7 Kelebihan Utama Emas Public Gold

Public-Gold-Logo

Saya simpan emas sejak dari tahun 2011, sejak tahun pertama di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM). Pada masa tu, saya juga pernah hadiri beberapa seminar tentang emas yang dianjurkan di UTM oleh syarikat emas tempatan (bukan Public Gold).

Masa semester ke-7, saya tertarik untuk menjadi ejen syarikat itu, saya namakan syarikat itu sebagai  Syarikat Emas X. Sebelum mendaftarkan diri sebagai ejen Syarikat X, dengan bayaran yuran ejen sebanyak RM1000, saya terlebih dahulu buat kajian tentang Syarikat Emas X dan banyak bersoal jawab dengan ejen X. Pada masa tu, saya dapat ilmu baru iaitu untuk beli mana-mana emas pelaburan dan simpanan, pembeli emas perlu tahu dan kaji dulu 5 kritiria emas ini untuk mendapat keuntungan maksimum.

Selepas buat kajian beberapa syarikat emas, ternyata emas Public Gold berada dicarta pertama pilihan 5 kritira emas. Akhirnya, saya pilih Public Gold niat asal untuk jadi ejen syarikat X terbatal. Apa yang saya dapati, emas Public Gold mempunyai banyak kelebihan dari beli emas jenama lain, dan di bawah ni saya senaraikan 7 kelebihan utama emas Public Gold, yang mungkin tidak ada pada syarikat emas lain di Malaysia ni.

 

#1 Harga Yang Lebih Murah Dari Kedai Emas atau Bank.

Berikut ialah senarai website untuk cek harga emas yang dijual di Malaysia.  Anda boleh buat perbandingan sendiri tentang harga emas yang dijual di Malaysia di link di bawah :

  1. Public Gold
  2. Power Gold
  3. Gold Silver Resource
  4. Maybank
  5. KFH

Untuk beli emas Public Gold 1gram dengan harga jimat, anda boleh beli emas dengan kaedah GAP. Bukan sahaja yang paling rendah, malah design emas 1gram Public Gold juga banyak yang comel-comel. Nak tahu apa itu GAP, download –> Nota Akaun Emas GAP

#2 Emas Berkualiti Antarabangsa

Nadir-Metal-Refinery

Pengilang Emas yang mendapat pengiktirafan LBMA

Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery. Maksudnya, emas Public Gold laku di mana-mana seluruh dunia kerana emasnya di iktiraf LBMA.

Kalau di Malaysia, sejak GST dimulakan, hanya emas pelaburan yang berketulinan 995 dan keatas dan berstatus LBMA sahaja dikecualikan GST. Emas Public Gold juga berstatus Investment Precious Metak (IPM) kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’.

Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6%

#3 Susut Nilai Emas Yang Sangat Rendah Walaupun Emas Yang Rosak

spread-susut-nilai-emas-public-gold-2017

Spread emas Public Gold, maksmum hanya 9%

 

Susut nilai ialah perbezaan harga jual dan harga beli emas tersebut. Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja. Jadi, jika harga emas menaik lebih 9%, bermakna kita sudah boleh jual dan memperoleh keuntungan  dari segi RM. Jika susut nilai lebih tinggi, bermaksud kita perlu ambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas tu.

Emas-public-gold-kemek-calar

Walau emas yang kemek macam ni, Public Gold terima dengan susut nilai 10%

Namun, jika emas tersebut calar, goris atau bengkok seperti di atas, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10%). Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank tidak akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.

#4  Keupayaan Beli Balik Dengan Jumlah Yang Besar

Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila  masa mengikut harga PG Buy. Buat masa sekarang, Public Gold pernah membeli balik emasnya dengan berharga RM8juta sekali gus, dapat membayar dalam masa dua hari jer. Kebanyakan syarikat emas senang untuk jual emas, tapi ada masalah untuk beli balik emasnya sendiri kerana tidak mempunya dana yang cukup untuk bayar balik emas tersebut.

jualan-balik-emas-Public-Gold-secara-besar-besaran

Pengalaman jual emas dengan jumlah yang besar

Pengalaman Ustaz Khairul jual emas Public Gold dalam jumlah yang besar. Rekod terbesar Public Gold buat buy back ialah sebanyak RM8juta sekali gus dan Public Gold bayar kepada orang yang jual emas tu dalam masa 2 hari bekerja sahaja.

#5 Emas Public Gold Sangat Mesra Arrahnu

Jika anda pajak emas di Pos Arrahnu Malaysia, emas anda tidak perlu dibuka seal. Pos Arrahnu akan terima emas Public Gold tanpa menjalani ujian ketulinan. Ni pengalaman saya sendiri, pergi ke Pos Arrahnu Tawau untuk pajak emas. Tak sampai 15 minit dah boleh dapat cash.

Pajak Emas Pos Arrahnu Tawau

Buat masa ni, semakin banyak arrahnu yang menerima emas Public Gold tanpa membuka seal. Boleh rujuk artikel guru emas saya DISINI.

#6 Cawangan Public Gold Ada Di Seluruh Malaysia

Mudahnya simpan emas Public Gold, kita tak perlu cari ejen untuk urusan jual beli emas. Kita hanya perlu berurusan terus dengan staff Public Gold, jika ada apa-apa keraguan barulah kita mintak dealer untuk bantu kita follow up dengan staff Public Gold kerana dealer ialah umpama ibu bapa (orang yang berpengalaman) kita dalam jual beli emas PG.

pejabat-office-cawangan-public-gold-2017

Ada 18 cawangan di Malaysia dan Singapore. Di Brunei dalam proses untuk buka branch, dijangka September 2017

Sata tinggal di Tawau Sabah, kalau saya pergi KK boleh ambil emas saya, kalau saya balik kampung saya di Kelantan pun saya boleh buat urusan dengan Public Gold juga, mudah kan? Saya tak perlu bergantung kepada dealer saya. Saya cuma perlu mendapat guide je dari dealer tentang cara mana yang paling mudah untuk jual atau beli emas.

Nak tahu mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda? Boleh tengok DISINI, datang je di branch yang mana-mana, dan bagitau staff Public Gold nama saya “Hafiz- PG00054635” sebagai introducer, supaya senang untuk saya follow up jika perlu, atau untuk mendapat guide dari saya secara terus

#7 Boleh Jual Beli Emas Secara Online 24 jam.

Sistem jual beli emas Public Gold dijalankan 24jam. Kita boleh lock harga dan order emas bila-bila masa secara online. Pergi di cawangan hanya untuk berurusan ambil atau bagi emas je. Mudah kan? Jadi, ia menjimatkan masa kita untuk berurusan di branch. Order siap-siap di website, bila emas kita dah ready, staff akan inform dan pergi ambil terus di cawangan yang berdekatan.

Order 24jam

Untuk beli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP), harganya berubah setiap jam 12tgh malam. Manakala, untuk beli emas dengan cara biasa, harga emas berubah setiap 20minit, ikut harga emas dunia.  Nak tahu apa itu GAP, download Ebook GAP –>Ebook Nota Emas GAP. Nak tahu cara lock harga dengan cara non GAP, boleh tengok tutorialnya di ebook yang saya tulis ni –> Cara Beli Emas Non GAP

Kesimpulan

Inilah antara sebab kenapa saya pilih emas Public Gold, sebelum ni saya sendiri merancang untuk jadi dealer syarikat emas X, namun selepas buat beberapa kajian, saya rasa simpan emas Public Gold lebih ‘peace of mind’. Saya berani cakap, kalau di Malaysia ni orang nak simpan emas, tapi tak kenal Public Gold, dia rugi!

Wallahuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
17 Jun 2017
22 Ramadhan 1438H