Salah Diri Sendiri atau Salahkan Pak Menteri

mindset

Dalam mengurus kewangan, ada dua pulihan je kita nak mencari punca kesalahan. Iaitu:

(1) Salahkan Takdir, atau (2) Salahkan Tadbir

Namun, majoritinya salahkan orang lain yang menyebabkan punca pengurusan kewangan mereka gagal.

Gagal menyimpan secara tetap setiap bulan, salahkan kerajaan naikkan harga minyak, salahkan kerajaan kenakan GST, salahkan kerajaan tak bagi BRIM.

Akhir sekali, kita sendiri juga yang membayarnya. Bukan orang lain.

Pemikiran Orang Biasa Dan Pemikiran Orang Kaya

melabur dan menyimpan emas

Bila cara berfikir pun sudah berbeza, apatah lagi cara bercakap. Orang kaya cakap perkara-perkara yang positif, manakala orang biasa cakap kearah yang negatif.

Orang biasa-biasa bercakap :

Alaa, rezeki sudah secupak, mana boleh jadi segantang.

Orang kaya bercakap :

Macam mana nak tambahkan yang secupak, menjadi bergantang-gantang

Orang biasa nampak mustahil untuk memperoleh gaji RM30k sebulan, orang kaya mencari jalan untuk mendapat RM30k sebulan. 

Bagi orang kaya, semuanya boleh jika ada ilmu dan dengan berusaha yang gigih.

Bila Bersembang Dengan Orang Kaya dan Orang Biasa

En Syukor Hashim

Cuba perhati, apa ayat yang keluar dari mulut orang kaya dan orang biasa-biasa memang berbeza.

Orang yang kaya, mereka melatih diri mereka supaya pemikiran mereka menjadi kaya terlebih dahulu, barulah mereka menjadi kaya yang sebenar.

Ini realiti apa yang sedar setelah belajar dari banyak buku tulisan orang kaya. Ada 3 modal percakapan:

Orang kaya (kelas pertama) akan bercakap tentang idea baru, masa depan, dan macam mana nak improve diri

Orang biasa (kelas pertengahan) akan bercakap tentang masa sekarang. Keluar isu bumi, dia nak ulas isu bumi. Keluar isu bidan, dia ulas isu bidan.

Orang miskin (kelas bawah) akan bercakap tentang orang lain. Pendek kata, kemiskinannya ada disebabkan orang lain 100%

Latih Diri Jadi Orang Kaya

Pendapatan Pasif dan aktif

Sebelum kita jadi benar-benar kaya, kita mesti latih diri jadi macam orang kaya dulu.

Latih cara kita berfikir, latih cara kita bercakap, latih cara kita bertindak, supaya menjadi seperti orang kaya.

Memang saya tahu, semuanya bukan senang, tapi ia tidak mustahil!

Hafiz
Tawau, Sabah
13 Mac 2019
6 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *