ASV vs Emas

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas.

Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun.

Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah. Kelebihan sepatutnya ada pada ASB.

Sebab emas fungsinya bukan dalam tempoh setahun, tapi minimum 2 tahun dan ke atas. Namun, khas untuk tahun 2023, satu perkara yang menarik untuk kita tahu antara keuntungan ASB dan emas.

Mungkin ia satu perkara yang jarang-jarang berlaku!

ASB dan Emas Tahun 2023.

Untuk tahun 2023, harga emas meningkat sebanyak 20%. Boleh rujuk di www.goldprice.org. Wah! Ini satu perkara yang kita kena ambil serius dengan emas.

Harga emas tahun 2023

Manakala, dividen ASB pada tahun 2023 baru-baru ini diumumkan hanyalah 5.25%. Jom saya bantu anda buat kira-kira, dari sudut keuntungan ringgit. Bagi yang ada RM100,000 cash. Selepas tolak semua kos yang terlibat.

Emas ada susut nilai atau spread value, itulah sebenarnya keuntungan oleh syarikat emas. Jadi, untuk emas Public Gold, spread value emas 250g macam ni cuma 6%.

Kenaikan Harga Emas : 20%
Susut Nilai Emas : 6%
Untung Bersih : 14%
RM100,000k x 14% = RM14,000

Siapa yang tukar cash kepada emas sebagai pelindung kekayaan pada awal tahun 2023, maksudnya dia masih untung sebanyak 14%. Hampir 3x ganda dari ASB yang cuma berikan dividen 5.25%.

Faham Fungsi Emas dan Cash

Goldbar 250gram dan 100gram

Namun, bukan semua duit kita tukar kepada emas. Mesti ada cash untuk transaksi terdekat, minimum 3bulan gaji. Selebihnya baru tukar kepada emas. Lebih selamat dari inflasi dan sebarang ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia.

Fungsi sebenar emas adalah sebagai pelindung kekayaan. Mengimbangi kejatauhan wang ringgit. Tukarkan cash kepada emas jika cash tersebut tidak rancang untuk guna dalam tempoh kurang dari 2 tahun.

Jadi, kalau kita ada cash RM100,000 atau lebih dalam bentuk cash. Dan untuk tujuan jangka masa yang panjang. Tukar kepada bentuk emas adalah satu tindakan yang lebih bijak.

Hafiz
Kota Bharu
8 Januari 2023

Artikel Berkaitan

>