3 Tips Mudah Nak Tahu Scam Atau Tidak

cara mengenali scam

Ini kisah sebulan yang lalu, sahabat baik saya Tuan A ada urusan di Tawau, dan sambil itu kami plan nak ambil peluang untuk bersesi Teh Tarik dengan beliau sekejap, kerana kami masing kerja di Tawau dan KL. Namun, kebetulan pulak Tuan A satu flight dengan 2 orang bekas rakan satu syarikat kami juga, iaitu Ali dan Abu (bukan nama sebenar).

Pada asalnya Tuan A nak ber “BOP Public Gold” dengan saya (BOP ialah Bussines Opertunity Preview), kerana Tuan A memang seorang penyimpan emas, namun akhirnya kami pulak di”BOP”kan oleh mereka secara tak sengaja, kerana Tuan A kebetulan satu flight dengan meraka, dan mereka yang tumpangkan Tuan A dari Airport Tawau ke bandar Tawau.

 

Pengalaman Pertama Saya Di Ajak “Melabur”

 

Mula-mula saya duduk je, terus mereka tunjuk gambar pakej A hingga pakej D. Seperti yang sudah dijangka, pakej A (yang paling mahal) akan memberi pulangan yang paling tinggi. Modal pakej A RM40k manakala modal pakej D ialah RM10k kalau tak silap.

Maksudnya, siapa yang join pakej A ni dia lah manusia paling “bijak” kat dunia ni sebab “bijak ambil peluang”, kata 2 orang ejen tersebut la. HAHA

Masa tengah promot tu, mereka tayang kejayaan mereka selepas beberapa bulan berkecimpung dalam bisnes yang “paling hebat” di dunia seperti kereta Merc, duit ratus-ratus ribu dalam akaun bank dan resit derma untuk bangunkan surau. HIHI

Dalam pada itu, Tuan jugak ada bertanya soalan ” Apa risiko dia ni kalau aku join bisnes ni?”. Dengan konfidennya mereka jawab ” Risikonya cuma dua, iaitu ko akan jadi kaya & ko akan rasa nak berhenti kerja sebab dah kaya, HAHAHA”

Saya hanya diam je, buat-buat tak ambil tahu. Sambil buat kerja saya iaitu update facebook (“,). Lagipun, saya ni hanya seorang junior dalam company yang saya kerja sekarang. Mereka semua dah lebih 10tahun bekerja dalam syarikat perladangan ini. Dan budak yang baru kerja macam saya ni mesti tak ada banyak duit macam mereka kan.

 

Cara Mudah Untuk Kesan Pelaburan Scam Atau Tidak

 

Saya tak tahu “pelaburan” yang mereka ajak kami join tu betul ke tidak, tapi ada beberapa perkara membuatkan saya yakin ia satu scam kerana :

 

1. Keuntungan Tak Masuk Akal

Labur RM40K sekarang, dan peroleh keuntungan ±RM200k dalam masa 10-12bulan. Wowww. Keuntungan 500% setahun. Warrent Buffet pelabur tersohor dekat dunia pun akan terasa ‘bodoh’ kalau pelaburannya tu betul. Sehebat-hebat beliau, keuntungan pelaburannya tak lebih 20% setahun.

Jadi, bilamana ada pelaburan yang ditawarkan keuntungan melebih 20% setahun, lebih baik fikir masak-masak dan angkat kaki cepat-cepat.

 

2. Tersenarai Dalam BNM Alert List

Semasa mereka tengah syok beri penjelasan tentang keuntungan bulan dan bintang, saya terus buka website Bank Negara. Haah, memang dah agak, ada dalam senarai.

Ini juga salah satu cara untuk tahu ia pelaburan betul atau tidak. Tapi, tidak semestinya yang tersenarai dalam alert ni ialah pelaburan tak betul. Public Gold juga pernah tersenarai dalam BNM Alert list selama satu hari.

Kalau dulu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan serbu syarikat pelaburan yang scam ni. Tapi, sekarang BNM hanya masukkan dalam alert list dan tunggu syarikat tu lingkup sendiri. Kalau BNM pergi serbu, syarikat tu lingkup, nanti para pelabur akan salahkan BNM membuatkan syarikat itu lingkup.

 

3. Produk Tak Penting, Hanya Untung Je Penting

Ni salah satu sebab lagi, apa yg menyebabkan saya yakin itu ialah scam kerana, sepanjang 2 jam kami bersembang, tak pernah pun tunjuk produk.

Yang ada hanya tunjuk untung itu dan untung ini. Bila ditanya macam mana company boleh untung, penerangan yg kita dengar pun membuat kita rasa bodoh. Sangat berbelit- belit.

Nasihat Saya Untuk Sahabat

 

Apa yang paling saya sedih, dah ramai rakan-rakan sekerja dengan saya ‘melabur’ kepada beliau. Bukan seribu dua ribu duit dilabur, tapi RM40 ribu. Tak cukup duit tabung, tambah lagi dengan buat loan! Yang melabur ni kebanyakannya bukan budak junior macam saya, yg dah berjawatan senior manager pun ada!

Aduish, betullah apa yg guru saya selalu pesan ” Orang yang hebat urus duit syarikat, tidak semestinya bijak urus duit poket sendiri”

Nasihat ikhlas saya untuk sahabat-sahabat semua :

1. Tak ada jalan pintas untuk menjadi kaya, andai kata peroleh keuntungan dari pelaburan macam tadi, saya percaya nanti duit tu habis jugak dengan benda lain yg kita pun tak sangka. Sebab tidak ada keberkatan dengan duit macam tu.

2. Fahamkan logik tentang macam mana orang kaya jadi kaya dengan membaca buku-buku kewangan. Orang kaya menjadi kaya sebenarnya mereka banyak bagi kebaikan dari servis yg mereka sediakan (bisnes), bukan disebabkan mereka join pelaburan yg pelik tu tadi. Hanya dengan berusaha keras membuatkan kita kaya dan berjaya. Bukan hanya bagi duit dan duduk goyang kaki dapat duit setiap bulan, kecuali tukang mesin jahit je. HAHA

3. Nak melabur sangat? Pastikan duit tu dari duit yang kita penat lelah simpan, jangan disebabkan nak untung secupak tapi rugi segantang! Bila kita gigih menabung, kita akan rasa sayang untuk habiskan duit tu dalam sekelip mata. Bila guna duit loan, hutang tiap-tiap bulan tetap kena bayar, sakit hati pun dapat.

4. Andaikata sudah tersilap langkah terjoin pelaburan yang macam ni, anggaplah ia sebagai “yuran kebodohan” untuk kita jadi lebih pandai di kemudian hari. Mungkin disebabkan kita rugi RM40k harini, boleh selamatkan RM400k pada suatu harini.

Bak kata pakar kewangan Tuan Zaidi Ismail ,

” Pelaburan paling untung ialah pelaburan ilmu, iaitu beli buku, hadir seminar dan cari mentor untuk dapatkan ilmu. Manakala pelaburan yang ROInya paling tinggi ialah tindakan kita terhadap ilmu yang dipelajari itu”

Jadi, rasa nak kaya cepat? Cari ilmu dengan cepat, buat banyak kesilapan dengan cepat dan belajar dari kesilapan dengan cepat, insyaAllah semakin hari ilmu semakin bertambah dan pengalaman juga bertambah dan kekayaan juga bertambah. Mudah mudahan

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
8 October 2017