Kereta

Usah Berselindung Disebalik Kemewahan Untuk Nampak Berduit Dimata Orang

Kereta

Berselindung disebalik kemewahan!

Kawan-kawan ni, bila baru kenal, semuanya macam okey-okey sahaja. Makan dikedai mahal-mahal, pakai kereta import H, dan apatah lagi gaji pun jauh lebih besar dari kita!

Bila dah berkawan rapat. Barulah kita tahu masalah-masalah yang dia hadapi. 

Nampak macam banyak duit, rupunya nampak berduit itu hanya berselindung disebalik 'kereta import' H.

Buat Hutang Ikut Rasa Hati

tips poket kering

Gaji RM4000, wahh. Dah banyak ni. Tapi, komitmen bulanan dah RM2000. Belum lagi dikira duit Astro, hutang kad kredit, dan hutang pribadi.

Memang betul lah apa yang mentor saya bagitau, semakin besar periuk, semakin besar keraknya.

Isteri beliau pun juga sama. Gaji RM4000, tapi komitmen kereta dah RM2000 (sebab ada 2 biji kereta), last sekali, terpaksa juga 'pau' duit suami yang sama-sama sengkek.

Itulah akibat buat hutang ikut nafsu, buat hutang untuk nampak kaya, bukan bertambah kaya! Dan sekarang, baru menyesal beli kereta H itu.

Suami Kena Tegas 

Gandakan simpanan

Dalam bab kewangan, suami kena menjadi leader. Bukan bermaksud suami kena cekau semua duit dan pegang sendiri.

Suami kena jadi CEO dalam family, yang pegang duit family boleh bagi sama isteri iaitu sebagai akauntan dalam family.

Tapi, akauntan nak pakai duit mesti dapat kebenaran CEO dulu ya, bukan boleh pakai sesuka hati.

Bila nak keluar duit yang memerlukan bajet khas, perlu bincang dulu antara suami isteri, buat kira-kira dulu, bukan belanja ikut rasa hati.

Walaupun, isteri bekerja! Isteri nak pakai duit isteri perlu bincang dengan suami! Sebab nanti dah kena kejar dengan bank, lask sekali dua-dua sekali kena cari.

Sebab itu lah, suami kena tegas dalam bab kewangan, namun sebaiknya, dua-dua lebih bagus.

Cari Impian Yang Sama Antara Suami Dan Isteri

Ini nasihat mentor saya.

Impian bersama dalam rumah tangga, akan menpercepatkan proses kebebasan kewangan dalam keluarga.

Susah sama-sama. Dan capai impian sama-sama. InsyaAllah, masalah hutang akan lebih mudah untuk dilunaskan.

Masalah utama bila suami dan isteri bekerja ialah dapat duit gaji je, buat hal masing-masing.

Duit isteri is duit isteri. Duit suami pun duit isteri. Akhir sekali, hujung bulan terpaksa makan meggi!

Sekian sikit luahan harini. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
27 May 2019
23 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

>