Public Gold – Gold Accumulation Programme (GAP)

Public Gold GAP

Apa itu Public Gold GAP?

GAP ialah Gold Accumulation Programme, iaitu salah satu cara yang korang boleh beli emas fizikal Public Gold.

Ada 4 cara beli emas Public Gold semuanya, salah satunya ialah GAP.

Perbezaan Belian Cara GAP Dengan Non-GAP

Tak banyak bezanya.

Cuma GAP ialah belian emas melalui akaun emas fizikal. Ya, GAP jugak emas fizikal, bukan emas nombor macam GIA dekat bank tu.

Untuk Belian GAP

Dengan GAP korang baru beli 'gram emas', korang belum decide lagi nak keluarkan emas yang macam.

Contoh dalam akaun GAP korang ada 12 gram, selepas mengamalkan 1gram 1bulan.

(1) Korang boleh keluarkan jongkong emas 10gram sekeping, dan baki dalam akaun tinggal 2gram.

(2) Korang boleh keluarkan 12keping 1gram, baki dalam akaun tinggal 0gram.

Untuk belian Non GAP

Berbeza dengan Non-GAP.

Korang terus decide nak emas yang size apa. Contohnya :

(1) Nak goldbar 1gram, korang terus bayar RM250 sekeping. Dan dapat emas.

(2) Nak 5gram goldbar, korang terus bayar RM1100, Dan dapat emasnya.

(3) Nak 10gram goldbar, bayar ikut harga di website www.publicgold.com.my. Boleh online atau walk in.

Tambah gold premium. Nanti, emas tu dah ready, staff akan call untuk ambil emas tu. Kalau memang dah ready, boleh je terus cash and carry.

Antara Kelebihan GAP

(1) Korang boleh beli emas dengan bajet minimum RM100. Kalau sekarang beli emas dengan RM100, korang akan dapat sekitar 0.5***

(2) Korang boleh simpan je dalam akaun GAP, kalau takot nak simpan sendiri. Public Gold boleh tolong simpankan dengan percuma.

(3) Kalau korang tinggal jauh dari cawangan Public Gold atau tinggal dekat oversea. Jarang-jarang balik Malaysia.

Emas GAP korang boleh ambil je bila-bila masa di semua 20 cawangan Public Gold di Malaysia, Indonesia dan Singapore.

Frequent Ask Question - GAP

(1) Harga emas GAP dan Non GAP sama ke?

Tak sama. Harga emas GAP berubah setiap jam 12tengah malam. Harga emas lain (>10gram) berubah setiap 20minit.

(2) GAP macam mana dari sudut syariah?

Semua proses jual beli emas Public Gold dah dapat sijil patuh syariah oleh Amanie Advisors, yang diketuai oleh Dr Mohd Daud Bakar, penasihat syariah bank negara. Boleh terus ke www.amanieadvisors.com untuk dapatkan info lanjut.

(3) GAP ada insuran PIDM tak?

Tidak ada mana-mana akaun emas dilindungi PIDM. Termasuk akaun emas di bank.


Untuk PG, semua emas (termasuk GAP) disimpan di Public Safe di Penang. Dan ada cover insuran. Beli GAP maksudnya, korang amanahkan PG untuk simpankan emas tu. Kalau rasa kurang yakin dengan kredibiliti PG, boleh pilih belian emas Non GAP

Cara Paling Mudah Untuk Mula Simpan Emas Dengan GAP

Korang boleh wassap/sms/call saya di +6014-500 5090. Saya boleh tolong uruskan semua.

Apa yang saya perlukan ialah: (1) Nama Penuh (2) Email (3) No Fon (4) No IC/Passport.

Korang terus transfer duit (CDM pun boleh) ke akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd:

Maybank : 5571 3923 8048 atau Public Bank : 3167 52 0833

Resit nanti share sama saya. Apa yang staff nak tengok dekat resit ialah (1) Jumlah Bank In, (2) Ref Number, (3) Masa Transfer (4) To Akaun Public Gold

Masih Ada Persoalan Yang Belum Terjawab?

Boleh hubungi saya di +6014-500 5090 atau jika kakak2 segan nak hubungi saya, boleh juga hubungi isteri saya Cik Fizah di +6019-901 4722. 

Kami berdua ialah dealer Public Gold yang aktif sejak dari tahun 2015.

Semoga bermanfaat

Wallahuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
29 Januari 2019
23 Jamadil Awal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *