun
  4. Untuk tambahan emas, jumlah pembelian minimum mestilah 5gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Akaun Emas KFH

  1. Syarat untuk jual balik emas KFH ialah seal tidak boleh dibuka, calar atau bengkok.
  2. Produk yang patuh syariah
  3. Harga emas murah kerana menggunakan emas 995
  4. Proses membuka akaun cepat dan mudah.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos.
  6.  Spreadnya sederhana tinggi 6.3%
  7. Jual beli emas ketika waktu pejabat sahaja (9.30pagi-4.30petang)
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal

Inilah antara syarat yang dikenakan oleh KFH berkaitan jual beli emas. Sekarang saya akan terangkan pula berkaitan akaun emas GAP Public Gold.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas GAP Public Gold

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP
Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP
  1. Tidak perlu membuka akaun simpanan, kerana Public Gold bukannya bank (“,)
  2. Untuk buka akaun emas, hanya dengan minimum pembelian 1gram.
  3. Boleh keluarkan jongkong emas pada bila-bila masa kesemuanya dengan minimum baki 1gram untuk akaun GAP kekal aktif. Dikenakan cas RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP.
  4. Untuk tambah emas, dengan hanya minimum pembelian 1gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Public Gold GAP

  1. Public Gold terima emasnya yang terbuka seal, calar atau bengkong dengan susut nilai serendah 10%.
  2. Produk yang patuh syariah.
  3. Emasnya berketulinan 999 dan standard LBMA.
  4. Proses pendafataran akaun secara online dan mengambil masa maksima 2 hari bekerja untuk ‘verify’ payment.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos dan tanpa ada had kuantiti dan masa.
  6. Spreadnya bergantung pada item emas, lebih berat emas, lebih rendah spread.
  7. Jual beli emas 24jam sehari
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal.
  9. Boleh jual balik ‘buy back’ secara online dengan spreadnya 9% untuk 1gram.

Oleh itu, sekarang anda sudah faham apa syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas ini.

Jadi, apa yang saya nampak, kelebihan akaun emas KFH ada susut nilainya lebih rendah berbanding Public Gold GAP, namun dari segi syarat-syarat lain, GAP lebih senang berurusan dan kita akan lebih peace of mind.

Sekian, semoga sahabat-sahabat pembaca semua lebih faham dan boleh membuat pilihan dengan mudah untuk memulkan pelaburan emas dengan akaun-akaun emas yang ditawarkan di Malaysia ini.

Wallahuallam

p/s : Fakta-fakta ni saya berkongsi dari hasil pembacaan saya di buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas- En Syukor Hashim”

Hafiz
Tawau, Sabah
7 November 2016

 

Artikel Berkaitan

>