4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Beli Emas

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu.

Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri.

Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social.

Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan.

Saya pegang prinsip ini ketat-ketat.

Dan jangan juga.

Beli emas sebab ikut apa yang saya cakap.

Saya seorang dealer Public Gold. Mungkin nasihat saya dari sudut poket saya, bukan dari sudut poket anda.

Jadi, untuk elakkan kekecewaan dengan emas. Ini pesan guru emas saya. Tanya diri sendiri dulu 4 soalan penting ini.4

Jadi, apa soalan tu?

Untuk penerangan lanjut dalam bentuk video, boleh terus ke FB Live oleh guru saya di FB page Syukor Hashim & Juniana Nordin

Saolan 1: Apa Tujuan Simpan Emas?

Ok baik lah. Bagi yang baru nak mula, tanya diri dulu. Sebab apa nak simpan emas?

Ada orang beli emas sebab untuk melindung kekayaan dari inflasi, untuk simpanan jangka masa panjang dan juga beli emas sebab susah nak simpan duit.

Dari pengalaman guru emas saya Tuan Syukor Hashim, memang ada orang dan multi jutawan, mereka beli emas sebab untuk lindung kekayaan mereka.

Mereka dah kaya pun.

Duit dan aset lain pun dah banyak pun.

Namun, mereka tetap juga alihkan sebahagiaan kekayaan mereka dalam bentuk emas.

Mereka risau kalau simpan duit terlalu banyak dalam bank.

Anda bagaimana?

Cuba fikir sekejap. Sebab apa anda simpan emas?

Salah satu sebab saya simpan emas ialah bila saya faham tentang sejarah matawang ini.

Soalan 2: Berapa Lama Nak Simpan?

Ini soalan kedua yang anda perlu tanya. Bila dah beli emas, berapa lama nak simpan?

Ingat ye. Simpan dan kumpul tak sama.

Kita simpan emas. Ada matlamat. Bukan kumpul emas. Kalau 'kumpul', kita kumpul setem.

Kumpul dan tengok sahaja. Haha. Tiada matfaat apa yang kita dapat dari kumpul setem selain sekadar hobi.

Kalau emas.

Kita simpan bermatlamat. Sampai bila nak simpan emas?

Bergantung kepada soalan nombor 1 satu.

Kalau saya, saya nak cukupkan 1kilo emas. Dan saya dah tak simpan dah emas lepas tu aset saya dalam bentuk emas.

Mungkin saya akan tukar kepada aset lain yang lebih bagus nilainya seperti rumah atau hartanah.

Soalan 3: Produk Mana Yang Paling Sesuai Untuk Kita?

Sebab beli emas dah selesai.

Berapa tempoh beli emas pun dah selesai.

Sekarang ini, produk yang mana pula nak pilih. Yang saya bincangkan sekarang ini adalah produk khas untuk emas pelaburan atau simpanan ye.

Emas untuk perhiasan tidak termasuk.

Kalau saya, saya suka simpan fizikal. Cuma saya selesa guna akaun emas GAP, untuk dijadikan sebagai platform saya dapatkan emas fizikal tersebut.

Kalau anda yang tak suka simpan kat rumah.

Takot hilang, boleh guna akaun emas GAP. Tak perlu risau tentang risiko simpan emas tersebut hilang.

Public Gold tolong simpankan. Mudah.

Nanti dah capai target gram yang kita nak. Kita terus keluarkan kepada bentuk fizikal je. Senang

Soalan 4: Adakah Kita Boleh Tidur Lena?

Sebaik beli emas, adakah kita boleh tidur lena?

Kalau terlebih beli. Kalau takot hilang kat rumah. Itulah antara faktor yang kita tidak boleh tidur lena.

Terlebih beli sampai tak ada duit untuk beli barang keperluan, dan terpaksa jual emas tu balik dalam masa singkat.

Tidak boleh tidur lena disebabkan oleh risiko hilang simpan dirumah contohnya.

Kalau begini.

Boleh simpan sahaja dalam akaun emas fizikal GAP.

Namun,

Ada juga orang yang tak lena tidur kalau beli emas secara GAP. Takut PG Bankrapt dan sebagainya. 

Itu dalam fikiran mereka.

Jadi, apa-apa pun. Ikut kesesuaian masing-masing. Bergantung kepada diri sendiri

Mula Dulu, Ambil Pengalaman

FB Live Tuan Syukor

Kalau nak mula simpan emas. Sudah cukup bajet, setakat pengalaman saya, mula dulu dengan bajet minimum.

Itu lebih

Bagi yang nak mula simpan emas, tadi ada offer semasa FB Live. Pengalaman saya, buat belian waktu FB Live inilah yang paling menarik.

Sebab, kita berpeluang dapat cabutan bertuah yang hadiah free emas sehingga 1 Dinar (RM1100).

Ini offernya. Rujuk poster dekat butang di bawah ini.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
25 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

>