mas kahwin dinar emas

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi.

Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu.

Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini.

Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan cara yang betul untuk gunakan kaedah ini.

Mas Kahwin Tu Apa? Sama Dengan Duit Hantaran Kahwin?

Mas Kahwin Dinar Emas

Mas Kahwin dan hantaran kahwin. Haa. Ini dua perkara yang berbeza. Mesti ada yang kelirukan.

Secara ringkasnya perbezaan antara mas kahwin dan hantaran kahwin adalah dari sudut :

(1) Akad

Yang disebut dalam akad nikah ialah jumlah atua nilai maskahwin. Duit hantaran tidak disebut sewaktu akad nikah.

(2) Pemilikan

Duit atau barang yang disebut dalam mas kahwin adalah milik isteri sepenuhnya. Suami tidak ada hak terhadap duit tersebut.

Lafaz Akad Jika Guna Mas Kahwin Dinar

Sesetengah tempat atau kawasan, Tok Kadi tidak setuju jika kita mahu gunakan 'emas' sebagai akad mas kahwin.

Ada juga yang nak Tok Kadi yang nak convert kepada RM dulu sebelum akad. Maksudnya dia nak sebut sekali seperti:

" Aku nikahkan dikau Ali dengan Minah......dengan mas kawhin 20 Dinar yang bernilai sama dengan RMXXX"

Tapi sekarang

Majoriti tiada masalah akad dengan menggunakan emas. Ramai yang dah faham tentang fungsi sebenar emas.

Bincang Dengan Keluarga Bakal Pasangan

Walau bagaimanapun, untuk gunakan mas kahwin dinar emas. Bincang dulu dengan keluarga bakal pasangan.

Biasanya, kalau Tok Kadi tak biasa. Wali boleh terangkan kepada Tok Kadi dan mereka akan bersetuju tanpa banyak soal.

Kalau keluarga bakal pasangan tak setuju?

Haa. Senang je. Suruh dia baca buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang =)

Artikel Berkaitan

>