HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

FAQ Shariah Easy Payment Purchase Public Gold

By Mohamad Hafiz Shafie

July 20, 2020


[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.

beli emas ansuran

1. Apa Itu Easy Payment Purchase (EPP) ?

EPP (Easy Payment Purchase) ialah salah satu cari belian emas Public Gold. 

Beli emas secara EPP bermaksud, anda beli emas dengan cara bayar bulanan sama ada 4kali bayar (dalam masa 4 bulan) atau 10kali bayaran (dalam masa 10 bulan).

1 Dinar EPP10

Ini contoh jadual pembayaran EPP bagi 1 Dinar. Bulan pertama anda perlu bayar gold premium. Bulan kedua dan seterusnya sama sahaja.

2. Boleh tak kalau saya bayar tidak mengikut jadual?

Boleh. Anda tidak semestinya bayaran ikut jadual.

Cuma, elakkan bayar jumlah yang kurang dari ditetapkan. Jika anda ada duit lebihan setiap bulan, anda boleh bayar lebih. Jika anda habis bayar awal, anda akan boleh ambil emas tu lebih awal. 

Tidak wajib untuk tunggu 4 bulan atau 10bulan seperti dalam jadual.

3. Patuh shariah ke beli emas kaedah EPP ni?

Semua cara belian emas Public Gold termasuklah EPP sudah mendapat pensijian patuh shariah oleh Amanie Advisor yang diketuai oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar (DDMDB). Beliau merupakan penasihat shariah Bank Negara Malaysia.

Ini sijil patuh shariah Public Gold. Atau anda boleh rujuk sendiri di website Public Gold. Info lanjut bagaimana beli emas EPP dapat pensijilan patuh shariah, anda boleh hubungi terus Amanie Advisor. Kalau saya tulis disini, satu hari tak habis anda nak baca

4. Adakah harga emas lebih mahal kalau beli cara EPP?

epp premium

Tidak. Harga belian emas secara EPP sama sahaja dengan belian cara biasa. Cuma EPP ada EPP Premium. Anda boleh rujuk jadual EPP Premium dekat atas ini.

Remark : Biasanya kalau waktu promosi, Public Gold tawarkan belian emas EPP tanpa cas premium, jadi kalau ada peluang tu, grab cepat-cepat.

5. Apa item emas yang boleh dibeli secara (EPP) ?

Item yang boleh dibeli secara EPP ialah semua item emas Public Gold yang berharga RM500 ke atas sahaja. Item kecil seperti jongkong emas 0.5gram dan jongkong emas 1 gram tidak boleh dibeli secara EPP.

Untuk item emas yang melebih RM500 hingga RM5000, anda hanya dibenarkan buat belian secara EPP4 manakala, untuk EPP10 hanya untuk item yang melebihi harga RM5000.

Ini hanya peraturan asal, biasanya kalau waktu promosi, 1 Dinar pun boleh buat EPP10.

6. Apa yang dimaksukan EPP4 dan EPP10?

EPP4 bermaksud anda buat belian secara EPP untuk tempoh masa 4 bulan, maksudnya harga emas penuh dibahagi kepada 4. Manakala, EPP10 pula ialah belian emas secara EPP untuk tempoh masa 10bulan dengan 10kali bayaran

1 Dinar EPP10

Contoh jadual pembayaran EPP10.

epp public gold

Contoh jadual pembayaran EPP4

Ini perbezaan EPP4 dan EPP10. Maksudnya, Public Gold hanya tawar untuk buat 4 bulan bayaran atau 10 bulan bayaran sahaja. Setakat ini belum ada EPP2 EPP3.

7. Jika saya buat EPP, saya hanya mampu bayar sampai bulan ke-6 sahaja, bagaimana dengan duit saya?

Jika ada masalah macam ini, anda boleh buat pembatalan EPP (perlu hubungi staff). Public Gold akan bayar semula duit anda, cuma anda akan dikenakan ‘cancellation fee’ sebanyak 5% dari jumlah harga emas semasa. 

Cancellation fee bukan sahaja untuk EPP, buat pembelian biasa pun ada cancellation fee.

8. Item goldbar 5gram boleh buat EPP tak?

Boleh. Cuma harga goldbar 5gram kalau dibeli secara EPP ialah RM1500. Ia dikira dari harga retail price. 

retail price public gold

Jumlah harga penuh nanti lebih mahal berbanding anda beli secara GAP. Oleh itu, untuk item 5gram, saya recommend anda beli emas secara akaun emas fizikal GAP. Itu lebih baik dari anda guna kaedah EPP.

9. Lepas habis bayar, tapi tak mahu ambil emas boleh tak?

Anda perlu ambil emas EPP anda selepas habis bayar, jangan lebih dari 2 bulan tidak ambil.

Kalau anda tidak ambil, biasanya Public Gold akan lepaskan stock emas kepada orang lain dulu atau hantar pulang kepada HQ. Kalau anda nak ambil nanti, lama lagi nak kena tunggu giliran

Jika anda rasa tak nak simpan emas sendiri, boleh guna cara akaun emas fizikal GAP, bukan cara EPP

10. Macam mana nak mula beli emas secara EPP?

Jika anda sudah ada PG Code, boleh buat order macam biasa di website Public Gold. Cuma dekat bahagian Payment, anda pilih Shariah Easy Payment Purchase (EPP), pilih sama ada EPP 4 atau EPP 10.

Rujuk Video saya ini untuk buat order EPP bagi yang sudah ada PG Code. Bagi yang belum ada PG Code, rujuk video saya yang ini. (Video In Progress).

11. Kalau terlupa bayar seperti dalam jadual macam mana?

Kalau terlupa atau terlewat bayar 2 3 hari dari tarikh jadual tu tiada masalah.

Boleh buat payment macam biasa juga. Cuma kalau anda tidak buat bayaran lebih dari sebulan, staff akan hubungi anda untuk tahu samaada mahu teruskan EPP atau tidak.

Jika anda mahu teruskan, boleh buat bayaran segera. Jika anda tidak mahu teruskan, staff akan buat cancel order.

Jika anda tidak dapat dihubungi, staff akan minta bantuan Introducer untuk hubungi anda. Jika masih tidak dapat dihubungi, EPP anda dikira sebagai batal. Anda akan mendapat refund dengan cas sebanyak 5%.

12. Bagaimana cara saya untuk dapatkan emas selepas habis bayar?

Apabila sudah habis bayar, anda ada 2 pilihan untuk ambil emas anda.

Jika item yang anda order 20gram dan kebawah (atau jumlah semasa RM5k kebawah), anda boleh minta Public Gold poskan emas anda kepada anda. Atau anda boleh datang ambil emas di mana-mana 18 cawangan Public Gold.

Jika anda buat belian EPP item yang lebih 20gram, anda hanya boleh datang ambil emas di cawangan Public Gold sahaja. Ini kerana, insuran untuk pos emas anda maksimum RM5k sahaja dengan menggukan servis GIT.

Info lanjut tentang GIT, boleh rujuk artikel saya yang sebelum ini (klik sini).

13. Macam mana nak tahu harga bayaran bulanan saya sebelum order?

harga emas public gold

Contoh jika ada tawaran EPP10 untuk 1 Dinar. Jom kita kira.

 1 Dinar (4.25gram) sekarang berharga RM1222 

RM1222 + RM5(EPP Premium) + RM10 (Gold Premium) = RM1237

RM1237 ini jumlah bayaran selepas 10 bulan. Jadi,

Bulan Pertama = RM124 + 15 = RM139

Bulan Kedua = RM122

Bulan Ketiga = RM122

.

.

Bulan Ke-10 = RM122 (dapat emas)

* Jika ada promosi waive epp premium, jimat RM5

13. Kalau sudah habis bayar, kemudian nak masukkan dalam akaun emas GAP boleh?

Tak boleh. EPP dan GAP adalah dua kaedah pembelian emas yang berbeza.

14. Apa Kelebihan EPP?

Apa yang saya nampak, kelebihan utama EPP ialah anda boleh beli emas masa depan dengan harga sekarang.

Andaikata 10bulan akan datang harga emas dah naik banyak, anda hanya perlu bayar mengikut harga emas yang sekarang.

Kalau GAP, anda perlu bayar ikut harga emas semasa.

Sekian. Tolong share kepada kawan-kawan. Terutama yang dah jadi dealer.

Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
20 Julai 2020
29 Zulkaedah 1441H

Mohamad Hafiz Shafie

About the author

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas