Simpan Emas Dengan Ilmu

Simpan Emas Dengan Ilmu! Ini Pesan Guru Saya

Simpan emas tanpa ilmu, kita untung. Simpan emas dengan ilmu, kita berkali ganda lebih untung.

Kenapa?

Opss. Kejap.

Jika anda berniat untuk memanfaatkan emas dalam menambahbaik kedudukan kewangan, anda sudah berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca.

Ilmu ini disampaikan oleh mahaguru emas saya ketika FB Livenya semalam (3 April 2021), yang mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam dunia emas.

Berapa Kenaikan Harga Emas?

Kenaikan Harga Emas

Ini dari hasil kajian mentor.

Kenaikan harga emas dalam tempoh masa 5 tahun sekitar 51% manakala, dalam tempoh 20tahun ialah lebih 600%.

Harga Emas 5 Tahun

Ini perumpaan jika harga emas naik secara konsisten dan stabil. Maksudnya, ia average harga emas dalam tempoh masa 5 tahun.

Harga Emas 20 Tahun

Cuma ini bukan bentuk graf yang sebenar, sebab harga emas dalam jangka masa pendek ada turun dan naik. 

Graf ini hanya secara purata dalam tempoh masa yang panjang

Keuntungan dalam pelaburan emas yang sebenarnya ialah 'berapa lama kita dalam pelaburan tersebut'.

Graf Harga Emas Sebenar

Bentuk rupa harga emas yang sebenar ialah macam kat atas ini.

Secara purata,

Harga emas naik lebih 50% dalam masa tempoh 5 tahun.

Ia lebih baik dari kita simpan dalam ASB, jika simpanan ini untuk tempoh yang panjang, seperti modal beli rumah, pergi haji atau umrah, dan simpanan untuk pendidikan anak-anak.

Setiap dari kita, saya percaya, mesti ada matlamat untuk beli rumah kan?

Untuk kumpul modal, simpan emas atau ASB? 

Haa. Fikirkanlah.

Kalau tengok graf harga emas kat atas. Sudah pasti emas lebih baik. Anda juga boleh rujuk harga emas sendiri di website www.goldprice.org nanti.

Ciri Pelaburan Emas Yang Sebenar

Jika anda terima tawaran dengan pelaburan emas yang sentiasa naik, dan yang setiasa untung.

Untung pulak dijanjikan setiap bulan.Ini adalah ciri-ciri skim cepat kaya emas.

Bukan pelaburan emas.

Emas tu sebagai 'topeng' sahaja.

Sila jauhkan cepat-cepat.

Saya terima banyak persoalan dari bakal pembeli emas yang baru.

Antaranya :

" En Hafiz, kalau saya melabur emas RM1000 bulan ini, bulan depan berapa saya boleh untung?" 

Saya tahu, jika soalan seperti di atas. Beliau masih belum faham tentang emas. 

Jadi, saya akan syorkan dulu baca ebook ringkas tentang emas, untuk faham asasnya. Sila dapatkan ebook secara percuma di atas.

Kritiria Pelabur Emas Berilmu

Ini sedikit ringkasan dari mentor emas saya, tentang kritiria pelabur dan penyimpan emas yang berilmu :

1. Pelari Marathon

Simpan Emas Umpama Pelari Marathon

Penyimpan dan pelabur emas umpama Pelari Marathon. Iaitu untuk jangka masa panjang, beli dan simpan emas untuk masa depan.

Bukanlah beli emas bulan ini, bulan depan nak jual dan mengharapkan keuntungan.

2. KPInya Ialah Pertambahan Gram

KPI seorang penyimpan emas yang berilmu ialah dengan pertambahan gram.

Contoh :

Tahun 2020 simpanan emasnya ada 100gram. Target tahun 2021 ialah simpanan emasnya ada 140gram.

Maksudnya, asetnya semakin lama semakin banyak.

Harga emas tolak tepi, yang penting pertambahan gram emas.

3. Harga Jatuh, Borong Emas

Harga emas jatuh, ini peluang untuk beli barang yang mahal dengan harga yang lebih murah.

Kita dapat averaging price.

Kalau penyimpan emas yang tiada ilmu, bila harga jatuh, mungkin dia rasa emasnya yang ditangan tu Nothing!

Pemurataan Harga Emas

Rasa kecewa. Nak mencarut!

Tetapi, bila ada ilmu. Lagi harga emas jatuh, lagi meraka senyum. Sebab, ia waktu terbaik untuk beli barang yang mahal dengan harga yang murah.

Apa Azam Tahun 2021 Kalian?

Haa.

Apa azam tahun 2021 anda dalam kewangan? Nak ada berapa banyak gram emas?

Bagi saya, ikut kemampuan dan bajet masing-masing.

Emas Dinar Public Gold

Paling tidak pun, simpan emas 1gram 1bulan itu lebih baik dari beli emas 100gram sekali je, lepas tu kecewa dengan emas sebab tidak mendapat ilmu yang betul dalam pelaburan emas.

Nak share azam?

Boleh share diruang komen.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
4 April 2021

Artikel Berkaitan

>