5 Kritiria Emas Terbaik Untuk Pelaburan

Emas-Pelaburan-Terbaik

Nak beli emas untuk pelaburan perlu pilih betul-betul, ia tak sama dengan nak beli barang kemas. Kalau nak beli barang kemas, asalkan rasa cantik boleh terus beli. Manakala, nak beli emas untuk pelaburan, perlu pilih mengikut kritiria-kritiria yang betul. Nasihat Mentor Wang Malaysia, Tuan Azizi Ali tentang emas yang paling penting  ialah  “jika tersalah pilih emas, walaupun emas ada di tangan, kita juga boleh rugi”.

Barang kemas (emas perhiasan) tak sesuai untuk pelaburan, kerana harganya yang mahal dan susut nilainya yang sangat tunggi. Emas pelaburan hanya sesuai dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas sahaja. Berdasarkan apa yang saya faham dari buku-buku tentang emas, terdapat 5 kritiria penting yang perlu kita teliti untuk memilih emas untuk pelaburan. Tak kisah lah emas tu jenama apa sekali pun, tapi sebelum beli mesti nilai 5 kritiria ini secara pakej.

 

(1)  Susut Nilai atau Spread Yang Rendah

 

Semakin rendah spread, semakin cepat masa yang diambil untuk dapat untung apabila jual balik emas tu pada syarikat emas tadi. Susut nilai bermaksud berbezaan diantara harga belian dan harga jualan emas oleh syarikat emas tersebut.  Ni contoh pengiraaan susut nilai  bagi emas Public Gold :

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) ialah susut nilainya

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) emas Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Untuk emas Public Gold, susut nilai paling tinggi ialah 9.0%, semakin besar item emas, semakin kecil susut nilainya. Susut nilai maksimum yang sesuai untuk membeli emas pelaburan ialah hanyalah 10%. Kalau jumpa mana-mana emas yang susut nilainya lebih tinggi dari tu, lebih baik tinggalkan je, banyak lagi emas jenama lain yang susut nilainya lebih rendah.

 

(2) Harga Emas per Gram Yang Rendah

 

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Harga emas per gram yang rendah bermaksud, nilai bersih harga emas per gram termasuk kos-kos berkaitan, bagi mendapat emas fizikal tersebut. Kat bawah ni saya tunjukan contoh, macam mana pengiraannya untuk mendapatkan emas 5 gram Public Gold (LBMA & 24K) dengan melalui akaun emas GAP, rujuk harga emas seperti di atas iaitu RM815/gram:

Contoh Pengiraan:

5gram (RM185 × 5) = RM925
+ Gold Premium RM10, jadi TOTAL RM935

Harga per gram RM935/5 = RM187/gram

Jadi, sebelum beli mana-mana emas, pilih dulu beberapa company emas yg ada di Malaysia, rujuk website mereka untuk cek harga, dan baru beli kalau rasa harga emas tu paling murah. Harga emas per gram rendah jika kita banding dengan harga emas mentah dunia, boleh check harga emas mentah dunia di www.goldprice.org  dan juga www.kitco.com

 

(3) Stock Tidak Terhad

 

Bermaksud, pembeli emas boleh “beli” emas setiap masa. Bukan sahaja waktu harga emas tengah tinggi melambung, malah waktu harga jatuh menjunam pun orang boleh beli. Untuk platform Public Gold, kita boleh “beli & jual” emas setiap masa, hari cuti umum pun boleh buat urusan jual beli.

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Platform yang disediakan PG membolehkan pelanggannya ‘lock’ harga emas untuk jual atau beli setiap masa, 24jam sehari. Harganya dah ditetapkan, dan di update setiap 20minit sekali mengikut harga emas semasa dunia. Sejak 2011 saya simpan emas, saya tak jumpa lagi, platform  jual beli emas yang paling fleksible selain platform yang disediakan oleh Public Gold.

Pengalaman mentor saya, beliau berkata ” memang harga emas Kijang Emas di Maybank murah dan susut nilai yang rendah. Tapi, cuba pergi beli, boleh beli ke tak boleh”. Untuk beli Kijang Emas di Maybank, kita perlu ke Maybank, tanya ada stock ke tak ada, kalau ada baru boleh beli, kalau stock tak ada, tak boleh lock harga (walau harga tengah murah), bila dah ada stock, baru boleh lock harganya. Ini setakat apa yang saya tahu dari mentor saya, Tuan Syukor Hashim.

Oleh itu, bagi saya Public Gold bukan sahaja menjual emas, namun ia menyediakan “platform” jual beli emas yang baik demi memudahkan orang ramai.

(4) Cawangan Jual Beli Banyak

 

“Kenapa perlunya cawangan jual beli banyak? Kita nak beli emas, bukan nak beli cawangan?😸” 

 

Ok, pentingnya cawangan yang banyak, untuk memudahkan urusan jual beli emas tu. Syarikat emas akan bayar emasnya balik dengan harga yang paling tinggi berbanding jual kepada syarikat lain. “Ejen Syarikat” tidak jamin untuk beli balik emas itu tadi.  Jika beli emas PG, bukan sahaja cawangan yang banyak di seluruh Malaysia, namun semua Pos Arrahnu Msia juga ibarat “cawangan” yang mewakili cawangan PG.

 

Perlu dingat :

Selalunya, nak beli emas sangat mudah, tanya sahaja ejen syarikat emas, mesti dia boleh dapatkan. Cuba cari ejen tu waktu nak jual balik, boleh tak dia tolong kita untuk jual balik emas dengan harga yang lebih tinggi?

Pos Arrahnu dan Public Gold

Public Gold jalin kerjasama dengan Pos Arrahnu

Jadi, simpan emas PG, kita akan rasa ‘peace of mind’, sangat mudah untuk buat urusan direct ke cawangan, kerana ada pegi mana2 ada branch PG dan Pos Arrahnu. Tak perlu cari ejen untuk bantu kita jual balik emas itu apabila diperlukan, terus boleh direct berurusan di cawanga Public Gold atau Pos Arrahnu berdekatan.

Nak kepastian, pergi Pos Arrahnu Malaysia berdekatan, tengok emas jenama apa yang mereka jual? HEHE

 

(5) Syarat Beli Balik Tidak Cerewet

 

Antara perkara biasa yang pembeli emas perlu tahu sebelum beli emas itu ialah tentang syarat syarikat penjual emas itu, untuk membeli balik emas jenamanya. Apabila nak beli emas, tanya dulu 3 soalan ni kepada ejen atau staff syarikat emas tersebut:

 

Seal koyak

Emas yang terkoyak seal, bila dijual di kedai emas, susut nilainya melebihi 25%

  1. Kalau emas tercalar? Adakah syarikat jamin beli balik pada harga tinggi?
  2. Kalau hilang resit, apa risiko pembeli emas untuk jual apabila perlukan duit?
  3. Kalau terkoyak seal, berapa susut nilainya, adakah lagi tinggi?

Jika, syarikat emas tidak dapat beli balik, kita terpaksa jual emas itu sebagai emas terpakai yang susut nilai tinggi 18%-30%!. Bila susut nilai yang tinggi, memang kita ada emas, tapi kita memakan masa yang lama untuk dapat untung apabila jual bali emas tersebut.

Setakat ni, kalau beli emas Public Gold, emas yang terkoyak seal Public Gold akan bayar dengan susut nilai sekitar 10% je, asalkan beratnya masih sama dengan asal.

 

Kritiria Tambahan : Mudah Beli, Mudah Jual dan Mudah Gadai

 

Pengalaman Saya Gadai Emas di Pos Arrahnu Tawau

Pengalaman saya jumpa dengan pembeli-pembeli emas wanita, apabila saya kongsikan tips bahawa ” Beli barang kemas (emas perhiasan) untuk simpanan jangka masa panjang untung, tapi beli goldbar (atau dinar) untuk simpanan jauh lebih untung kerana susut nilainya yang jauh lebih rendah”

Nak tahu apa respond mereka?

” Beli goldbar atau dinar tak laku di arrahnu, masa beli paket cantik2, bila nak gadai? Terpaksa tanggalkan semua sealnya”.

Ya, ini memang betul. Kalau nak gadai emas di kebanyakan Arrahnu, mereka akan koyak seal untuk test ketulinan emas tu dulu, baru mereka terima. Apa kesannya apabila seal dah dikoyakkan?

Apabila seal dah koyak ” Susut nilai emas itu naik 2kali ganda sehingga 30% , kerana kita terpaksa jual balik emas (goldbar atau dinar) sebagai used gold di kedai-kedai emas”

Gadai Emas di Pos Arrahnu

Pengalaman saya gadai emas di Pos Arrahnu Tawau, cepat dan mudah. Tak sampai 15minit dah dapat cash

Tapi, sekarang tak perlu lagi, beli emas Public Gold kita akan lebih peace of mind. Pos Arrahnu Malaysia yang ada di seluruh Malaysia menerima emas Public tanpa buka seal dan tanpa melalui ujian ketulinan. Woww, ini memberi banyak kelebihan jika beli jongkong emas Public Gold kerana ia bukan sahaja senang untuk beli, malah senang juga untuk di Arrahnukan.

 

Kesimpulan : Nilaikan Kritiria Secara Pakej

 

Inilah antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mana-mana emas untuk simpanan dan pelaburan. Ciri emas pilihan yang terbaik bukan sahaja harga yang rendah, tapi ia datang secara pakej, supaya apabila sampai target simpanan emas kita nanti (untuk tukar kepada aset yang lebih besar seperti rumah atau tanah), urusan untuk jual baliknya mudah dan emas kita dibayar pada harga yang tinggi.

Jadi, nak beli emas untuk pelaburan atau simpanan, pilihlah emas jenama apa sekali pun, tapi berdasarkan 5 kritiria yang diatas sebagai indikator untuk membuat penilaian.

Wallhuallam

 

 

Hafiz
Tawau, Sabah
5 June 2017
10 Ramadhan 1438

[Artikel ini diupdate pada 15 September 2017]

Sharing is caring !