Riviu Buku : Rich Dad Poor Dad

Rich Dad Poor DadTajuk Buku : Rich Dad Poor Dad

Penulis : Robert T. Kiyosaki

Riviu Buku

Mempunyai dua orang ayah memberi peluang kepada Robert Kiyosaki membuka minda samaada untuk mengikuti jejak langkah ayah yang kaya (Rich Dad) ataupun yang tersepit dalam masalah kewangan (Poor Dad).  Apa yang menariknya, PoorDadnya merupakan seorang ayah yang hebat dalam kerjaya beliau dan menghabiskan pembelajaran sehingga PhD berbanding Rich Dad beliau yang mempunyai kelayakan pembelajaran jauh lebih rendah.

Seronoknya saya baca buku ini apabila dapat tahu  perbezaan perwatakan  antara Rich Dad dan Poor Dad  yang mungkin saya juga akan terikut dengan Poor Dad jika saya tidak membaca buku ni. Hampir 100% apa yang beliau kongsikan berkaitan PoorDadnya itu, ialah memang apa yang ada dalam fikiran saya sebelum ni.

 

Pengajaran Yang Boleh Dapat Dari Buku Ni

 

Ada bebebrapa perkara penting apa yang belajar dari buku ini dan saya rasa bagus jika semua sahabat saya pun tahu ialah :

#1 Orang kaya menyimpan dan melabur, orang biasa-biasa hanya menyimpan duit.

Robert Kiyosaki selalu bagitahu “Savers are losers”, bukan tak perlu menyimpan duit, sebenarnya yang tak menyimpan langsung itu lagi losers. Maksudnya yang sebenar ialah siapa yang hanya fokus menyimpan kekayaan dalam bentuk wang kertas, mereka sebenarnya semakin hari semakin miskin kerana wang kertas tu sikit-sikit dimakan inflasi. Sebaiknya, tukarkan kekayaan dalam bentuk aset yang kalis inflasi samada dalam bentuk hartanah atau emas.

 

#2 Orang kaya fokus kepada pendapatan pasif, orang biasa-biasa hanya tahu pendapatan aktif

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang masuk tanpa kita perlu bekerja. Pendek kata, tidur sebulan pun duit masuk dalam akaun. Pendapatan aktif ialah pendapatan yang kita perlu pergi dan pulang dari kerja, tak pergi kerja tak dapat duit, pergi kerja baru dapat duit.

Orang kaya mereka bekerja keras kearah pendapatan pasif, seperti berbisnes dan melabur. Manakala, orang biasa-biasa mereka bekerja untuk kenaikan pangkat dengan harapan gaji pun turut sama-sama naik. Hakikatnya, kenaikan gaji dalam ‘cooporate level’ ia datang bersama beban kerja yang perlu kita pikul. Jadi, memang kita ada gaji yang tinggi, tapi mungkin kita terpaksa korban masa dengan family.

 

#3 Dalam bab kewangan, orang kaya selalu bermuhasabah diri

Bila ada apa-apa masalah kewangan dalam keluarga, orang kaya kerap berbincang dengan keluarga perihal masa depan kewangan mereka. Manakala, orang biasa-biasa sering kali mengagap masalah kewangan tak bagus dibincangkan, nanti hati akan menjadi ‘gila harta’.

Dalam bab muhasabah kewangan keluarga ni, saya sering teringat pesana sifu kewangan Tuan Zaidi Ismail yang lebih kurang macam ni ;

” Kebanyakan suami isteri dalam bab ‘buat anak’, boleh buat sama-sama. Tapi, kalau bab kewangan, nak bincang sama-sama pun susah. Isteri buat hal sendiri, suami buat hal suami sendir”

Fuhh, macam terkena on target atas dahi. Sejak tahu perkara ni, saya dan isteri sebulan sekali mesti bermuhasabah diri, tengok balik ‘bajet bulanan mana yang perlu tambah atau dikurangkan. Supaya bulan-bulan seterusnya kami boleh berbelanja macam biasa walau hujung bulan. HEHE

 

Saya Suka Buku Ini Kerana 

 

  • Saya tahu apa itu pendapatatan pasif dan aktif
  • Saya tahu 4 quandrant of income
  • Saya sedar yang pencen bukan soal umur, tapi soal kewangan
  • Terinpirasi dari penulis, yang beliau bermula ketika usia mereka 37 tahun, dan peroleh financially free ketika berusia 47 tahun.
  • Saya faham, rumah sebenarnya bukan aset selagi kita perlu menghabiskan wang untuk nya setiap bulan.
  • Dari sekolah rendah sampai universiti, kita tidak pernah diajar tentang soal kewangan.

Bagi saya, buku ini sangat sesuai dibaca kepada kita yang nak tahu apa tujuan kita bekerja. Jika berimpian ‘ financially free’,  hanya fokus kepada pendapatan pasid bukan lah berada pada trek yang betul. Kita perlu mencari inisiatif lain untuk mula berniaga atau belajar cara kembangkan simpanan yang sedia ada dengan betul

 

Cara Mudah Dapatkan Buku Ni

Cari di kedai-kedai buku berdekatan seperti Popular, MPH atau SMO

 

 

Hafiz
20 March 2017
Tawau, Sabah