islah diri

Tip Memilih Kos Pengajian di Universiti

islah diri

Baru-baru ini ada seorang bapa nak mintak pendapat aku tentang pemilihan kos dekat UTM disebabkan anaknya dapat melanjutkan pelajaran dekat sana, tapi masih dalam proses untuk memilih kos.

Biasalahkan, sekarang musim open house. Kebetulan masa tu aku pergi open house rumah kakak aku.

 Jumpa kawan-kawan kakak aku kat situ.

Anaknya antara best student SPM Sabah, disebabkan seorang best student, banyak pilihan kos yang ditawarkan lah kan. Kalau SPM cukup-cukup makan, asal dapat masuk U pun kira okey dah, tak payah pening-pening nak pilih kos.

Baiklah, disebabkan ada yang menanya pendapat aku tu, kat sini aku sebagai graduan baru bekerja kurang dari 5 tahun, nak share sikit pengalaman aku tentang cara yang paling baik untuk memilih kos di universiti.

Langkah #1 Ikut Subjek Pelajaran SPM Yang Anda Minat

Emas pelindung kekayaan

Apa yang anda belajar masa SPM tu sangat umum. Cuma paling ketara ialah subjek Biologi (kalau yang ambil bidang sains). Kalau anda minat Bio, memang anda tak payah masuk engineering.

Bagi yang suka sangat subjek seperti Fizik (macam aku dulu), terus tak payah bercita-cita nak ambil kos medic la ye. 

Jadi, ini tapisan pertama yang korang perlu buat. Aku boleh share yang ambik kos sains waktu SPM je, yang kos-kos lain aku tak tahu sangat.

Langkah #2 Tanya Pendapat Mahasiswa Yang Tengah Ambil Kos Tersebut

kuat berusaha

Kadang-kadang, minat belajar waktu SPM tak sama dengan apa yang korang minat dekat Universiti nanti.

Cara yang paling baik ialah, korang perlu tanya bakal- bakal senior korang nanti. Sekarang ni zaman internet, nak berkenalan semuanya di hujung jari.

Biasanya setiap unversiti ada FB group atau page masing-masing. Boleh PM je dekat situ.

Dulu sebenarnya aku silap, aku ambil kos mechanical-aeronautic UTM. Aku ingat aku akan belajar repair kapal terbang, rupanya, aku belajar lebih kepada design bentuk kapal terbang.

Kalau nak belajar repair kapal, aku kena ambil kos yang ditawarkan oleh MIAT.

Sebab tulah akus sarankan, tanya dulu bakal-bakal senior. Baru korang tahu apa yang korang boleh belajar dekat penuh minat ke tidak dekat universiti nanti.

Langkah #3 Buat Servay Industri Pekerjaan

Zon Selesa

Yelahkan, belajar 4 tahun di universiti, akhir sekali nak dapatkan pekerjaan. Walau dapat pekerjaan itu bukanlah satu kewajiban.

Ini perkara paling penting yang korang kena buat. Tanya bakal super senior korang tentang bagaimana pekerjaan dalam bidang yang berkaitan kos korang yang nak ambil nanti.

Kadang-kadang minat waktu belajar je. Waktu kerja, korang tak akan guna 100% apa yang korang belajar nanti. 

Waktu kerja, soft skill lagi penting dari technical skill yang korang dapat masa universiti tu.

Interview sikit korang punya super senior untuk tahu apa pendapat diorang tentang kos yang korang nak ambil. Bila dah semua rasa ngam dengan minat dan kelebihan korang, baru pilih kos tersebut.

Tips Tambahan: Pointer Tak Penting

pelaburan ilmu

Apa yang aku perhati, perkara paling penting bila dah korang dapat melanjutkan pelajaran di universiti ialah korang kena belajar tentang soft skill.

Korang kena belajar menyampaikan pendapat, belajar ilmu-ilmu buat duit, belajar ilmu tentang kewangan. Bukan sekadar pergi dan pulang dari kelas sahaja, jadi ulat buku. 

Ilmu-ilmu tambahan inilah yang bakal membantu korang di alam pekerjaan nanti. 

Pointer tak penting, asalkan lebih dari 3.0 dah dikira bagus. Apa yang penting ialah korang boleh tonjolkan softskill semasa interview dengan syarikat, pointer sekadar syarat untuk mendapat peluang interview sahaja.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
23 June 2019
19 Syawal 1440H

Artikel Berkaitan

>