Tip Untuk Orang Yang ‘Super Busy’, Tapi Nak Cari ‘Side Income’
Hanya kurang dari 4jam sehari yang membezakan aktiviti orang yang berjaya dan orang yang biasa-biasa.
Kalau kurang percaya. Boleh fahamkan apa yang beliau berkongsi ini.
Read MoreSistem postage sekarang, banyak dah ke arah penggunaan apps. Sebagai orang yang jarang menggunakan perkhidmatan pos barang, saya tak nak tambah lagi apps baru yang tak penting untuk saya.
Tahun ni, ini baru kali kedua saya pos buku wang emas kepada penyimpan emas saya. Sebelum ini, saya cuma guna parcel dari pos laju. Yang mana, pergi ke pejabat pos, dan letak saja barang kita.
Tapi, disebabkan nak cepat, saya lebih prefer J&T.
Beberapa hari yang lepas, saya nak selesaikan hadiah cabutan bertuah kepada penyimpan emas dibawah bimbingan saya. Seperti biasa, saya akan ke J&T, senang dengan laluan saya setiap hari.
Biasanya J&T, saya print siap-siap alamat, dan serah saja bungkusan kepada staff, dan staff akan masukkan alamat untuk saya. Tapi sekarang, J&T sudah tidak ada lagi servis macam ni.
Kita kena download apps, dan isi maklumat sendiri di applikasi J&T. Dan, ada beberapa lagi courier servis menggunakan kaedah yang sama.
Sebagai orang yang sangat berkira-kira dengan masa, saya terpaksa tangguh dulu pos hadiah tersebut kepada customer saya. Dan akan saya buat dekat rumah 'bila ada waktu free'.
Akhir sekali, hadiah bungkusan tersebut dibiarkan dalam kereta dah lebih 1 minggu. Waktu free untuk saya itu tak pernah wujud sebenarnya. Haha.
Saya dah download apps J&T, saya nak cuba buat, tapi masih tak selesai. Tak sempat nak explore butang-butang tersebut.
Kebetulan, saya lalu di deretan kedai di Bandar Baru Tunjung tadi, tengok ada signboard "Skynet".
Dalam hati saya, masih wujud rupanya Skynet ni. Dulu saya hanya kenal Pos Malaysia dan Skynet waktu belajar dulu. Sempat pos basikal dari Kota Bharu ke UTM JB dulu.
Saya park dan turun dari kereta sekejap, saya tanya staff. Fuhh. Lega, staff tu boleh buatkan. Saya terus angkat hadiah-hadiah tersebut. Dan bagi kepada staff untuk selesaikan segera.
Akhirnya, parcel yang dah memenuhkan kereta saya lebih dari seminggu, saya berjaya selesaikan semuanya tadi. Terima kasih SkyNet.
Dulu, untuk buat apa-apa perkara dalam bisnes terutamanya, saya tengok berapa harga dan kos. Sekarang, saya tengok yang mana satu lebih mudah dan cepat untuk saya.
J&T servis sangat bagus. Laju, cekap. Bila dia improve sistem, tak sesuai untuk saya yang gunakan servis tersebut cuma sekali dua setahun.
Kalau ikutkan kos, saya rasa J&T lebih murah, tapi disebabkan masa saya lebih bernilai dari kos tersebut, kali ini saya pilih SkyNet.
Dalam bisnes memang macam tu, kita tambah baik sistem, tak semestinya sesuai dengan semua orang. Dan bagi kita yang rasa tak sesuai, kita kena ingat. Tambah baik sistem tersebut juga, bukan untuk kita.
Jadi, kita yang pilih apa yang sesuai untuk kita.
Hanya kurang dari 4jam sehari yang membezakan aktiviti orang yang berjaya dan orang yang biasa-biasa.
Kalau kurang percaya. Boleh fahamkan apa yang beliau berkongsi ini.
Read More