4 Cara Mudah ‘Top Up Emas’ di Akaun GAP

Soalan paling biasa yang saya terima selepas kawan-kawan buat pembelian yang kali pertama, " Hafiz, macam mana cara nak beli lagi emas melalui GAP? Kena bagitahu Hafiz lagi ke?". Saya akan jawab, " Nak yang free ke nak yang kena cas RM1?", dan majoritinya mestila nak yang free, saya pun guna cara yang free selalunya. Ok, nak tambah pembelian emas melaui akaun emas GAP ada banyak cara, saya akan senaraikan semua caranya, tapi penerangan saya akan fokus dua yang paling mudah je. Antara cara yang boleh digunakan untuk tambah pembelian GAP setakat yang saya tahu :
  1. Buat pembayaran samaada di mesin CDM atau secara online dan maklumat update di Portal - Percuma
  2. Buat pembelian terus di website Public Gold guna cara FPX - Cas RM1/transaction
  3. Guna Apps di smartphone melalui FPX - Cas RM1/transaction
  4. Pergi cawangan Public Gold, bagi duit kat staf dan staf akan tolong kita update maklumat - Percuma
Jadi, dalam 4 cara ni, cara no (1) ialah cara yang saya selalu guna sebab percuma, manakala cara yang paling cepat ialah guna cara no (2). Kedua-duanya mudah. Okey, saya akan terangkan secara detail cara no (1) dan cara no (2) sahaja ye, sebab cara ni ialah cara yang paling orang ramai buat.  

Cara No (1) - Transfer & Update Portal

Untuk cara ni, saya namakan "Transfer In & Update Portal". Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :
Untuk dapat ke paparan ini "Login", klik My GAP>Purhcase.
  1. Buka website rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my untuk cek harga emas GAP semasa. Harga GAP akan berubah setiap jam 12 tgh malam.
  2. Bank in (atau transfer) ke akaun GAP, Public Gold Marketing Sdn Bhd : Maybank (5571 3923 8048) atau Public Bank (3167 52 0833).
  3. Update maklumat di portal MyGAP Public Gold kita sendiri, dibahagian 'Purchase'. Isi maklumat di ruang kotak berwarna putih je, yang warna kuning tak perlu.
  4. Upload bukti pembayaran tadi, dan akhir sekali, tekan REQUEST.
  5. DONE!
Untuk cara ini, Public Gold akan ambil masa 2hari bekerja untuk verify kita punya pembayaran. Jadi, selepas 2hari bekerja, cek balik status pembelian kita samaada masih 'Request' atau 'Approved'. Kalau status masih 'Request', inform staf Public Gold cepat2 untuk minta bantuan dari mereka supaya follow up kita punya payment, tapi kes ni tak pernah berlaku lagi setakat ni. Boleh juga follow Video yang saya share di facebook ni untuk topup GAP.  

Cara No (2) - Kaedah FPX

Inilah cari paling mudah untuk tambah belian GAP. Tapi, kena cas RM1 untuk setiap transaksi. Untuk setiap transaksi ye, bukan untuk setiap 'gram'. Sambil2 baring pun, boleh 'top up GAP' tak sampai 5 minit dah selesai. Saya kongsi caranya, baca stepnya di bawah :

Step #1 Login website Public Gold macam biasa.

Pastikan 'Login' dulu sebelum klik 'Buy Now'

Step #2 Masukkan jumlah yang nak beli

Masukkan jumlah RM dan tekan SUBMIT

Step #3 Pastikan Maklumat betul dan buat pembayara. Sistem akan bawa terus ke online bankin yang kita nak guna. Alaa, macam beli tiket flight, mudah je kan.

Cek maklumat dan teruskan untuk buat pembayaran

Step #4 Pilih bank dan buat pembayaran

Tekan "Agree and Continue" untuk buat pembayaran
Dah selesai buat pembayara, cek balik GAP Statement. Untuk sistem FPX ni, tak perlu tunggu 2 hari bekerja untuk PG verify payment, sebab dengan sistem FPX, payment akan auto verify.  

Kesimpulan

Ada banyak cara untuk tambah pembelian GAP, pilih yang mana kita suka dan paling selesa. Ada apa-apa masalah, boleh call atau wasap saya bila-bila masa di www.wasap.my/60145005090 Wallhualam   Hafiz Tawau, Sabah 22 Julai 2017

Artikel Berkaitan

Inilah Cara Paling Berkesan Untuk Memaksa Diri Menyimpan Emas Setiap Bulan!

Masih segar dari ladang! Bermula dari December 2018, Public Gold telah melancarkan kempen membuat pembelian emas secara GAP dengan tetap setiap bulan. Ia dipanggil sebagai Standing Instruction. Standing Instruction ialah satu arahan tetap yang kita boleh setkan di akaun bank kita (Contoh: guna Maybank2u), untuk kita transfer terus duit pada tarikh yang ditetapkan untuk setiap

Read More