Macam mana nak bersara dengan selesa? Apa sebenarnya maksud bersara? Bab bersara ni antara isu sensitif untuk dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebab mungkin pendapat saya ini agak kontra tentang definisi sebenarnya bersara. Majoriti, bersara mereka tafsirkan orang yang umur 60 tahun dan ke atas sahaja.
Kalau kita dah set dalam kepala kita bahawa umur 60 adalah kena bersara, tak perlu buat apa-apa, duduk relax, berhenti buat segala perkara yang bermanfaat, secara tak langsung kita sudah set bahawa kita ni bukan manusia, tetapi robot.
Definisi Bersara Sebenar
Bersara dari sudut pandang guru saya ialah apabila kita sudah capai satu level yang tak perlu lagi mengharapkan kerja hakiki untuk kita dapat duit.
Apa kaitan dengan duit?
Zaman sekarang, semua benda perlukan duit. Pergi toilet, nak makan minum itu semuanya duit. Jadi, bersara adalah soal kedudukan kewangan, bukan soal umur.
Kalau kita sudah bersedia dari sudut kewangan, bila-bila masa pun boleh pencen. Tak perlu tunggu umur 60 tahun.
Strategi Emas Untuk Bersara
Tak semua yang sesuai beli emas. Ada customer saya, saya memang larang dia beli emas atas faktor kewangan mereka yang tak sesuai beli emas.
Jadi, adakah anda sesuai guna strategi ni? Ikut langkah ini :
Langkah (1) - Ada wang lebihan
Asas emas adalah gunakan wang lebihan. Jangan beli emas guna duit untuk beli beras atau barang keperluan hidup sekarang.
Kalau ikutkan kos hidup sekarang, bagi yang sudah berkeluarga, gaji minimum RM3000 sebulan sesuai menabung emas.
Kalau gaji minimum RM3000 tapi masih takda duit lebih, wajib cari duit lebih. Samaada kurangkan belanja, atau cara duit extra setiap bulan.
Langkah (2) - Target Jumlah Simpanan
Sejak dari dulu lagi. Kalau anda perasan, 1 gram emas ni cukup untuk duit makan minum kita selama sebulan.
1gram harini sekitar RM350, dan dengan RM350 harini kita juga boleh jadikan duit belanja makan minum seorang dewasa selama sebulan.
Kalau 1 Dinar?
Dah cukup untuk duit keperluan bulanan setiap bulan. 1 Dinar harini sekitar RM1500. RM1500 dah cukup untuk tampung keperluan asas kita.
Jadi, 1gram = duit makan minum
1 Dinar = bersara selesa untuk keperluan asas.
So, andaikan kita hidup dari 60 tahun hinggan 80 tahun, kita ada 20 tahun (240 bulan) lagi untuk hidup selepas bersara.
Duit makan minum = 240gram
Berasara selesa = 240 dinar
Ini target yang sesuai untuk kita letakkan matlamat bersara selesa nanti.
Langkah (3) Mulakan Sekarang
Dah tahu target? Sekarang terus mula menabung. Jangan tangguh untuk kita bersara.
Lagi cepat capai target, kita boleh bersara lebih awal dengan minimum atau dengan selesa.
Harini, nak capai bergram gram emas tak perlu tunggu ada duit banyak. Mulakan dengan RM100 pertama di akaun emas fizikal GAP.
Bila dah mula, pasti banyak keajaibannya bila kita dah mula menabung, sambil itu fokus kepada tambahkan ilmu dari masa ke masa.