Ramadhan Sebagai Universiti Kehidupan

Ramadhan

Waktu belajar dulu, saya letak target untuk mendapat sekurang-kurangnya dekan bila dah habis semua semester.

Tapi, selepas tamat belajar di UTM Skudai, CGPA saya hanya sekadar 3pointer sahaja, target saya tidak tercapai. Tapi Alhamdulillah. Saya bersyukur.

Begitu jugalah di bulan Ramadhan, masuk je di bulan yang mulai ini, at least kita mesti ada target untuk menjadikan ia lebih baik dari bulan-bulan sebelum ini kan?

Kalau dah habis Ramadhan, kita hanya berjaya tahan lapar sahaja, dosa-dosa kecil yang lain pun dibuat macam biasa. Saya rasa ibadah kita di bulan yang mulai ni ada yang tak kena.

Subjek- subjek Universiti Ramadhan

Di universiti, kita ada subjek yang perlu skor. Sama juga di bulan Ramadhan, kita juga ada 'subjek' yang perlu skor. 

Antara 'subjek' kita dibulan Ramadhan ialah Teraweh, Tadarus AlQuran, bersedekah dan lain-lain lagi.

Saya ada kongsikannya di posting FB saya seperti dibawah ni.

Bukan hanya perut yang berpuasa. Mulut, tangan, mata juga kita perlu berpuasa. Ini merupakan cabaran juga kan. Huhu.

Benda dah biasa 'mengumpat bos' dekat office, susah juga nak stop. HUHU. Ini peringatan untuk diri saya sendiri jugak.

Jadikanlah Ramadhan Sebagai Medium Untuk Perubahan

11 bulan yang lain, nak habis 30 juzuk bukanya senang. Ini pengalaman saya sendiri. 

Tapi Alhamdulillah, bila ada kemahuan yang tinggi di bulan Ramadhan, ramai saya rasa boleh habiskan 30 juzuk dalam Ramadhan.

Konklusinya, nak buat benda baik. Kali pertama kena paksakan diri. Lama-lama dah buat, jadi mudah untuk amalkan.

Justeru, peringatan untuk diri saya sendiri juga, grab peluang betul-betul di Ramadhan ini untuk sebagai titik perubahan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari bulan-bulan sebelum ini.

InsyaAllah. Saya doakan sahabat-sahabat pembaca memperoleh CGPA yang cemerlang di bulan Ramadhan 1440H ini.

Akhir kata, saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin, mohon maaf jika ada salah silap.

Sekian.

Hafiz
Tawau, Sabah
3 June 2019
30 Ramadhan 1440H

Kredit Foto: Panji Kendari
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *