Akaun Emas GAP Public Gold

20 Soalan Lazim Tentang Akaun GAP Public Gold

Ini soalan yang sering ditanya tentang akaun GAP Public Gold kepada saya sejak saya menjadi dealer Public Gold aktif sejak dari tahun 2016.

Secara ringkasnya,

GAP ialah Gold Accumulation Programme (Program Akumulasi Emas) iaitu akaun emas yang bersandarkan 100% emas fizikal 999.9. 

Emas yang kita beli melalui akaun GAP, kita ada pilihan samaada nak keluarkan secara fizikal atau nak simpankan sahaja dalam akaun.

Perhatian : Anda boleh terus tekan tajuk (dalam isi kanduangan artikel) apa yang masih keliru untuk jimatkan masa anda.

Pengenalan Akaun GAP Public Gol

1. Apa itu GAP ?

Harga Emas Akaun GAP Public Gold

GAP ialah salah kaedah pembelian emas Public Gold yang dibackup oleh 100% emas fizikal.

Dalam bahasa mudahnya GAP ialah program akumulasi emas. Dengan GAP, kita boleh :

  • Beli emas bila-bila masa 24 jam sehari 7 hari seminggu.
  • Boleh buat minimum belian minimum RM100 setiap kali belian.

2. Berapa Cas Simpanan GAP?

Simpan emas dalam akaun GAP tidak ada apa-apa cas simpanan, tidak ada had dari sudut gram dan RM dan tiada had tempoh masa.

Kita boleh simpan emas dalam GAP secara percuma je.

3. Ada Dividen Ke Beli Emas GAP?

Mana-mana belian emas tidak ada dividen. Jika anda beli emas dapat dividen, mungkin anda terjoin skim cepat kaya bertopengkan emas.

4. Macam Mana Saya Beli Emas GAP RM1000 harini, kalau harga emas naik, adakah emas saya bertambah?

Jika anda tanya soalan macam ini, sebenarnya anda masih keliru tentang GAP. 

Saya tanya anda semula :

" Jika anda beli sekeping 1 Dinar masa harga RM600 sekeping, sekarang harga emas 1 Dinar sekitar RM1200 sekeping, adakah anda memiliki 2 keping 1 Dinar? "

Tidak kan?

Jadi, konsep akaun emas fizikal GAP sama sahaja dengan belian biasa, cuma ini dalam akaun emas.

Keistimewaan Akaun GAP Public Gold

5. Kalau tak keluarkan emas dari GAP boleh ke?

Boleh.

Dengan akaun emas fizikal GAP, anda boleh biarkan sahaja emas anda dalam akaun, tanpa perlu keluarkan kepada fizikal. Keluarkan kepada fizikal hanya satu pilihan.

6. Saya ada modal RM50, boleh tak beli emas GAP?

Minimum belian emas GAP ialah RM100, jika anda ada RM50, boleh kumpul dulu tunggu RM100, baru buat belian emas GAP.

7. Saya ada modal RM1000, boleh tak beli emas GAP?

Minimum belian emas GAP ialah RM100, dengan modal RM1000 pun anda boleh beli emas cara GAP.

8. Saya ada modal RM10k, boleh tak beli emas GAP?

Boleh.

Cuma belian emas GAP ni bagi saya lebih sesuai beli emas dengan bajet RM100 hingga RM1000. J

ika anda ada bajet RM10k, saya cadangkan terus beli emas secara terus, tanpa menggunakan akaun emas GAP.

9. Kenapa modal lebih RM1000 kurang sesuai beli GAP?

Kebiasaannya, emas 20gram dan keatas lebih murah berbanding dengan harga emas GAP kalau dikira harga per gram.

Cuma kadang-kadang, ada waktu yang harga GAP lebih murah berbanding harga emas yang lain.

harga emas public gold

Cuba anda perhati digambar harga emas ini. Kita kira harga per gram supaya mudah faham :

GAP RM304/g

10gram RM305/g

20gram RM304.5/g

50gram RM302.8/g

1000gram RM301/g

harga emas public gold

Cuba anda perhati digambar harga emas ini ula. Kita kira harga per gram supaya mudah faham :

GAP RM304/g

10gram RM299.6/g

20gram RM298.9/g

50gram RM297.5/g

1000gram RM295.1/g

Ini kerana, harga emas GAP selalunya dikemaskini setiap 12tengah malam, harga emas yang lain dikemaskini setiap 20minit mengikut pergerakan sebenar harga emas dunia.

Kalau anda nampak harga emas 20gram lebih mahal dari pada GAP, ini bermakna harga emas dunia dalam keadaan menaik.

Harga emas GAP lebih mahal jika harga emas dunia dalam trend menurun.

10. Wajib bayar atau beli setiap bulan ke?

Belian emas GAP tidak ada komitmen bulanan. Jika nak tambah simpanan emas, anda tambah.

11. Kalau bulan depan saya nak beli emas GAP lagi, perlu saya cari dealer lagi ke?

Tak perlu.

Hanya kali pertama sahaja anda perlu minta dealer Public Gold tolong daftarkan, untuk pembelian kali kedua dan seterusnya, anda boleh buat sendiri je dekat website Public Gold.

Peraturan Tentang Akaun GAP

12. Saya nak keluarkan jongkong emas 0.5gram dari GAP macam mana?

Minimum gram untuk keluarkan emas GAP ialah jongkong emas 1gram dan ke atas.

13. GAP Cover Insuran PIDM Tak?

Tak ada mana-mana akaun emas dilindungai PIDM termasuk akaun2 emas di bank.

Untuk Public Gold, semua emas (termasuk GAP) disimpan di Public Safe, Penang. Dan ada cover insuran. 

Beli GAP maksudnya kita amanahkan PG simpan emas bagi pihak kita.

Bila nak beli emas (atau join mana -mana pelaburan, benda paling penting kena ambil kira sebelum beli ialah " adakah aku boleh tidur lena bila beli produk tersebut?"

GAP ni sesuai untuk orang takut nak simpan emas sendiri dekat rumah, dia lebih lena tidur apabila PG tolong simpankan emas untuk dia.

GAP cuma pilihan, boleh beli cara lain kalau rasa tak yakin dengan kredibiliti Public Gold.

14. Design emas  1gram yang macam mana boleh keluarkan dari akaun GAP?

emas bar 1gram public gold

Sekarang, bermacam design emas yang kita boleh keluarkan dari akaun emas fizikal GAP. Premiumnya juga berbeza.

Emas Dari Akaun GAP Public Gold

Ini antara contoh emas yang boleh keluarkan dari akaun GAP, secara online. Public Gold terus pos sampai ke rumah kita.

15. Saya ada 5gram dalam akaun, boleh tak keluarkan emas  1 Dinar?

Hot Item PG Outright Purchase

Berat emas 1 Dinar bersamaan 4.25gram.

Jadi apabila anda keluarkan 4.25gram, baki nanti 0.75gram.

Untuk kekalkan aktif akaun emas anda sebaik sahaja keluarkan emas, anda perlu tinggalkan baki minimum 1gram.

Jika akaun sudah tidak aktif, untuk aktifkan balik perlu bayar activation fee RM50, jadis sebaiknya, minimum ada 5.25gram, baru sesuai untuk keluarkan dari emas 1 Dinar dari GAP.

Tutorial Penyimpan Emas di Akaun GAP

Bagi kita yang sudah mula atau baru nak mula menabung melalui akaun emas GAP,

saya sediakan beberapa tutorial untuk memudahkan kalian :

16. Cara nak mula beli emas secara GAP

Sekarang ini mudah sahaja untuk mula menabung emas melalui akaun GAP Public Gold, boleh rujuk video yang saya sediakan ini, untuk daftar dan dapatkan PG Code boleh terus klik butang register di bawah

17. Cara tambah belian GAP

Ini cara untuk tambah belian emas GAP :

  • Step (1) : Login ke www.publicgold.com.my. Rujuk email jika lupa username dan password
  • Step (2) : Klik My GAP > Purchase 
  • Step (3) : Masukkan jumlah pembelian yang anda transfer ke akaun Public Gold, nak mudah pakai FPX je
  • Step (4) : Klik request sampai keluar succecful. Simpan resit untuk buat backup jika perlu.

18. Cara keluarkan emas GAP kepada fizikal

Cara paling senang ialah keluarkan secara online je. Boleh buat guna phone. Tetapi ini khas untuk item emas yang 5 Dinar dan kebawah sahaja. Rujuk video ini :

Datang kemana-mana branch Public Gold seluruh Malaysia, tunjukkan IC dan sediakan duit untuk gold premium.

Ini untuk item emas yang lebih dari 5 Dinar.

Gold Premium-GAP

Detail pasal gold premium boleh rujuk artikel saya yang ni [Klik] Gold Premium 

19. Cara jual emas dari akaun emas GAP

GAP boleh dijual melalui web. Ikut step ini,

  • Step (1) : Login web www.publicgold.com.my > My GAP > Buy Back dan ikut step sampai habis
  • Step (2) : Pastikan anda sudah update profile dan bank account dekat My Account. 
  • Step (3) : Tunggu PG masukkan duit ke akaun bank anda dalam masa 1 - 2 hari bekerja. Selasai.

20. Ada Ebook Khas Untuk GAP?

Ya ada, 

Untuk dapatkan ebook tentang akaun emas fizikal GAP, boleh terus contact saya dengan menekan butang "Saya Nak Tahu Pasal GAP", nanti saya akan share link ebook tersebut secara percuma sahaja.

Kalian ada apa-apa persoalan tentang akaun emas GAP? Sila tinggalkan persoalan di ruang komen, nanti saya akan update dalam artikel ini.

Hafiz
7 Ogos 2020
17 Zulhijjah 1441H
(Update Artikel : 27 June 2021)

Artikel Berkaitan

>