GAP Public Gold

Update Terbaru Akaun GAP Public Gold (2023)

Apa itu akaun emas GAP Public Gold ?

GAP, nama panjangnya ialah Gold Accumulation Programme, iaitu salah satu cara yang kita boleh beli emas fizikal Public Gold.

Boleh juga dapatkan info tentang 20 Soalan Sering ditanya tentang Akaun Emas Fizikal GAP

Nasi Lemak dan Emas GAP Public Gold

Mudahnya,

Akaun GAP dan akaun bank tak jauh beza. Bank kita simpan duit, GAP pulak kita simpan emas.

Bank kita boleh keluarkan duit, akaun GAP Public Gold kita boleh keluarkan emas.

Mudah kan?

Perbezaan Belian Melalui Akaun GAP Dengan Non-GAP

Tak banyak bezanya.

Cuma akaun GAP Public Gold ialah belian emas melalui akaun emas fizikal.

Ya, GAP jugak emas fizikal, bukan emas nombor macam GIA dekat bank tu.

Untuk belian GAP

Dengan GAP kita baru beli 'gram emas', kita belum decide lagi nak keluarkan emas yang macam.

Andai kata dalam akaun GAP kita ada 12 gram, selepas mengamalkan 1gram 1bulan.

  • Kita boleh keluarkan jongkong emas 10gram sekeping, dan baki dalam akaun tinggal 2gram.

atau

  • Kita boleh keluarkan 12keping 1gram, baki dalam akaun tinggal 0gram.

Untuk belian Non GAP (Outright Purchase)

Berbeza akaun gap public gold dengan Non-GAP.

Kita terus decide nak emas yang size apa. Contohnya :

(1) Nak goldbar 1gram, kita terus bayar RM350 sekeping. Dan dapat emas.

(2) Nak 5gram goldbar, kita terus bayar RM1650, Dan dapat emasnya.

(3) Nak 10gram goldbar, bayar ikut harga di website Public Gold.

Golbar dari GAP Public Gold

Boleh order online, booking appointment dan datang ambil emas dimana-mana cawangan Public Gold berdekatan, kalau order item 50gram dan ke atas.

Untuk item 5 Dinar dan ke bawah, sekarang Public Gold pos direct je dari HQ Penang sampai ke rumah kita.

Antara Kelebihan Akaun GAP Public Gold

GAP Public Gold

(1) Kita boleh beli emas dengan bajet minimum RM100. Kalau sekarang beli emas dengan RM100, kita akan dapat sekitar 0.3***

(2) Kita boleh simpan je dalam akaun GAP Public Gold, kalau takot nak simpan sendiri. Public Gold boleh tolong simpankan dengan percuma.

(3) Kalau tinggal jauh dari cawangan Public Gold atau tinggal dekat oversea. Jarang-jarang balik Malaysia.

Emas GAP kita boleh ambil je bila-bila masa di semua 18 cawangan Public Gold di Malaysia, Indonesia dan Singapore. Dengan syarat buat appointment dulu lah.

Frequent Ask Question - GAP

(1) Harga emas GAP dan Non GAP sama ke?

Tak sama. Harga emas GAP berubah setiap jam 12tengah malam. Harga emas lain (>10gram) berubah setiap 20minit.

(2) GAP macam mana dari sudut syariah?

Semua proses jual beli emas Public Gold dah dapat sijil patuh syariah oleh Amanie Advisors, yang diketuai oleh Dr Mohd Daud Bakar, penasihat syariah bank negara. Boleh terus ke www.amanieadvisors.com untuk dapatkan info lanjut.

(3) GAP ada insuran PIDM tak?

Tidak ada mana-mana akaun emas dilindungi PIDM. Termasuk akaun emas di bank.


Untuk PG, semua emas (termasuk GAP) disimpan di Public Safe di Penang. Dan ada cover insuran. Beli GAP maksudnya, kita amanahkan PG untuk simpankan emas tu. Kalau rasa kurang yakin dengan kredibiliti PG, boleh pilih belian emas Non GAP

Cara Mula Menabung Dengan Akaun Emas GAP

Mudah saja, tak sampai 5 minit boleh siap tabungan emas pertama kalian. Ikut je step di bawah:

Langkah (1) - Register Akaun Sementara

  • Klik SINI, dan isikan maklumat berkenaan
  • (PENTING!) Pastikan email dan nombor phone di isi dengan betul 
  • Bila comfirm semua maklumat dah betul, tekan SUBMIT

Langkah (2) - Update Password

Link SMS Untuk Activation Akaun GAP
  • Setelah submit di langkah (1), kita akan terus terima link di SMS atau EMAIL.
  • Klik link tersebut, dan update password sendiri.

Langkah (3) - Buat Belian Pertama

  • Saya dah sediakan tutorial buat belian emas GAP yang pertama seperti di atas.
  • Sebelum tu, pastikan sudah download apps Public Gold (rujuk gambar di bawah)
Apps GAP Public Gold
  • Bagi pengguna Iphone, download apps di SINI
  • Bagi pengguna Android, download apps di SINI

Kalau Saya Introducer Anda

Bagi penyimpan emas Public Gold dibawah bimbingan saya, lepas buat belian pertama, terus hubungi saya untuk :

  • Join support group wassap penyimpan emas saya.
  • Ebook percuma + 30 hari content pasal emas.
  • Tiket percuma webinar kewangan dari mentor saya yang bernilai RM50.

Dan...

Ada satu perkara menarik bagi penyimpan emas Public Gold yang membuat GAP Autodebit minimum RM200 sebulan.

Kita layak menerima cabutan bertuah emas 10gram (nilainya sekitar RM2,700) secara bulanan.

Info lanju, rujuk artikel saya tentang GAP Auto Debit.

Hafiz
29 Januari 2019
23 Jamadil Awal 1440H
Artikel ini di update pada 26 December 2022, segala komen sebelum ini mungkin sudah tidak lagi releven.

Artikel Berkaitan

>