Jangan beli goldbar atau dinar di kedai emas. Kenapa?
Bukan sebab saya dealer Public Gold. Tapi kalau kalian tak nak rugi, boleh baca artikel yang saya share ni sampai habis.
Saya pernah ternampak satu posting di facebook tentang beli emas dari tahun 2018 masih tak untung-untung. Dan pemilik facebook tersebut claim semua ejen emas adalah scam, nak kaut duit orang awam sahaja.
Dan sebagai seorang penyimpan emas dari tahun 2010, dan dealer emas aktif sejak dari tahun 2016, saya terpanggil untuk menulis dan terangkan balik kepada masyarakat tentang isu tersebut.
So, apa kaitan dengan jangan beli goldbar dinar di kedai emas dan isu tersebut?
(1) Kepakaran yang berbeza
Kedai emas fokusnya ialah untuk emas perhiasan 916, bukan emas 999 dalam bentuk goldbar dan dinar. Berbeza dengan Public Gold. Bisnes utama Public Gold ialah emas pelaburan 999 goldbar dan dinar.
Ibarat siapa yang kaki running. Nak beli kasut running Asic atau Bata? Bata pun ada kasut running. Kita sebagai kaki running mesti pilih Asic sebagai pilihan bukan?
(2) Kita kaya sebab ilmu
Kita akan bertambah kaya bila kita ada ilmu tentang emas. Kalau sekadar nak beli emas, boleh beli dekat mana-mana tempat yang jual emas.
Kalau nak bertambah kaya dengan emas, beli emas dengan Public Gold. Dan melalui bimbingan dealer dalam tim G100 Network.
Kita fokus pandaikan masyarakat dengan ilmu emas yang betul, dan mereka bertambah kaya dengan emas dengan adanya ilmu yang betul.
(3) Bukan sekadar harga
Nak beli emas sekadar harga. Dan saya yakin, harga emas di Public Gold pun jauh lebih murah. Tapi bukan yang paling murah yang ada di pasaran.
Selain mengambil kira dari sudut harga, kita juga perlu ambil kira dari sudut lain seperti mudah jual balik, mudah di gadai juga.
Kalau senang untuk beli, tapi susah untuk jual pun bagi saya tak berbaloi beli emas tersebut.
Buat pilihan yang betul
Jadi, bagi kalian yang nak mula menabung emas. Buat masa sekarang, untuk menabung emas paling mudah di Malaysia ialah dengan Public Gold.
Boleh buat kajian sendiri, tapi saya percaya anda akan cari emas Public Gold juga nanti. Jangan percaya apa yang saya cakap, tapi anda sendiri yang buat kajian.
Macam mana nak buat kajian? Saya akan kongsikan dalam next artikel.