Masih segar dari ladang!
Bermula dari December 2018, Public Gold telah melancarkan kempen membuat pembelian emas secara GAP dengan tetap setiap bulan. Ia dipanggil sebagai Standing Instruction.
Standing Instruction ialah satu arahan tetap yang kita boleh setkan di akaun bank kita (Contoh: guna Maybank2u), untuk kita transfer terus duit pada tarikh yang ditetapkan untuk setiap bulan.
Bagi yang sudah biasa membuat pembelian akaun emas fizikal GAP, Standing Instruction sangat memudahkan kerana kita tidak lagi perlu meng”update” portal kita secara manual setiap bulan.
Kita hanya buat bulan pertama sahaja dalam masa setahun.
Kelebihan Menggunakan Standing Instruction
Video : Sedikit Info Tentang Kelebihan GAP Standing Instruction
Apa yang saya nampak, terdapat beberapa kelebihan bagi penyimpan emas yang menggunakan keadah Standing Instruction untuk menyimpan emas secara konsisten dalam akaun emas fizikal GAP ini. Antaranya ialah :
(1) Menjimatkan Masa
Dengan membuat bayaran cara ini, kita tak perlu lagi setiap bulan membuat pembelian emas GAP di website Public Gold setiap kali kita dapat gaji.
Kita hanya perlu update kepada staff tentang pembayaran kita yang pertama, dan sebelas bulan seterusnya penyimpanan emas kita akan ada secara automatik.
Haa. Mudah kan? Setiap bulan gram emas kita bertambah secara automatik.
(2) Lebih Mudah Untuk Konsisten Menyimpan
Antara masalah biasa yang terjadi kepada saya ialah, nak menyimpan emas, tetapi duit dah ter ‘allocate’ kepada benda lain.
Jadi, terpaksalah guna duit claim untuk beli emas. Bila guna kaedah ini, sangat senang. Setiap bulan gram emas saya wajib bertambah dengan sendirinya.
Alaa, sama je dengan kita buat simpanan secara tetap di ASB atau TH, cuma ini kita buat untuk simpan emas. Tu je bezanya.
(3) Boleh Menang Jongkong Emas 5gram (bernilai RM1100)
Public Gold menawarkan peluang cabutan bertuah secara bulanan bagi semua pembeli emas yang membuat belian emas minimum RM100.
Haa. Ini satu peluang besar. Kita tak perlu fikir-fikir lagi ‘Kita tercalon ke tidak’ dalam cabutan bertuah bulan.
Confirm laa kan tercalon. Sebab kita sudah konsisten buat simpanan emas secara bulanan.
Public Gold ada 19 cawangan di seluruh Malaysia. Setiap cawangan menawarkan sekeping emas 5gram dan 10keping emas 0.5gram. Banyak tuu.
Kan untung kalau beli emas RM100, dapat free RM1100? HEHE
Cara Daftarkan Standing Instruction
Bagi yang belum pernah membuat pembelian akaun emas fizikal GAP, mereka perlu ada akaun GAP dulu dengan mengikuti langkah ini –> Cara Buka Akaun Emas Fizikal GAP
Bagi yang sudah ada PG Code dan pernah membuat pembelian emas akaun emas fizikal GAP boleh terus ke step yang ditunjukan dalam video ni.
Video : Cara Daftarkan GAP Standing Instruction
Hafiz
Tawau, Sabah
24 December 2018
16 Rabiulakhir 1440H
Artikel Berkaitan
- Cara Mula Pelaburan Emas Public Gold
- Cara Beli Emas Public Gold (Langkah & Video)
- Panduan Ringkas Dalam Memilih Item Emas Yang Bersesuaian
- Akaun Emas GAP. Mudah, Murah dan Patuh Shariah