PG Mall – Best Online Shopping Mall

 

Apa yang saya perhati, masih ramai yang belum kenal PG Mall. Bukan sahaja yang memang tak pernah membeli emas Public Gold (bukan ahli PG berdaftar), malah ada dalam kalangan customer Public Gold saya sendiri pun masih tidak tahu apa itu PG Mall. Dan baru-baru ini, ada seorang pembeli emas dibawah bimbingan saya, selepas saya update status tentang PG Mall, terus beliau wassap saya ” Hafiz, PG Mall tu dekat mana?”. Maksudnya, beliau memang betul-betul tak tahu pasal PG Mall.

Memandangkan masih ramai yang kosong info tentang PG Mall, insyaAllah dengan membaca aritkel ini, ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan utama kepada semua rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk sahabat pembaca blog ini, yang penting kena share info ni kepada kawan-kawan lain selepas baca penerangan saya tentang PG Mall ini. Ini kerana, saya berani katakan, sangat rugi sesiapa tak kenal PG Mall, kerana terlalu banyak ‘durian runtuh’ yang diberikan oleh PG Mall kepada semua penggunanya.

 

Apa Itu PG Mall?

Sebelum saya pergi lebih detail tentang PG Mall, eloklah saya jelaskan apa kaitan Public Gold dan PG Mall. Public Gold ialah sebuah syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia. Terdapat 3 bisnes utama Public Gold setakat ini, iaitu:

  1. Jual beli emas dan perak untuk pelaburan.
  2. Aurora Italia, barang kemas yang premium.
  3. PG Mall, online shopping mall.

Jadi, PG Mall merupakan salah satu cabang bisnes Public Gold selain dari menyediakan platform terbaik untuk jual beli emas pelaburan. PG Mall secara mudah, ringkas dan padatnya ialah satu online shopping mall. Ia sebijik macam Lazada, Shopee, 11Street, dan banyak lagi, anda boleh senaraikan sendiri. HIHI.

Sejak mempunyai cahaya mata sulung ini, saya lebih suka shoping secara online. Saya rasa bukan family kecil macam saya je yang suka berbelanja secara online, malah apa yang saya perhati hampir semua rakan pejabat saya sudah biasa shopping secara online, terutamanya di Lazada. Jadi, alang-alang memang sudah pernah shopping online, why not selepas ini anda cuba pulak berbelanja di PG Mall.

 

Jana Lebih Masa Dengan Online Shopping

Apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan ni, masa perlu urus dengan baik. Pembahagian masa untuk keluarga, kesihatan (beriadah), dan juga masa untuk lengkapkan keperluan rumah (makan minum) perlu kami atur supaya segala urusan lebih produktif. Jadi, bagi saya, wujudnya online shopping mall macam ni lah memberi nilai tambah kepada masyarakat untuk memaksimumkan penggunaan masa dengan baik.

Jadi, dengan berbelanja secara online, saya boleh menjana lebih banyak masa untuk keluarga dan juga untuk membina masa depan kami yang lebih baik. Alhamdulillah. Ada beberapa kelebihan apabila berbelanja secara online ni, contohnya saya boleh jimat masa, jimat minyak kereta dan yang paling penting jimat dari terbeli barang-barang bukan keperluan lain, terutama barang-barang yang bukan keperluan. Justeru, cara paling bagus nak dapatkan barang keperluan ialah, kami klik-klik je dari rumah didepan laptop, dan masa untuk berbelanja saya lebih cepat, malah saya boleh fokus masa saya untuk keluarga dan juga untuk beriadah.

 

Sedikit Perbandingan PG Mall, Lazada, Shopee & 11 Street?

Baiklah, sudah habis cerita pasal online shopping mall. Sekarang saya ingin berkongsi sedikit kajian saya tentang perbandingan antara online shopping mall yang lain dengan PG Mall.

#1 Harga Barang

PGMall
Perbandingan Harga untuk Milo Yang Sama Antara PG Mall, Lazada, Shopee dan 11Street

Dari sudut harga, saya boleh katakan tidak ada banyak beza. Perbezaan harga antara beberapa online shopping ni kurang RM5 untuk setiap barang. Saya buat perbandingan barangan dapur, kerana barang dapur seperti Milo ni merupakan makanan keperluan bulanan yang setiap rumah ada biasanya bagi setiap keluarga.

 

#2 Pilihan Barang Jualan

Saya boleh katakan, sudah tentu kepadatan yang paling tinggi ialah di website Lazada. Jika dibandingkan dengan online shopping mall yang lain, saya dan isteri kenal lebih awal dengan Lazada dari yang lain. Mungkin disebabkan Lazada merupakan antara online mall paling awal masuk Malaysia, saya tidak pasti kenapa dan betul atau tidak jangkaan saya ni. Namun, sejak wujudnya PG Mall, saya lebih teliti berbelanja secara online, saya semak dulu yang mana lebih berbaloi antara berbelanja di PG Mall atau di website lain sebelum berbelanja. Kalau tidak banyak perbezaan dari sudut harga, sudah tentu kami akan pilih PG Mall. HEHE. Bukan disebabkan kami dealer Public Gold, ada sebab lain yang membuatkan kami pilih PG Mall, nanti saya share kenapa dibawah.

 

#3 Kaedah Pembayaran

PG Mall- GC

Pada awal penubuhan PG Mall, kaedah pembayarannya ialah hanya menggunakan Gold Cash. Caranya ialah, setiap pembeli mesti memiliki akaun emas fizikal GAP, dan emas dalam akaun GAP perlu ditukarkan kepada Gold Cash. Nilai 1gram emas bersamaan 100 Gold Cash. Ini bermaksud, jika berlaku susut nilai matawang atau masalah ekonomi negara yang menyebabkan kejatuhan ringgit, ia tidak menjadi masalah dengan nilai Gold Cash yang kita ada. Ini merupakan salah satu inisiatif Public Gold untuk memberi platform kepada semua masyarakat dunia, untuk kembali menggunakan matawang yang sebenar iaitu emas.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan PG Mall dilancarkan, transaksi jual beli di PG Mall boleh menggunakan ringgit dan juga emas. Pembeli dan penjual mempunyai dua pilihan. Saya rasa, ia bertujuan untuk menaikkan reputasi PG Mall di mata masyarakat dunia. Malah, saya yakin dan percaya, 5 hingga 10 tahun akan datang, selepas masyarakat sudah faham tentang emas, segala transaksi PG Mall menggunakan emas sepenuhnya.

Berbanding dengan shopping online yang lain. Kaedah pembayarannya samaada online banking atau kad kredit sahajat.

 

3 Kelebihan Utama Bershoping di PG Mall

 

#1 Ada 18 Cawangan Seluruh Malaysia Sebagai Tempat Rujukan Utama

Cawangan Public Gold
Cawangan Public Gold seluruh Malaysia, boleh tengok diwebsite Public Gold untuk dapatkan contact number.

Dalam beberapa kali saya berbelanja secara online, samada di Lazada , 11Street mahupun PG Mall. Order saya pernah bermasalah semasa saya membeli aksesori smartphone melalui Lazada. Mungkin ini kes 1 dalam seribu. Sebelum ni okey jerr. Fokus saya bukan pada order yang bermasalah, tetapi tentang customer servis. Jika tidak pernah ada masalah, mana mungkin saya boleh ada pengalaman dengan customer servis online shopping macam ni kan.

Masalahnya itu ialah

Saya tunggu hampir sebulan barang tidak dapat, tracking number sudah dapat. Tapi, apabila track barang di Ninja Van (servis pengeposan), tracking number invalid. Pada masa tu baru saya kenal Ninja Van. Saya tinggal di Tawau, dan saya google, tidak ada Ninja Van di Tawau. Dalam fikiran saya Ninja Van tu ialah ABX, sebab sama-sama merah. (“,). Saya pergi ke pejabat ABX Tawau, confirm la tidak ada barang saya kan. Dan meraka suruh contact Lazada.

Balik rumah, cari nombor Lazada tak jumpa. Memang Lazada tidak display nombornya barang kali. Tapi terjumpa nombor seller (saya google). Saya call seller, dia suruh contact Lazada balik. Sebab seller sudah serahkan barang tu kepada Lazada. HAHA. Pening-pening. Nasib baik seller tu baik hati bagi nomber Lazada kepada saya. Akhir sekali, saya dapat hubungi Lazada, alhamdullilah, barang saya selamat sampai di Tawau, pos melalui Pos Laju. Tidak Ninja Van lagi.

Jadi, dalam kes saya macam ini. Bagi saya, PG Mall lebih kedepan dari segi customer servis. Kerana Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Ada apa-apa masalah boleh terus call cawangan Public Gold, atau terus ke cawangan untuk mengatahui status barang yang kita order.

 

#2. Insentif Kepada Pembeli

PGMall-Pay-You-Back

Pembeli yang membeli di PG Mall berpeluang mendapat insentif juga. Walaupun mereka bukan dealer Public Gold, mereka berpeluang jana income yang besar dengan PG Mall. Sebab itu lah saya katakan, rugi siapa tak kenal PG Mall. Sudah lah kita berbelanja, dapat balik insentif kepada kita dalam bentuk GoldCash dan akan dimasukkan dalam E Wallet.

Ini merupakan salah satu cara bagi mencapai matlamatĀ  founder Public Gold, iaitu Dato Loise Ng iaitu bagi melahirkan satu juta jutawan!

PGMall-Insentif
Ini jumlah bayaran insentif kepada pengguna PG Mall

Wahh, saya rasa tak pernah wujud lagi setakat ni dalam syarikat lain. Tidak ada lagi mana-mana online shopping mall sebaik PG Mall. Jika, tempatĀ  lain, kita shopping, duit habis. Tetapi, di PG Mall, kita shopping, duit dapat balik! Nak rujuk lebih lanjut tentang PG Mall, boleh klik di PG Mall Consumerchant

 

#3. Shopping dan Menang Emas

Inilah yang paling seronok apabila berbelanaja di PG Mall. Shopping dan dapat emas free! Ia bagi menggalakkan masyarakat menggunakan PG Mall, PG Mall membuat cabutan bertuah jongkong emas kepada sesiapa pembeli yang bertuah secara mingguan dan bulanan. Syaratnya, mestilah berbelanja di PG Mall melebihi RM30 dan keatas, kita berpeluang menyertai satu cabutan bertuah. Kalau beli 1 barang, berpeluang sekali. Kalau berbelanja 10 barang, kita berpeluang sebanyak 10kali.

PGMall Lucky Draw
Saya pernah menang dua keping emas dalam masa satu minggu!

Betul. Tak tipu, Saya sendiri pernah menang emas disebabkan berlanja di PG Mall. Saya beli dua barang. Kedua-kedua saya menang emas. Beli barang hanya RM80, saya dapat emas bernilai RM150. Fuhh, maksudnya seperti orang bagi buku free kepada saya, dan terselit pulak RM70 dekat buku tu. Hihi. Boleh tengok posting asal di FB saya, klik DISINI.

 

Cara Buat Duit Dengan PG Mall?

Shop, Share and Earn!

Inilah trademark PG Mall. Jadi, sekarang sudah faham apa itu PG Mall kan? Share maklumat ini kepada rakan, keluarga dan sesiapa sahaja yang anda kenal!

Bagi yang sudah ada Kod PG, boleh terus login website PG Mall, guna ID dan Password seperti nak login website Public Gold. Pergi ke profile, dan share anda punya referall link anda kepada kawan. Setiap kawan yang berdaftar menggunakan referall link anda, ia menjadi customer anda sampai bila-bila. Tidak boleh tukar, tidak boleh ubah. Maksudnya, selagi mereka berbelanja di PG Mall, anda akan diberi royalti oleh Public Gold.

Jika yang masih belum ada Kod PG, boleh daftarnya dekat sini. Klik link disebelah ini untuk daftar. (Daftar PG Mall Percuma). Nak daftar sebagai penjual di PG Mall pun boleh, klik link disebelah untk daftar sebagai penjual (Daftar Penjual di PG Mall).

Semua tu free jee. Selepas mendapat Kod PG sendiri, buat apa yang share diatas ni. Mudah kan? Dan yang paling menariknya ialah, empire PG Mall yang anda bina ini akan kekal menjadi milik anda bukan sahaja sampai mati, selepas mati pun income itu menjadi milik pewaris anda. Fuhh, saya rasa inilah real pasive income yang Public Gold sediakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita hanya buat kerja sekali, income yang kita terima sampai hancur ini bumi (kiamat). Maaf kalau kasar bahasa saya.(“,)

Apa-apa soalan tentang PG Mall, terus hubungi saya dan isteri di whatsApp. InsyaAllah kami boleh bantu.

Hafiz Shafie +6 014 – 500 5090
Hafizah Hassan +6 019 – 901 4722

 

Hafiz
KFC KLIA 2
16 Jan 2018

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *