Tiada Matlamat Kewangan, Inilah Punca Utama Ramai Anak Muda Ada Masalah Hutang

 

Baru-baru ini, saya menemani seorang rakan sekerja saya untuk membaiki kereta di bandar Tawau. Kerosakan kecil je. Hanya rosak aksasoris kereta.

Rancak kami bersembang semasa dalam perjalanan ke bengkel kereta, terkeluar dari mulut beliau secara spontan;

” Pis, ko rasa okey ke tak, habis hutang kereta ni nanti, aku nak tukar kepada mpv? Aku macam berminat nak pakai HRV la pulak”

Saya agak tergamam dengan soalan dia tu, kerana saya tahu baru-baru ni dia dikejar oleh bank disebabkan masalah hutang kad kredit. Dan keretanya sekarang pun masih baru bagi saya. Loan masih ada 3 tahun, tapi dah fikir siap-siap nak tukar kereta baru!

Lagipun, anak baru nak masuk empat, bukan nya 8. Huhu

 

Semakin Lama Kerja, Semakin Banyak Hutang

Semakin lama berkerja, logik akalnya kita semakin kaya (banyak simpanan). Tapi, terbalik. Ramai yang semakin lama kerja, hidup semakin miskin akibat terjerat dengan hutang yang tidak berkesudahan.

Mula-mula beli kereta import baru. Seronok setahun dua je. Tak lama lepas tu, kereta import baru dah jadi kereta import lama. Bila nampak yang edisi baru lagi, terus rasa panas tangan nak beli yang terbaru.

Duit masuk (baca: gaji) setiap tahun semakin bertambah disebabkan kenaikan gaji tahunan. Namun, duit yang keluar (baca: hutang) pun turut bertambah dengan gaji.

Kalau bertambah seiring gaji masih okey la.

Tapi kebanyakannya hutang bertambah lebih tinggi dari gaji. Akhir sekali, kerja 10 tahun pun. Simpanan tetap sama. Masih kosong macam sebelum bekerja awal 20an dulu.

 

Ikut Keperluan, Ikut Kemahuan atau Ikut-ikut Orang?

Sebenarnya pilihan kita sendiri. Nak belanja ikut keperluan atau ikut kemahuan. Dan kesilapan anak muda yang paling biasa ialah, ikut-ikut orang (pengaruh rakan).

Pernah juga terdengar keluhan seorang rakan sekerja saya lagi,

” Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan memang kesempitan wang, tapi aku dah lebih 5 tahun kahwin hidup sempit je macam dulu ” .

Dalam kewangan, tangan kita yang mencorakkan sendiri kewangan keluarga kita.

Bukan majikan ataupun bukan bank! Itu kena faham. Tak ada istilah, kewangan menjadi semakin baik dengan sendirinya selepas sekian-sekian tahun. Selagi kita yang tak mengubahnya.

Mentor saya selalu pesan, “kekayaan ialah apa yang kita rasa, bukan apa yang orang kata”. Usah ikut apa yang orang kata, sehingga membuatkan keluarga kita yang menderita akibat menanggung hutang.

Akibat terlalu ikut-ikut orang, masih ramai graduate yang bekerja lebih dari 5 tahun, belum mampu beli rumah (medium cost) sendiri sebelum umur 30 tahun.

Bila plan nak menyimpan. Ada kawan ajak jalan-jalan keliling dunia. Tak cukup simpanan, buat hutang pribadi. Nak release tension katanya.

Bila plan nak beli rumah. Ada kawan hasut suruh beli kereta import terbaru dulu. Rumah tu menumpang keluarga je dulu.

Akhir sekali, yang susah tak berkesudahan terkena kita sendiri.

 

Letak Matlamat Sekarang!

Apabila diteliti tentang masalah kebanyakan anak muda, faktor utama yang membuatkan mereka susah nak menyimpan, atau susah untuk disiplin diri dalam mengurus kewangan ialah tiada matlamat kewangan.

Dapat gaji bulan ni. Habis bulan ni.

Tak pernah fikir untuk 5 dan 10 tahun akan datang. Dalam fikiran “Takpa, bulan depan dapat gaji lagi”.

Tak cukup duit untuk enjoy sakan. “Takpa, bank ada untuk pinjam”. Buat lagi hutang selagi bank luluskan.

Bila sikit-sikit hutang, akhir sekali makan meggi lah hujung bulan.

Hutang tak boleh dibiarkan, makin lama ia tinggi menjulang!

Untuk belajar cara letak matlamat kewangan, boleh rujuk di artikel mentor saya. Klik Sini –> Cara Letak Matlamat.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
10 November 2018
1 Rabiulawal 1440H

 

 

 

 

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *