Financial-Freedom

Riviu Buku : Cash Flow Quadrant

Cashflow-Quadrant

Tajuk Buku : Cashflow Quadrant

Penulis : Robert T. Kiyosaki

Riviu Buku:

Buku ini banyak membuka minda saya tentang fokus kepada impian hidup, bukan hanya fokus kepada duit yang banyak semata-mata. Kalau dulu, matlamat utama saya pergi dan pulang kerja kerana untuk mendapat income, tapi sekarang fokus saya pergi dan pulang kerja ialah untuk belajar dan tingkatkan soft skill dalam diri saya, yang membolehkan income saya lebih berganda besar untuk akan datang.

Lepas saya baca buku ni, rasa stress dengan bos dah tak ada lagi. Sebab saya pergi kerja untuk belajar, belajar dan belajar. Bukan untuk menonjolkan diri dihadapan bos semata-mata untuk mendapat key performance indicator (KPI) yang bagus setiap akhir tahun.

 

Ilmu Baru Saya Dapat Dari Buku Ni

Perkara paling penting saya belajar dari buku ni ialah tentang 4 jenis quadran manusia yang menerima jenis income yang berbeza. Dulu saya ingat income RM3000 orang bekerja, dan income RM3000 itu sama saja nilainya, rupa-rupanya ia jauh beza! 4 quadran tersebut ialah :

cashlow-quadrant

 

#1 Quadrant E (Employee)

Income dari Quadran E merupakan income aktif. Mereka pergi kerja dapat gaji, tak pergi kerja tak dapat gaji.

Kebiasaanya, income dari qaudran ni bersifat linear. Semakin banyak income, semakin tinggi pangkat, dan yang pasti semakin tinggi tanggungjawab.

Bak kata guru saya, quadran E menjual masa untuk dapat duit! Aduish, sungguh padu kata-kata beliau.

 

#2 Quadrant S (Self Employment)

Golongan dari Quadran S ialah merekalah bos dan mereka jugalah kuli. Dalam kata lain, bisnes yang tidak bersistem.

Bak kata guru bisnes, Puan Ainon “Kalau ownernya demam, bisnesnya juga demam. Ini petanda gologan Quadran S.”

Mereka rasakan dirinya bebas, tak ada bos. Tapi, hakikatnya pelanggan merekalah yg bos. Mereka terpaksa habiskan masa untuk ikut kenginan pelanggan.

 

#3 Quadrant B (Bisnes Owner)

Sifat income dari quadran B ialah income yang pasif.

Mereka (golongan B) boleh tidur lebih 6 bulan, tanpa menggangu sedikit pun income bulanan mereka. Dalam erti kata lain, orang yg bekerja untuk mereka.

Contoh mudah perbezaan income dari Quadran S & Quadran B ialah seperti ” kedai runcit Pak Mat di kampung & kedai runci 7E. Kita tak tahu pun siapa pemilik 7E tu, namun income tetap masuk kepada owner 7E tersebut ”

” Berbeza dengan kedai Pak Mat, yg dekat kaunter itulah Pak Mat, manakala kalau Pak Mat sekeluarga pergi bercuti, incomenya juga turut bercuti”

 

#4 Quadrant I (Investor)

Quadran I menerima income dalam bentuk income pasif. Robert Kiyosaki menyifatkan, golongan dari Quadran I ialah wang yang bekerja untuk mereka.

Contoh mudah ialah melabur dalam hartanah. Beli rumah dan sewakan. Beza installment bulanan & bayaram sewa itulah income pasif yg diterima oleh pelabur.

Pesan guru saya lagi, contoh paling mudah untuk mendapat income dari Quadran I ialah :

” Ada duit RM1juta, masukkan dalam tabung haji atau ASB. Setiap tahun estimate dapat dividen 5% setahun atau RM60k. Jadi, income pasifnya ialah RM5k sebulan. Dan sebab inilah kenapa kita perlu menyimpan sampai kita boleh hidup dengan pasif income je”

 

Tukar Quadrant Bukan Sekadar Tukar ‘Bos’

 

Financial-Freedom
Buku ni agak tebal, lebih kurang 400 muka surat.

 

Nasihat saya untuk sahabat yg rasa tak selesa dengan kerja sekarang. Fikir masak-masak sebelum meletak surat resign. Adakah kita buat keputusan yg betul?

Ambik kertas dan buat kira-kira dulu. Masukkan sekali faktor-faktor lain termasuk kos-kos sara hidup yang baru jika kita resign th nanti. Bila rasa berbaloi bertukar kerja, dan selari dengan dream kita. Baru letak jawatan yg ada sekarang.

Bagi saya, kalau tukar kerja setakat sebab stress dengan bos, ia hanya boleh diabaikan. Tukar kerja baru, belum tentu bos baru tu lebih sesuai atau tidak dengan kita.

Jum sahabat-sahabat semua, waktu muda-muda, kudrat masih kuat ni, kita push to the limit! Belajar ilmu kewangan dan bisnes, hingga kita boleh hidup dengan pasif income je. Bekerja macam kerbau 10tahun je, insyaAllah nanti kita dah tak perlu bekerja lagi.

Mana lebih berbaloi? Korbankan masa 10tahun untuk bisnes, tahan kemahuan dan kita boleh hidup bebas selepas 10 tahun. Daripada kita di quadrant E selama lebih 30 tahun?

 

Cara Untuk Dapatkan Buku Ni

Boleh beli je dimana-mana kedai buku (MPH, Popular & SMO) atau boleh beli secara online di bookcafe dengan hanya copy & past link bawah ni sebagai URL:

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1714&url=6570

 

Hafiz
Tawau, Sabah
14 October 2017

Artikel Berkaitan

>