Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal?

Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas.

Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.

Emas Digital Tidak Wujud

Duit Ini Tak Penting

Saya cuma nak bagi satu contoh mudah, dan bergantung kepada anda sendiri nak yakin ke tidak tentang "emas digital" ni.

Begini...

Duit kita dalam dompet RM1000 sebagai contoh, masukkan dalam bank. Ia tetap di panggil sebagai duit.

Kita tak panggil ia sebagai duit digital betul?

Kita buka apps, nampak RM1000 tu dalam apps. Kita tetap panggil ia sebagai duit! Bukan duit digital.

Sama juga dengan emas.

Emas digital sepatutnya tidak wujud.

Emas cuma hanya ada emas fizikal. Emas dalam akaun gap Public Gold pun emas fizikal. Bukan emas digital.

Kalau ada yang ajak join program emas digital. Masih ada yang terpesona dan percaya?

Sejarah Emas Dan Scam Emas Di Malaysia

Bagi yang kenal emas sejak dari tahun 2010 sampai sekarang, anda mesti ada pengalaman dengan kisah scammer emas tersohor ketika itu iaitu Tok Berlagak.

Mereka tak gunakan emas digital, tapi mereka promot emas fizikal, tapi emas tu "ejen yang pegang". Dan kita sebagai pelabur sekadar terima dividen sahaja.

Emas tidak ada dividen!

Sekarang, ada pula versi baru. Beli emas digital, dan dapat pinjaman 5 hingga 10 kali ganda. Masih guna nama emas, emas fizikal nya mana?

Siapa yang faham asas-asas dalam emas, pasti tidak berminat langsung tentang emas yang tanpa fizikal ni.

Hafiz
Kota Bharu
19 November 2023

Artikel Berkaitan

>