Ada Apa Waktu Seminar Public Gold?

Seminar-PG-Hafiz

 

Sekarang ini, Public Gold mengadakan lebih 100 seminar sebulan di seluruhMalaysia, Singapore dan Indonesia. Ada yang diadakan di cawangan Public Gold, dan bagi tempat yang belum ada cawangan Public Gold, di sana akan dianjurkan seminar di hotel-hotel yang bersesuaian.

Mungkin ada yang belum tahu, semua seminar-seminar yang dianjurkan ini ialah percuma!  Yess, 100% percuma! Nak masuk free, nak keluar pun free. HEHE

Selalunya, bagi yang kali pertama datang seminar, ada yang bagitau saya;

” Wahh, ada jugak ya program macam ni”

” Aduihh, kenapa la aku baru tahu ada seminar macam ni ada di Tawau “

Boleh dikatakan, hampir semua yang hadir tidak percaya bahawa, sudah lah seminar free, dapat pulak bawak balik jongkong emas free.

 

Pengisian Seminar Secara Umum

Secara umumnya, pengisian seminar emas anjuran Public Gold terbahagi kepada dua iaitu seminar simpan emas dan seminar BOP (Bussines Opportunity  Preview) emas. Jangan risau, saya akan terangkan satu per satu.

Pengisian seminar simpan emas ialah bergantung kepada apa yang penceramah ingin berkongsi kepada perserta. Namun kebiasaannya, penceramah akan berkongisi tentang pengalaman mereka dengan emas dari awal sehingga sekarang. Jadi, lain penceramah, lain pengisinanya.

Bagi seminar BOP emas pula ialah seminar tentang peluang membuat bisnes emas bersama Public Gold. Seminar ini hanya akan disampaikan oleh dua orang sahaja iaitu mentor dalam bisnes Public Gold merangkap guru-guru saya iaitu En Syukor Hashim dan En Mohd Zulkifli Shafie. Mereka adalah orang yang dah proven berjaya dalam membina bisnes dengan Public Gold, sehingga mencecah income 6 angka sebulan.

 

Aturcara atau Flow Seminar

Untuk aturcara seminar, semua seminar anjuran Public Gold di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore adalah sama. Seperti biasa, pertama sekali ialah sesi pendaftaran cabutan bertuah.

Semua peserta seminar perlu mengisi borang di kaunter pendafatran, untuk mendapat nombor cabutan bertuah. Hanya yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan memiliki nombor cabutan bertuah.

Jika seminar dijadualkan bermula jam 8.30pm, maksudnya sila datang 15-30 minit sebelum untuk mendaftar, kerana tepat jam 8.30pm seminar akan terus berjalan.

Untuk daftar seminar, perlu isikan maklumat di website dulu dan terus ke tempat seminar. Untuk daftar mana-mana seminar Public Gold, klik DISINI.

Seterunya, ialah sesi untuk penceramah selama 45minit sehingga sejam. Jika saya yang jadi penceramah, maksimum masa yang saya ambil hanya sejam. Dan seterusnya ialah sesi untuk staff Public Gold buat sharing berkaitan PG Mall 15minit sebelum diteruskan kepada sesi FireSale (Jualan emas harga murah dari harga website).

Lucky Draw Seminar PG
Saya mendapat cubatan bertuah semasa seminar guru saya En Syukor di LA Hotel Tawau.

Selepas selesai peserta yang nak grab firesale, sesi terakhir ialah sesi cabutan bertuah. Cabutan bertuah emas dan barang-barang accesories Public Gold. Untuk cabutan bertuah, terdapat dua sesi cabutan bertuah, iaitu untuk sesiapa yang membeli emas semasa seminar (firesale) sahaja, dan cabutan bertuah untuk semua peserta yang hadir.

 

Cara Untuk Hadir Seminar

Ini cara terbaru untuk daftar seminar. Peserta perlu isi maklumat terus di website Public Gold sebelum hadir ke seminar. Caranya, isi maklumat diri di link ini. Klik –> DAFTAR SEMINAR

Cara untuk hadir seminar mudah je. Cek jadual seminar Public Gold di SINI. Lepas tu, daftar secara walk in di tempat seminar. Seminar tetap akan berjalan walau hanya ada satu orang peserta. Waktu seminar, bawak IC untuk staff bantu anda daftarkan borang cabutan bertuah.

Introducer Public Gold
Contoh borang pendaftaran cabutan bertuah. 

Jika yang sudah ada PG Code, hanya perlu tulis PG Code dan nama di borang pendaftara. Bagi yang belum ada PG Code, tulis semua maklumat yang diperlukan, manakalah di ruang Introducer, tulis PG Code saya “Hafiz-PG00054635” jika ingin menjadi pembeli emas dibawah bimbingan saya selepas membeli emas nanti.

 

Grab Peluang Keemasan

Saya rasa tidak akan jumpa penganjur seminar-seminar sebaik Public Gold. Mana tidaknya, jika diluar sana, seminar kewangan seperti Public Gold ni mesti yuran  minimum RM30.

Tapi, Public Gold hanya anjurkannya secara percuma, malah siap ada hadiah emas lagi untuk peserta yang bertuah.

Banyak feedback yang saya dapat, datang seminar Public Gold membuatkan mereka menjadikan titik tolak untuk mendalami ilmu kewangan secara serius.

Ada yang menjadi insaf dari membuat dosa-dosa kewangan yang lalu. Hal ini kerana, kebanyakan seminar Public Gold sebenarnya banyak bercakap tentang kewangan, bukan sahaja tentang emas.

Jadi, untuk yang nak tambah ilmu kewangan FREE. Ayuh datang seminar Public Gold.

 

 

Hafiz Shafie
Tawau Sabah
8 March 2018

[Artikel ini di update pada 11 April 2018]

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *