Simpanan Kecemasan

emas sebagai wang kecemasan

Simpanan kecemasan.

Guru-guru kewangan menasihatkan untuk kita sediakan simpanan kecemasan minimum sebanyak 3 bulan pendapatan.

Jika income anda sebanyak RM3k sebulan, maksudnya simpanan kecamasan yang anda perlu ada ialah sebanyak RM9k.

Jika income anda sebanyak RM5k, anda perlu anda RM15k sebagai duit untuk disimpan dan akan diguna waktu kecemasan sahaja.

Tujuan Simpanan Kecemasan

ego dalam kewangan

Tujuan simpanan kecemasan ialah untuk membantu kewangan anda yang mana insuran tak boleh nak cover. 

Sebagai contoh:

(1) Motor anda hilang harini. Esok nak pergi kerja tiada kenderaan. Guna duit simpanan kecemasan untuk terus beli motor secara cash sementara dapat claim insuran.

(2) Zaman ekonomi gawat. Ramai yang dibuang kerja. Duit simpanan 3 bulan kecemasan boleh diguna untuk sara keluarga sementara mencari kerja baru.

Secara mudahnya, simpanan kecemasan ini hanya digunakan untuk kes yang betul-betul kecemasan sahaja!

Nak isi minyak kereta. Nak bayar tol. Itu bukan dikira kecemasan. Sepetutnya ia perlu guna duit yang sudah dirancang.

Mana Nak Simpan Duit Simpanan Kecemasan?

Gandakan simpanan

Secara basicnya, duit simpanan kecemasan ini perlu disimpan dalam bentuk wang ringgit. 

Dan simpan ditempat yang tidak begitu mudah untuk mengambilnya seperti dalam Tabung Haji atau ASB.

Walaupun ia duit kecemasan. Bukan bermakna ia perlu disimpan dalam tabung dirumah. Nanti dah tak jadi duit kecemasan sebab dikhuatiri akan dirompak oleh diri sendiri.

Jangan! Jangan! Jangan!

Jangan link Tabung Haji dengan bank yang kita guna untuk berbelanja seperti linkkan TH dengan Maybank2u.

Risiko duit tu habis belum cukup pun simpanan sebulan gaji amatlah tinggi. Kecuali anda memang seorang yang berdisiplin dalam kewangan!

Alternatif Lain Duit Kecemasan

emas 1 gram Public Gold

Nak simpan duit kecemasan sebanyak 3bulan gaji tak begitu mudah bagi sesetengah orang.

Simpan sikit-sikit. Lama-lama masih sikit. Simpan sikit-sikit masa awal tahun, hujung tahun sekali korek terus licin.

Itu masalah biasa.

Cadangan saya, orang yang ada masalah macam ni. Gunakan emas sebagai alternatif simpanan kecemasan.

Ramai sudah yang saya jumpa, mereka lebih mudah untuk menyimpan emas berbanding duit.

Jadi, simpanan kecemasan dalam bentuk emas lebih mudah untuk diadakan berbanding simpan duit yang sikit-sikit bocor.

Bila tiba waktu kecemasan. Terus jual atau gadai je emas tu! Emas juga duit!.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
5 Ogos 2019
4 Zulhijjah 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *