4 Cara Beli Emas Public Gold – Pilih Yang Paling Selesa

Emas-public-gold-2017-

Mudahnya beli emas Public Gold. Semuanya boleh uruskan sendiri 100%, tak perlu bergantung kepada “dealer”.  Dealer diperlukan  hanya untuk “guidence” semasa untuk mula je. Setakat saya mula simpan emas dari tahun 2011 sampai sekarang ni, saya rasa tak ada syarikat emas yang bersaing dengan Public Gold, yang ada hanya follower je.

Nak beli emas jongkong emas (dan dinar) Public Gold ada banyak cara. Saya tinggal di Tawau, cawangan Public Gold terdekat hanya di Kota Kinabalu, jaraknya lebih 700km, tapi saya masih boleh konsisten simpan emas setiap bulan dengan menggunakan platform yang Public Gold sediakan. Kawan sekolah saya belajar dan bekerja di Jepun, pun boleh beli emas Public Gold. Pendek kata, duduk mana-mana di dunia ni, asalkan ada internet, boleh beli emas Public Gold 24jam sehari dengan mudah.

Okey, ni saya kongsikan 4 cara mudah beli emas Public Gold, setiap orang lain situasi, perlukan lain caranya, pilihlah cara mana yang paling selesa.

(1) Cash and Carry

Ada orang tak suka buat urusan secara online. Kebanyakan yang saya jumpa, pembeli emas yang sudah berumur lebih suka beli secara cash and carry. Jadi, bila disituasi macam ni, saya bagitau mereka ” Pergi je mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan, bawak cash secukupnya, bagi duit dan dapat emas”

Waktu di cawangan, staff akan tanya ‘ Siapa Introducer atau Kod PG Introducer?’. Jadi, bagitahu Kod PG saya PG00054635 untuk mendapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian. Kaedah pembelian emas ni sama macam beli emas di kedai emas.

[Tips] Sebelum datang branch, call dulu branch yang kita nak pergi tu untuk tahu, available tak stock yang kita nak tu. Kalau belum available, staff PG akan lock (atau reserve) stock yang kita nak, nanti dah sampai di branch, staff PG akan call dan kita boleh ke branch untuk ambil emas tu tadi.

(2) Order Online 

Pengalaman-ambil- emas-di- Pos Arrahnu - Tawau

Saya dah kongsi pengalaman saya di facebook, ambil emas di Pos Arrahnu Tawau pada January 2017

Ni cara seterusnya, bagi yang lebih selesa cara online, saya syorkan guna cara ni “Order secara online di website Public Gold, dan ambil emas tu di mana-mana je, sama ada di 18 cawangan PG atau di lebih 75 cawangan Pos Arrahnu di Malaysia”.

Nak tahu cara order emas Public Gold secara online, boleh download tutorial yang saya sediakan di link ni –> Tutorial Beli Emas Public Gold

[Tips] Untuk kaedah order online ni, nak suruh dealer yang buatkan juga boleh, dealer tolong submit order je, lepastu segala urusan bayar dan ambil emas, kita buat sendiri. Saya juga seorang dealer Public Gold yang aktif, kalau nak suruh saya buatkan, wassap saya di +6014-500 5090 atau klik –> Wassap Hafiz

(3) Ansuran Patuh Syariah (EPP)

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Beli emas secara ansuran yang patuh shariah. 4 kali bayar atau 10 kali bayar (bagi item 100g ke atas). Habis bayar baru datang collect emas. Ini cara terbaik beli emas pada masa depan pada harga hari ni.

Biasanya beli emas PG guna cara ni ialah beli emas yang item besar, 100gram ke atas supaya lebih jimat. Beza EPP dengan Order Online hanya lah kaedah pembayara.

[Tips] Cara paling mudah untuk beli emas EPP ialah, call cawangan Public Gold yang kita nak ambil emas tu, bagitau staff untuk tolong lockkan apa item yang kita mahu, staff akan minta maklumat peribadi kita dan Kod PG Introducer, seperti biasa bagitahu staff Kod PG saya PG00054635 kalau nak dapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian atau nak minta saya bantu follow up dengan staff selepas buat ‘booking’.

(4) Akaun Emas Fizikal GAP

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Ada kawan saya yang nak simpan emas sikit-sikit  setiap bulan, tapi takut nak simpan emas sendiri dirumah. Kalau yang kes macam ni, satu cara je saya recomend, ” Beli emas melalui akaun emas fizikal GAP Public Gold “. Ini lah cara paling mudah kalau nak simpan emas 1gram 1bulan macam saya, tapi risau nak simpan sendiri.

Selain itu, ada juga seorang Cikgu yang saya jumpa di Pos Arrahnu Tawau, setiap bulan dia beli emas di sana at least 1gram. Saya perkenalkan pada beliau ” Kalau Cikgu nak jimat beli emas 1gram, Cikgu beli dan simpan emas melalui akaun emas GAP”. Saya minta no fon, dan terus saya share Nota Emas GAP, esok lusa terus mahu beli dengan GAP, dengan cara GAP kita boleh dapat emas 1gram yang sama, tapi dengan harga yang jauh lebih murah.

[Tips] Download Nota Emas GAP kalau nak tahu lebih lanjut.

Konklusi : Pilih Yang Mana Paling Selesa

Saya tinggal di Tawau, cawangan terdekat hanya di KK (700km dari Tawau), jadi saya lebih suka beli emas dengan cara akaun emas GAP kerana, bila saya pergi KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada urusan di mana-mana seluruh Msia, saya boleh ambil emas saya, bila saya balik kampung saya di Pasir Mas, Kelantan, saya boleh ambil emas di Kota Bharu. Mudah ke senang beli emas cara GAP? HEHE

Ikut situasi saya, saya dengan GAP lah cara paling selesa. Korang pulak macam mana? Apa yang penting, ikut situasi masing-masing.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
15 Julai 2017

Perbezaan Akaun Emas KFH dan GAP

Kebanyakan bank yang ada di Malaysia, ada menawarkan akaun emas untuk para pelabur. Namun, tidak semua yang membolehkan kita mengeluarkan emas fizikal. Dalam kata lain, kita hanya membeli emas dengan harga emas semasa, kalau harga emas naik, kita jual dan kita dapat untung. Namun, apabila harga emas turun, confirm kita rugi malah emas pun kita tidak dapat. Apa yang kita ada hanyalah nombor dan kertas. Kalau buka website mana-mana bank, dan tengok ada Gold Invesment Account (GIA), itulah pelaburan emas yang ditawarkan bank yang saya terangkan tadi.

GIA

GIA ialah akaun emas maya. Tak sama dengan GAP

Namun berbeza dengan akaun emas yang ditawarkan Public Gold, kita ada pilihan untuk  ambil emas fizikal atau  boleh juga simpan dalam akaun tersebut. Setakat ini, pesaing terdekat akaun emas Public Gold (GAP) adalah akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia (KFH). Konsepnya sama, namun dari sudut syarat-syaratnya berbeza. Oleh itu, saya akan terangkan satu per satu tentang syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas tersebut.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

  1. Sebelum membuka akaun, kita perlu membuka akaun simpanan simpanan denganya terlebih dahulu dengan anggran kos RM25
  2. Kemudian, boleh membuka KFH Gold Account-i dengan minima pembelian 10gram emas
  3. Boleh keluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu dengan minimum baki 2gram emas di dalam akaun
  4. Untuk tambahan emas, jumlah pembelian minimum mestilah 5gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Akaun Emas KFH

  1. Syarat untuk jual balik emas KFH ialah seal tidak boleh dibuka, calar atau bengkok.
  2. Produk yang patuh syariah
  3. Harga emas murah kerana menggunakan emas 995
  4. Proses membuka akaun cepat dan mudah.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos.
  6.  Spreadnya sederhana tinggi 6.3%
  7. Jual beli emas ketika waktu pejabat sahaja (9.30pagi-4.30petang)
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal

Inilah antara syarat yang dikenakan oleh KFH berkaitan jual beli emas. Sekarang saya akan terangkan pula berkaitan akaun emas GAP Public Gold.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas GAP Public Gold

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

  1. Tidak perlu membuka akaun simpanan, kerana Public Gold bukannya bank (“,)
  2. Untuk buka akaun emas, hanya dengan minimum pembelian 1gram.
  3. Boleh keluarkan jongkong emas pada bila-bila masa kesemuanya dengan minimum baki 1gram untuk akaun GAP kekal aktif. Dikenakan cas RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP.
  4. Untuk tambah emas, dengan hanya minimum pembelian 1gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Public Gold GAP

  1. Public Gold terima emasnya yang terbuka seal, calar atau bengkong dengan susut nilai serendah 10%.
  2. Produk yang patuh syariah.
  3. Emasnya berketulinan 999 dan standard LBMA.
  4. Proses pendafataran akaun secara online dan mengambil masa maksima 2 hari bekerja untuk ‘verify’ payment.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos dan tanpa ada had kuantiti dan masa.
  6. Spreadnya bergantung pada item emas, lebih berat emas, lebih rendah spread.
  7. Jual beli emas 24jam sehari
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal.
  9. Boleh jual balik ‘buy back’ secara online dengan spreadnya 9% untuk 1gram.

Oleh itu, sekarang anda sudah faham apa syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas ini. Jadi, apa yang saya nampak, kelebihan akaun emas KFH ada susut nilainya lebih rendah berbanding Public Gold GAP, namun dari segi syarat-syarat lain, GAP lebih senang berurusan dan kita akan lebih peace of mind.

Sekian, semoga sahabat-sahabat pembaca semua lebih faham dan boleh membuat pilihan dengan mudah untuk memulkan pelaburan emas dengan akaun-akaun emas yang ditawarkan di Malaysia ini.

Wallahuallam

p/s : Fakta-fakta ni saya berkongsi dari hasil pembacaan saya di buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas- En Syukor Hashim”

Hafiz
Tawau, Sabah
7 November 2016