Inilah sebab kenapa saya nekad untuk terus simpan emas!

PrintMenurut mana-mana pakar kewangan, asas penting untuk membina kekayaan adalah dengan tabiat menyimpan. Apabila menyimpan itu sudah menjadi kebiasaan, barulah mudah untuk seseorang itu membina kekayaan. Persoalannya, apakah langkah atau cara yang terbaik untuk menyimpan?

Formula yang paling asas untuk adakan simpanan ialah, simpan dulu lebih baru belanja, bukan belanja dulu kalau ada lebih baru simpan. Tetapi, kebiasaanya, kalau kita amalkan belanja dulu, saya pasti tidak akan ada lebih untuk kita simpan. (“,)

Berkaitan dengan jumlah simpanan, kebanyakam pakar kewangan mencadangkan, jumlah simpanan paling selamat ialah sebanyak setahun gaji kita. Sesiapa ada simpanan bersamaan setahun gajinya, tahap kewangannya kukuh. Ia bermaksud, andai kata kita dibuang kerja, kita mampu menjalani kehidupan harian tanpa perlu bekerja selama setahun. Walaubagaimanapun, minimum simpanan kecemasan yang perlu ada ialah sebanyak 3bulan gaji,  in memang wajib, sesiapa yang masih belum ada simpanan sebanyak 3bulan gaji, jangan sibuk-sibuk untuk berbelanja perkara yang bukan keperluan seperti melancong, tukar handphone baru dan banyak lagi. Perkara bukan keperluan ini pendek kata, kalau tidak belanja kita masih boleh hidup di bumi ini.

Nilai Wang Fiat Bukan Terletak di Tangan Kita, Tapi Kerajaan

Permulaan kerjaya pertama saya pada penghujung tahun 2014. Bermula tahun 2015, apa yang saya dapat tahu, banyak syarikat yang mengurangkan tenaga pekerja bagi menjimatkan kos, akibat ekonomi Malaysia dan dunia tidak stabil. Ada jaga sahabat karib saya dibuang kerja akibat ketidakstabilan ekonomi yang melanda ini. Pada saat genting inilah, sesiapa yang tidak bersedia dengan wang kecemasan, mereka pasti rasa gundah gulana. Tiada jaminan pekerjaan lagi ketika saat ini lagi, semua yang sudah dapat kerja berpotensi dibuang kerja pada bila-bila masa sahaja.

er-2015

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2015

Bila mengkaji dengan lebih serius terhadap emas dan kewangan, apa yang saya dapat tahu, kadar pertukaran matawang RM kepada USD menyusut sehingga 30%! Ini bermakna, kalau saya ada simpanan yang berjumlah setahun gaji saya (Anggran RM3000 x 12 = RM36,000), kuasa beli simpanan saya berkurang 30%. 30% dari RM36,000 bersamaan RM10,800. Tanpa saya berbuat apa-apa, namun kekayaan saya berkurang sebanyak RM10,800 (Bersamaan 3 Bulan Pendapatan). Bagi yang sudah berumah tangga, untuk adakan simpanan RM10,800 bukannya mudah, ia memakan masa dan perlu disiplin yang tinggi. Boleh rujuk data pertukaran matawang sendiri di Portal Bank Negara Malaysia.

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2016

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2016

 

Kadar Pertukaran Wang Yang Tidak Adil

Merujuk kepada krisis ekonomi ketika ini, apa yang boleh saya katakan, kadar pertukaran matawang kertas ciptaan manusia sungguh tidak adil. Kekayaan kita boleh hilang begitu sahaja, ia berlaku sekelip mata. Dalam masa setahun, saya umpama di rompak hampir RM10,000 bukan sebab  kecuaian saya, tapi disebabkan kekukuhan ekonomi Malaysia itu sendiri. Selepas meneliti balik dengan situasi ini, baru lah saya faham, kenapa Robert Kiyosaki kata ‘ Savers are losser’.

Bila saya betul-betul faham dengan sistem kewangan ini, jadi segala simpanan saya dalam RM saya akan simpan maksimum sebanyak 3 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya saya akan simpan dalam bentuk emas iaitu matawang yang sebenar. Asalkan RM akan tukar jadi emas, saya nekad untuk tidak mahu lagi kekayaan saya dirompak tanpa sedar. 

Kesimpulan

Justeru, pilihan di tangan kita sendiri, samada mahu terus yakin dengan wang kertas atau mahu pilih emas sebagai simpanan kekayaan kita. Ada pepatah mengatakan ‘ Kalau kita tidak yakin dengan emas, tapi kenapa boleh kita percaya dengan sehelai kertas yang di ‘cop’ nombor dan dipaksa nilai keatasnya?’ Fikir-fikirkan lah.

Ini kisah saya, bagaimana saya boleh jatuh hati dengan emas.

Wallhualam.

Hafiz
2 December 2016
Tawau, Sabah

 

Kredit photo [digiplayground.com]