cara kira harga emas

Salah Faham Tentang Kekayaan

loan kereta dan loan rumah

Apa yang saya perhati, kenapa orang Melayu kita susah nak jadi kaya kerana disebabkan beberapa salah faham tentang kekayaan.

Kebetulan pula, saya terbaca perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri seorang hafiz Al Quran dan mempunyai rangkain bisnes yang besar, tentang perkara tersebut.

Meh saya kongsikan balik apa yang Ustaz tersebut cakap tentang salah faham tentang kekayaan.

1. Islam Tidak Menggalakkan Untuk Menjadi Kaya

Antara salah faham yang paling utama ialah tentang Islam tidak menggalakkan anda untuk menjadi kaya.

Takot nanti lama kena hisab, dan lambat masuk syurga. Kalau takda harta, cepat hisab, cepat masuk syurga kononnya.

2. Miskin Lebih Baik Dari Kaya

Bila kaya tu jahat, sudah pasti miskin itu lebih baik. Kebanyakan ustaz-ustaz 'kampung' selalu perli-perli orang kaya.

Ya, ini realiti. Saya sendiri dengar ceramah agama deka tempat lama saya. Ustaz sendiri mengajar untuk tidak menjadi kaya!

Dalam fikiran orang kita, orang kaya tu jahat. Macam dalam drama-drama TV tu. Namun, hakikatnya, baik atau jahat itu tidak ada kaitan dengan kekayaan.

3. Semakin Besar Gaji, Semakin Kaya

Sebab itulah ramai graduan yang jatuh muflis selepas kurang dari 10tahun berkerja.

Kerja setahun, dan cari kerja lain lagi yang memberi gaji yang lebih tinggi. Kerja lagi syarikat baru, dan berhenti lagi.

Bertukar kerja itu tidak salah, yang salah ialah anggapan kekayaan itu apabila gaji lebih banyak.

Jangan lupa!

Gaji yang besar akan datang bersama tugas dan tanggungjawab yang lebih besar juga.

4. Reward Diri Dengan Hutang

Ini dah jadi kebiasaan. Habiskan cuti tahunan dengan travel dan menggunakan personal loan!

Katanya, reward diri sikit lepas penat kerja. Hilangkan stress.

Namun ramai yang tak perasan, nak bayar hutang lepas travel sana-sini itu lagi stress!

5. Belanja Dulu, Ada Lebih Baru Simpan

Mitos yang selalu bermain difikiran saya dulu juga. Ada lebih baru nak menyimpan duit.

Realitinya, tak akan ada lebih kalau nak tunggu lebih!

Sebetulnya, simpan dulu! Ada lebih baru belanja. Simpan biarlah bermatlamat!

6. Labur Duit Untuk Cepat Kaya

Pelaburan apa yang paling untung? Itu soalan biasa yang saya di tanya!

Pelaburan emas ni berapa banyak untung? Ini pun salah satu soalan yang ditanya.

Pelaburan paling untung dekat dunia ini ialah pelaburan ilmu. Tahniah saya ucapkan kepada pengunjung blog ini, anda sebenarnya tengah membuat pelaburan ilmu.

Tapi, ramai yang tak suka dengan pelaburan ilmu. Sebab tak nampak untungnya dimata.

Namun, saya dah jumpa pelaburan apa yang paling menjadi idaman hati oleh semua penduduk bumi, ialah pelaburan yang ditawarkan oleh skim cepat kaya! HEHE.

Lingkup nanti tanggunglah sendiri!.

Hafiz
Kulim, Kedah
19 Ogos 2019
18 Zulhijjah 1440H

Artikel Berkaitan

>