Persediaan Kewangan Pasca Pandemik

Persediaan Kewangan Pasca Pandemik Covid 19

krisis kewangan

Lepas sahur harini, saya selak-selak koleksi buku tentang emas yang saya pernah baca dulu.

Entah macam mana, tergerak hati nak buku tulisan Tuan Azizi Ali tentang Masa Untuk Emas.

Saya buka isi kandungan, dan terus muka surat 83 yang bertajuk tentang Satu Mesej Hari Kemusnahan.

Bila baca balik tajuk tu, eh rasanya apa yang pakar kewangan itu cakap dah hampir-hampir terjadi sekarang.

Kehidupan Menjadi Berlainan Sekiranya Sistem Kewangan Runtuh

Antara jangkaan pakar kewangan Tuan Azizi Ali yang dah berlaku sekarang ialah :

1. Kejatuhan kebanyakan Saham dalam Bursa Malaysia disebabkan oleh Covid-19

2. Pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah proaktif dalam mengurangkan kesan dari krisis ekonomi.

3. Ramai yang hilang sumber pendapatan disebabkan banyak syarikat yang terpaksa bungkus.

Fuhh, ini memang sebenarnya sudah dijangka oleh pakar-pakar kewangan. Dan disaat saya menulis artikel ini, banyak lagi perkara yang bakal berlaku disebabkan oleh wabak Covid19 sekali gus datang dengan krisis ekonomi.

Antara perkara yang paling saya takut  tapi mungkin akan berlaku ialah dengan kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia.

Namun alhamdulillah, dengan tindakan bijak yang diambil oleh kerajaan Malaysia, buat masa ni nilai RM masih kekal seperti sebelum berlaku Covid 19.

Apa Persediaan Bagi Menghadapi Krisis Ini?

Nasihat pakar kewangan, bagi yang memiliki aset yang bercirikan 

(1) Kekal Nilainya dan (2) Boleh dibawa kemana-mana.  Mereka akan lebih selamat dalam situasi (sistem kewangan) yang kucar kacir ini.

Ape aset yang bercirikan tersebut?

Sudah pasti, aset tersebut ialah emas dan perak!

Bagi penyimpan emas yang dah lama. Teruskan menyimpan emas seperti biasa, fokuskan kepada pertambahan jumlah gram emas anda

Bagi yang belum ada simpanan emas, terus tukarkan sebahagian wang anda kepada emas sebagai backup jika jangkaan pakar tadi betul-betul akan berlaku.

Semoga Bermanfaat 

Hafiz
Kulim, Kedah
7 Mei 2020
15 Ramadhan 1441H

Artikel Berkaitan

>