Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.
Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu.
Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri?
Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu?
Setakat pengalaman saya dengan emas sejak dari tahun 2011. Ada 3 cara untuk gandakan atau beranakkan duit dengan emas.
(2) Teknik manipulasi ar rahnu.
(3) Bisnes emas
Antara ketiga-tiga ini, yang mana paling senang beranak anda rasa? atau yang mana paling baik? Nak pilih yang mana? atau kesemunya.
(Baca sekali link yang saya berikan)
Asas Dalam Pelaburan Emas
Asas keuntungan dalam pelaburan emas ialah, beli emas dengan harga murah. Dan jual emas dengan harga yang lebih mahal.
Itu sahaja. Dalam orang putih "Buy Low Sell High".
Tiada teknik ajaib. Tiada teknik kira-kira level add math SPM. Tiada magik untuk mendapat keuntungan (memberanakkan) dengan emas.
Jadi kalau harga emas tak naik-naik? Mana untungnya beli emas ini?
Ok baik.
Saya pernah tulis artikel tentang keistimewaan menyimpan emas sebelum ni. Boleh baca artikel ini dulu.
Jadi, anda perlu berhati-hati kalau ada ejen Skim Pelaburan emas yang menawarkan janji bulan dan bintang kepada anda.
Ingat pesan saya. Tiada teknik ajaib dalam process menggandakan duit dengan emas. Kalau gunakan teknik manipulasi ar rahnu pun, risiko rugi lebih besar dari potensi keuntungan.
Cara Gandakan Duit Dengan Emas
Saya percaya, apa-apa pelaburan atau bisnes dekat dunia ini akan menjadi lebih mudah bila ada ilmu.
Jadi, ada dua cara (serta langkah) yang betul, dan proven untuk gandakan duit dengan emas iaitu :
(1) Sentiasa Tambah Ilmu
Cara paling cepat, murah dan mudah untuk belajar cara gandakan duit dengan emas saya sarankan kalian beli dan baca buku tulisan mentor saya ini, iaitu buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.
Saya percaya, minimum setahun selepas anda baca buku ini. Duit anda akan berganda-ganda.
Nak senang dapatkan buku ini, beli sahaja dalam versi ebook. Ini Ebook Wang Emas, dan ini Ebook Misi Bebas Hutang.
(2) Kongsikan Kebaikan Simpan Emas
Bila anda sudah faham tentang emas. Kongsikan sahaja kebaikan simpan emas selain dari Buy Low Sell High kepada kenalan anda.
Dari sudut gandakan duit, bagaimana hanya dengan berkongsi kebaikan simpan emas, duit anda berganda?
Tak pelik ke?
Inilah antara macam mana dealer-dealer Public Gold seperti saya gandakan duit dengan emas. Boleh rujuk artikel saya tentang kelebihan menjadi dealer Public Gold.
Sambil kita simpan emas sendiri. Sambil kita ajar orang lain menyimpan emas seperti kita.
Mudah sahaja.
Cara Bermula, Gandakan Duit Dengan Emas
Bagi yang pernah buat belian emas Public Gold.
Samaada dealer atau bukan dealer, boleh terus bimbing kenalan anda buat simpanan emas pertama dengan Public Gold.
Kalau nak dapatkan 'pulangan' (dari sudut insentif) lebih cepat. Anda upgrade terlebih dahulu menjadi dealer Public Gold.
Atau, kalau nak jimat.
Bagi yang belum pernah buat belian emas pertama.
Boleh cuba dulu dengan buat belian pertama emas, minimum RM100 dengan kaedah akaun emas fizikal GAP.
Begitulah.
Semoga bermanfaat