Dataran Lang

Langkawi Family Friendly Hotel. Pengalaman Kami

Bagi kawan yang nak bercuti disini dan mencari Langkawi family friendsly hotel. Saya ada cerita best saya nak kongsikan.

Minggu lalu, kami sekeluarga meluangkan masa 3hari 2 malam untuk bercuti di Pulau Lagenda iaitu Langkawi.

Bila dah beranak kecil ni, untuk pergi bercuti, macam-macam kami fikir, adakah tempat yang akan kami pergi ni sesuai tak untuk bawak budak?

Kesesuaian itu dalam banyak faktor.

Dari segi persekitaran? Ia menarik ke tidak untuk anak-anak melawat kat situ. Kalau kami je syok lebih, tapi anak meragam, akhir sekali tak seronok juga kan.

Dan yang paling penting, mudah tak untuk mengawal keselamatan anak-anak jika kami ke sana?

Baiklah.

Blog artikel kali ini, saya share sedikit perjalanan dan pengalaman kami bercuti di Pulau Langkawi tersebut.

Hari Pertama - Bertolak Dari Kulim Ke Jeti Kuala Perlis

ke Langkawi

Hari pertama ke dari Kulim ke Langkawi. Energy masih penuh, walau lepas balik kerja. HEHE

Hari pertama pada Hari Sabtu 26 Oktober 2019. 

Kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai dari rumah (Mahang, Kulim) ke Jeti Kuala Perlis.

Sepatutnya boleh naik di Jeti Kuala Kedah je, tapi masa perlepasan feri tidak sesuai. Saya masih berkerja separuh hari pada hari tersebut.

Lagi satu sebab ialah masa perjalanan feri dari Kuala Perlis lebih singkat berbanding dari Kuala Kedah, jadi potensi untuk anak meragam kurang. (",) 

Feri saya yang sepatutnya bertolak pada 4pm, ditunda kerana masalah feri rosak.

Pada masa ini memang saya dan isteri perlukan kesabaran yang tinggi, untuk mengawal keaadan anak sulung kami Fayyadh dan Faqeeh anak kedua.

Dalam terminal memang sesak giler. Macam ikan sardin dah. Ramai yang baring dan bersila dilantai je. 

Masa kami masuk terminal sekitar 3.30pm, penumpang feri yang 1.30pm belum lagi bertolak.

Fuhh. Belum naik feri dah dapat pengalaman macam ni. HAHA. Dalam fikiran saya, mungkin malam baru kami dapat naik feri.

Jam 5.30pm Alhamdulillah, kami sempat naik feri, itupun rezeki kami buat muka kesian depan gate feri. Kami menumpang feri yang sepatutnya bertolak pukul 2.30pm!

Hari Pertama - Tiba di Jeti Pekan Kuah

Setelah menghadapi perjalanan hidup yang agak berliku di jeti tadi (",), kami selamat sampai di pekan Kuah sekitar 7.30pm.

Bila sampai di jeti ni, ramai pulak yang duk offer nak bagi sewa kereta, nak offer teksi.

 Dekat sini. Korang jangan layan apa-apa offer dekat Jeti tu. Korang jalan terus, dan cari Grab je untuk ke hotel.

Teksi driver offer RM10 untuk sampai ke Hotel HIG yang saya akan menginap. Mula-mula saya rasa dah murah.

Bila saya cek di Grab. Fuhh. RM5 je. Jimat duit aku RM5. Dah la pakai Grab Pay je. 

Hari Pertama - Menginap di HIG Hotel

Sekitar 8 malam kami tiba HIG Hotel. Kami dah tempah siap-siap HIG Hotel seminggu sebelum datang sini.

Alhamdulillah. Walaupun penat berhempas pulas di jeti tadi. Masuk HIG Hotel rasa hilang kepenatan.

Harga RM160 semalam sangat berbaloi. Duduk macam hotel 5 bintang. Anak-anak pun selesa.

Yang paling best, tempat makan dan tempat shopping coklat kami boleh berjalan kaki je. Tak sampai 50meter.

Tak payah tempah makan di hotel.

Sebab dekat luar hotel tu banyak gerai makan yang murah-murah je. Dari berkejar dengan Fayyadh masa makan dekat restoren Hotel, lebih baik kami beli bungkus dan makan dalam bilik.

HIG Hotel

Di HIG Hotel Langkawi, memang kelas 5 bintang tapi bayar dengan harga 3 bintang.

Bila dah semua selesai. Fayyadh dan Faqeeh dah mandi, kami turun bawah melawat perniagaan HIG.

Memang meriah dekat sini. Pendek kata, semua 'barang Langkawi' ada dekat sini, kecuali rokok!

Mula Percutian ke Tempat Menarik

Kalau nak diikutkan, memang banyak tempat menarik di Langkawi ni. Tapi, kami pilih ke tempat yang sesuai bawa Fayyadh dan Faqeeh je.

Wildlife Park

Wildlife Park

Seronok Fayyadh bagi makan bangau. Walau banyak lagi binatang-binatang kat depan.

Pukul 9am pada hari kedua, kami sewa kereta, dan terus ke Wildlife Park dari HIG Hotel.

Sebelum ke sana, isteri saya booking siap-siap tiket secara online. Jimat hampir RM10  juga la untuk dua orang dari beli dekat kaunter.

Dekat sini best.

Fayyadh boleh mengambil pengalaman sendiri memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada dekat sini.

Angsa, burung, arnab, monyet comel. Semua ada lah dekat sini. Harimau dan singa takda la.

Tempat ni memang seusai untuk keluarga yang beranak kecil. Sampai sini boleh biarkan je Fayyadh berjalan sendiri sambil pegang bungkusan dedak haiwan, tak perlu dukung sebab memang tempat ni kids friendly.

Bila part pertunjukan buaya, punyalah Fayyadh gembira sampai tak nak balik. Dan terpaksa pujuk juga untuk balik kalau tak duduk situ la kami sampai malam. HAHA

Kalau ada rating, tempat ni saya akan bagi 10 per 10!

Underwater World

Underwater world

Ini antara binatang yang rare bagi saya dekat underwater world. Mula-mula ingatkan rumpai laut. HEHE

Tempat kedua pada hari tersebut ialah underwater world. Sekitar 1pm kami sampai sana.

Tempat ni dah tak menarik macam dulu bagi saya. Saya tak pasti kenapa, mungkin sebelum tu saya datang Wildlife Park, exited lebih tengok binatang kat sana.

Bila dah sampai sini macam suram sikit. Sama juga macam Wildlife Park, sebelum datang kami order tiket secara online. Lebih jimat.

Sebelum saya datang sini, ada juga dengar berkaitan isu Underwater World. Ada pekerjanya protes dan letak racun dalam kolam ikan ni. Fuhh. Kejam.

Jadi banyak ikan mati. Yang tinggal dekat sini yang kecil-kecil je.

Dan lagi satu, hampir 50% ikan yang ada dekat sana, saya dah selalu tengok masa snorkling di pulau-pulau dekat Sabah. HEHE

Mungkin inilah sebab saya rasa masuk ke Underwater World kurang menarik. Rating 6 per 10 saya boleh bagi.

Taman Buaya

Taman Buaya Langkawi

Tempat ni agak jauh. Ia berdekatan Cable Car. Dalam 20minit dari Pantai Cenang

Disebabkan Fayyadh terlalu seronok tengok buaya. Entah kenapa saya pun tak tahu, suka betul dia dengan buaya.

Dan sepanjang hari kedua tu masih mengajak tengok buaya. 

Jadi, hari ketiga sebelah pagi, kami berkesempatan untuk datang ke Taman Buaya.

Kali ini tak sempat untuk beli tiket secara online, sebab memang takda dalam plan.

Untuk yang bawak anak-anak kecil, taman buaya pun saya boleh recomend. Dekat sini kalian ada peluang untuk bagi makan dekat anak-anak buaya. 

Bagi makan dedak jela.

Tempat ini memang bagus, tentatif pertunjukan buaya memang well prepared.

Rating Taman Buaya saya boleh bagi 9 dari 10.

Sebelum Pulang

Coklat Langkawi

Beli lah sedikit buang tangan dari Langkawi. Kalau tak teringat-ingat la pulak kan.

Macam biasa lah kan, kalau datang Langkawi, tapi tak buat balik coklat memang tak sah.

Hari kedua kami bermalam di Mali Mali Beach Resort, di Pantai Cenang.

Selepas checkout dari Mali-Mali, kami ke taman buaya dan terus semua ke HIG Hotel tu, untuk shopping coklat.

Banyak je kedai coklat dekat Langkawi, tapi saya rasa dekat tempat ni lebih selasa. Surau dan kedai makan semua dah ada.

Dan lagi satu!

Hafiz Rojak

Fuhh. Mantap juga rasanya. Boleh datang sini waktu petang. Jalannya otw ke Cable cara, dekat roundbout sebelah kiri

Jika kalian datang ke area Cable Car ni, kalian wajib singgah juga di Warung Hafiz Rojak. Fuhh, mee rebus dan pasembor dia memang terbaik!

Untuk Trip Langkawi Kami Yang Seterusnya

Untuk trip ke Langkawi seterusnya, saya dah boleh plan dah untuk lebih seronok ke sana.

1. Naik RORO lebih selesa berbanding bersesak naik Feri. Paling bagus korang naik flight. HAHA

2. Bermalam di HIG Hotel je dua malam. Saya stay di Mali-Mali pun harga hampir sama. Di Pantai Cenang tak sesuai untuk anak-anak. Pelancong duk mabuk-mabuk sampai 3pagi baru depa tidur.

3. Perlu bawa carier atau stroller. Kalau tak boleh patah tangan dukung anak. HEHE.

4. Pergi waktu hari orang berkerja. Jangan duk sibuk nak pergi waktu Public Holiday. Barulah semuanya murah dan aman.

Sekian. Semoga Bermanfaat. Selamat bercuti.

Hafiz
Kulim, Kedah
3 November 2019
5 Rabiul Awal 1441H

Artikel Berkaitan

>