Rupa-rupanya Inilah Sebab Utama Mengapa Harga Emas Meroket Ketika Ini

harga emas menaik

Harga emas meroket tak ingat dunia pada minggu ini. Dari RM192 per gram, dalam masa 3 hari je terus sampai RM202 per gram.

Sebelum ini, memang saya tak ambil port sangat tentang turun naik harga emas, apa yang saya tahu, setiap bulan gram emas saya bertambah satu. Sebab saya seorang penyimpan emas bukan seorang pelabur emas.

Namun, sebab macam dah viral pasal kenaikan harga emas, saya mula minat untuk ambil tahu.

Guru emas saya, En Syukor Hashim berkongsi, ada 3 sebab utama mengapa harga emas naik mendadak dalam minggu ini.

Kredit Foto: Sibconline

#1 US Interest Rate

loan kereta dan loan rumah

Sebelum ini, ada ura-ura untuk US interest rate akan diturunkan.

Apabila US Interest rate menurun, pelabur akan melihat aset yang ada kaitan dengan interest (seperti bond) tidak akan memberi keuntungan.

Namun, selepas ucapan US Federal Reserved Chair, ia tidak memberi apa-apa gambaran bahawa ia akan menurun.

Bila interest rate tidak turun, maka ia membuatkan USD kuat dan gold/silver akan jatuh semula.

Sebab itulah harga emas dari RM202 turun semula kepada RM200 per gram.

#2 US China Tradewar

US China trade war

Menurut guru emas saya, pertemuan Trump dengan Xi Jinpin di persidangan G-20 di Jepun pada hari esok (Jumaat & Sabtu, 28 & 29 Julai 2019) sangat dinantikan oleh semua pelabur.

Pertemuan ini penting ini kerana ia akan memberi keputusan samaada ia dapat mengurangkan atau meningkatkan kesan trade war US-China.

Kalau pertemuan mereka tidak memberi kesan positig, maka trade war akan berlarutan dan memberi kesan positif kepada harga emas.

Kredit Foto: THBL

#3 Ketegangan US- Iran

tips kejayaan

Pada mula berkaitan Iran menembak jatuh drone US. Disebabkan itu, Iran telah dikenakan sekatan, dan kebanykannya dalam bentuk kewangan.

Oleh itu, berbilion aset-aset Iran diluar negara terjejas.

Trump pulak memberi amaran kepada Iran, jika mereka menyerang apa-apa sahaja aset Amerika, maka US akan "menghapuskan" Iran.

Ini mungkin akan berlaku huru-hura atau peperangan maka harga emas akan terus meroket.

Faktor Kenaikan Harga Emas

gold premium ialah transportation cost

Inilah 3 sebab utama mengapa harga emas terus meroket sekrang ini.

Secara ringkasnya, apa-apa yang berlaku berkaitan dengan US, harga emas akan terjejas. Harga emas meningkat, itu tandanya USD sedang menurun.

Kesimpulannya, jika harga emas sedang menaik, ada berita buruk tentang ekonomi dia akan keluar.

Sebab itulah, sejujurnya, saya tak suka harga emas naik, saya lebih suka harga emas yang murah kerana saya nak beli emas yang banyak setiap bulan, dengan harga yang rendah. HEHE

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
27 Jun 2019
23 Syawal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *