Kelebihan beli emas Public Gold berbanding emas Maybank adalah...?
Sejujurnya, saya tidak tahu banyak perkara tentang emas Maybank MIGA i, tapi untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi, apa kelebihan jika anda menabung emas Public Gold berbanding bank.
Tak kesah bank mana. Tapi saya percaya, 5 kelebihan ni anda tidak akan dapat seperti apa yang anda dapat dalam Public Gold.
Baiklah, bagi anda yang masih berkira-kira untuk beli emas Public Gold atau Maybank, artikel ni sangat sesuai untuk anda.
1. Mudah dapatkan fizikal
Asas emas ialah beli emas mesti boleh dapat emas secara fizikal dengan mudah. Pengalaman saya membimbing lebih 20,000 penyimpan emas bersama team dealer saya, jika beli emas hari ini, kurang dari 7 hari emas kita dah dapat di tangan.
Walaupun kita berada di pelusuk Malaysia macam mana sekali pun, untuk item emas 5 Dinar (21.25gram) dan ke bawah. Public Gold boleh sahaja dengan mudah.
Pengalaman saya dengan Maybank. Staff bagitahu, tak semua cawangan Maybank boleh redeem emas fizikal.
2. Beli emas dapat emas dan guru emas
Dengan Public Gold, ada sistem introducer. Introducer bermaksud orang yang lebih berpengalaman dalam urusan jual beli emas Public Gold berbanding kita.
Dan saya rasa tidak ada pada mana-mana bank.
Apa-apa urusan dengan Public Gold, introducer boleh bagi bimbingan secara percuma. Dan yang paling penting, ilmu tentang emas daripada dealer sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih kaya.
Kita simpan emas sebab nak kaya kan? Nak kaya kena ada ilmu. Nak ada ilmu paling mudah, dapatkan bimbingan daripada introducer atau dealer.
3. Servis 24jam Dari Dealer
Dealer macam saya, takda isitilah hari cuti. Takda istilah waktu pejabat. Kami beri servis kepada semua penyimpan emas kami 24jam.
Kalau saya masih belum tidur, jam 2AM pun saya boleh reply wassap penyimpan emas saya untuk bantu mereka.
Beli dekat bank. Hanya office hour boleh berurusan. Lepas tamat office hour, tunggu esok baru boleh buat urusan. Memakan masa.
4. Jaminan beli balik dengan mudah
Ini antara yang paling penting. Nak beli emas banyak tempat boleh jual. Nak jual emas? Tak banyak tempat yang boleh beli balik emas kita dengan mudah.
Emas rosak? Calar? Kemek? Resit hilang? Public Gold tidak ada masalah untuk ambil dengan harga macam emas baru.
Akhir sekali, terpaksa jual balik emas kepada Public Gold kalau beli dekat tempat lain.
5. Tiada kos transaksi
Dengan Public Gold, kita boleh menabung dengan mudah dekat akaun emas GAP Public Gold tanpa ada sebarang charge transaksi.
Boleh menabung dengan mudah. Ada lebihan wang RM100, boleh menabung RM100. Ada lebihan wang RM1000, menabung RM1000 tanpad sebarang kos extra.
Semua yang kita bayar ditukarkan kepada emas 100%.
Jangan percaya saya
Saya seorang dealer Public Gold, mungkin penerangan saya tidak adil dan berat sebelah.
Anda boleh buat kaji selidik sendiri apa yang saya tulis ini. Saya nak ingatkan, emas yang terbaik bukan lah emas yang harga murah semata-mata.
Emas yang terbaik adalah emas yang ada beberapa ciri yang kita ambil perlu ambil kira.
Sebagai orang baru dalam dunia apa? Apa "acid test" yang ada kena buat untuk tahu emas mana yang sesuai untuk anda? Saya akan share dalam artikel yang seterusnya.